“Seminggu Cik Edina tak datang kerja. Tak tentu arah Encik Shamil. Kejap-kejap masuk bilik cik Edina...kejap2 duk belek-belek fail kat bilik cik Edina. Kalau macam ni akak rasa lepas ni mesti susah Cik Edina nak dapat cuti. Yelah semua kerja cik Edina yang lagi arif berbanding dia. Kelam kabut Encik Shamil dibuatnya.” Kak Manisah tersenyum pada Edina.
“Ke sebenarnye dia rindu kat Cik Edina kot” satu suara menyampuk dari belakang. Pantas kedua-duanya berpaling. Edina membulatkan mata pada Fazli yang tersengih-sengih memandangnya.
Rindu apa entah macam tu. Tetiap hari mamat tu datang rumah tengok aku. Dah la asyik nak mengugut orang saja. Bencilah. Edina pantas menyelak tray masuknya, melihat jika ada apa-apa kerja urgent yang mesti diselesaikan hari ini. Malas dia melayan karenah stafnya itu.
“Eh ko ni Fazli, nak rindu apanya, kan ke Encik Shamil tu dah ada buah hati. Dengar khabarnya pegawai yang baru masuk kat Bahagian Keselamatan tu buah hatinya sejak zaman kolej lagi.” Kak Manisah dah start bawak gosip baru.
Edina pantas menadah telinga dengan berita terbaru ini. Buah hati dari zaman kolej. Siapa. Takkan...ish...dia menggelengkan kepalanya.
“Eh, betul ke kak? Saya ada jugak dengar mereka tu kawan dari kolej tapi tak tahu pulak diorang tu memang bercinta. Tapi Cik Emilia tu cantik jugak akak kan?” Fazli dengan muka sengalnya bertanya pada Manisah. Edina yang dah bertukar wajah tu hanya terdiam. Betullah ‘Milia’, bibirnya menyebut perlahan.
“Kak Manisah dangan Fazli kalau nak bersembang tu kat luarlah. Bilik saja ni bukan tempat bergosip” suara Edina sedikit tinggi. Marah dengan berita yang baru didengarnya itu. Edina pantas mengambil fail di atas mejanya dan menyelak-nyelak kasar. Namun, kepalanya pantas diangkat apabila merasa ada kelibat seseorang di depannya. Dia hanya mendiamkan diri bila melihat pemuda di depannya itu.
Shamil tersenyum pada Edina.
“Dah sihat ke?”
Edina mengangguk malas. Geram sebenarnya dengan pemuda di depannya. Rasa terngiang-ngiang saja nama Milia yang disebut oleh Fazli tadi. Buah hati dari zaman kolej konon. Dulu beria-ria cakap tak ada apa-apa, tapi sekarang....dia menggeleng-geleng kepalanya. Kemudian Edina teringat pula kejadian di rumah semalam, mama dan papa bukan main gembira bila jumpa Abang Shamil. Macamlah Ed tak tahu yang diorang memang sentiasa berhubung sejak dari peristiwa lama dulu. Konon-kononnya semua berlakon dah lama tak jumpa. Padahal bibik sendiri dah terpecahkan rahsia yang Abang Shamil yang bagitahu mama dengan papa yang Ed demam di sini. Menyampahlah. Kaki penipu betul.
“Mama dengan papa dah balik ke?” Shamil tersenyum senang memandang Edina yang masih bermasam muka dengannya. Sengaja Shamil buat tak nampak padahal dalam hati terasa ingin gelak. Dia tau Edina sedang mengutuknya dalam hati.
“Sudah, mama kirim salam. Mama suruh call malam nanti.” Edina bercakap dengan nada yang tidak ikhlas. Shamil di depannya mengangguk-angguk. Lama lelaki itu merenung Edina di depannya sehingga membuatkan Edina tak selesa. Dia menjeling pada Shamil.
Tiba-tiba..
“Err, Encik Shamil ada call untuk encik. Nak saya sambungkan atau encik nak jawab di bilik.”
“Edina, tumpang your phone ye. I malas nak jalan balik bilik” tanpa menunggu kebenaran Edina terus dia memberi isyarat kepada Maria agar menyambung ke telefon Edina.
“Hello Sham”
“Hello”
“I ni Milia. You busy ke? I nak minta tolong you sikit nih.” terdengar manja suara dihujung talian. Shamil terkesima, sudahlah dia buat loud speaker. Direnungnya muka Edina yang berubah riak.
“Err...Milia, I call you back lepas ni boleh tak?”
“Oh, you tengah busy ye. Sorrylah kalau I kacau you, tak apa nanti bila free you call I balik tau. Ada something I nak tanya you nih. Bye, Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam” Ehmm...Shamil menenangkan dirinya sendiri. Terkejut sebenarnya bila Milia call masa dia sedang bersama Edina. “Errm Ed, abang lupa nak bagitau Ed yang Milia masuk sini last two day.”
“Dahlah, Ed tak nak tau apa-apa pasal you all berdua. Kan dulu lagi Ed dah cakap” suara Edina kedengaran marah.
“Ed, dengar dulu.” pantas Shamil menahan tangan Edina namun dilepas bila terasa ada mata yang memandang dari luar.
“Dulu pun abang cakap tak ada apa-apa jugak, padahal abang memang baik dengan dia. Abang ni nak main-mainkan Ed ke sebenarnya” suara Edina perlahan menahan sebak
“Ed, abang memang tak ada apa-apalah dengan dia. Dia kawan abang macam orang lain juga. Ed sorang je special dalam hati abang”
“Tak apalah, kita pun dah putus lama dulu kan. Kita mana ada apa-apa lagi.” Selamba Ed menutur di depan Shamil. Shamil mengetap bibir marah.
“Ed jangan nak mengarut lagi. Abang tak pernah pun putuskan apa-apa dari dulu. Sekarang ni Ed just calm down jeh. Tak payah nak fikir apa-apa yang boleh buat Ed ambil tindakan bodoh macam dulu.”
Tajam renungannya pada lelaki di depannya itu. “Ed tak buat tindakan bodoh dulu. That’s what I want for that time okey. You don’t have any right to say that to me” Edina menjerit lantang. Shamil terkebil-kebil. Melihat riak wajah Edina yang marah teramat sangat. Shamil sedar yang staf-staf di luar cuba meneka situasi sebenar mereka. Mujurlah dia menutup pintu sebelum masuk ke bilik Edina tadi kalau tidak pasti ada saja yang cuba nak jadi paparazzi di sini.
“Okey-okey, I’m sorry. I didn’t mean it okey. Sayang, janganlah menangis macam ini, tengok kat luar tu diorang dah mengintai-intai. Ed kan tak nak sapa-sapa tahu pasal kita.” bibirnya mengucap kata perlahan. Edina mengesat air mata yang mula mengalir perlahan di pipi. Sebak mendengar kata-kata lelaki di depannya. Geram pun ada.
“Abang keluarlah, Ed nak buat kerja. Pergilah telefon buah hati abang tu balik”
“Ed...”
Edina berpaling dan berpura-pura membelek dokumen di atas meja di depannya. Sengaja membiarkan Shamil rasa terasing. Biar dia rasakan.
“Okeylah abang tak kacau Ed lagi. Tapi Ed jangan nak cakap lagi pasal putus-putus ni. Abang tak sukalah dengar macam tu.”
Edina mencebikkan bibirnya. Konon tak suka, entah-entah tak sabar nak putuskan hubungan sebab nak sambung cerita dengan buah hati kesayangan pengarang jantung nya itu. Arghhh....bencinya.
bezzz
ReplyDelete