“Athina, abang Adam kirim salam. Dia tanya bila nak datang rumah lagi?”
Athina menjeling. Laila hanya tersengih-sengih di depan Athina. Dia tahu sahabatnya itu malu dengan abang Adam. Sebenarnya abang Adam itu memang sudah lama tidak pulang ke rumah memandangkan dia mengikut babah tinggal bersama bonda tirinya setelah babah dan ummi berputus kasih. Mujur juga hubungan babah, ummi dan bonda tirinya baik. Jadi ummi tidaklah kisah sangat bila abang Adam tinggal dengan babahnya walaupun bertahun-tahun tak balik. Cuma sejak mula belajar di kolej sahaja abang Adam sudah mula balik ke rumah ummi, mungkin rindu dan fikiran makin matang sampailah sekarang bila sudah bekerja. Laila pula jenis tak kisah, walaupun jarang berjumpa dengan abangnya sejak dari kecil tapi mujur juga Laila dan Adam sama-sama peramah jadi tidak kekok bila berbicara. Jarak masa yang memisahkan mereka lerai dengan gurauan.
“Err...abang Adam ada kat rumah ke minggu ini?”
“Aah, sekarang memang dia lepak sini. Kadang-kadang bonda pun datang sini dengan babah jenguk dia kat sini.”
“Laila, kita buat kat rumah aku saja lah. Nanti kita contact yang lain bagitahu tempat dah bertukar”
Laila mengerut dahi tanda tidak bersetuju. Mana tidaknya dia dah memberitahu umminya yang hari ini turn rumah dia pula menjadi tempat mereka berkumpul. Ummi pun dengan rela hatinya nak buat karipap pusing untuk mereka semua. Lagipun ummi memang dah biasa dengan pusingan giliran rumah itu. Silap-silap waktu macam sekarang ni ummi dah tinggal nak goreng saja karipap yang dia buat itu. Laila masih menggeleng-gelengkan kepala tanda tak setuju.
“Tak boleh lah Athina, aku rasa ummi dah prepared hidangan untuk kita semua. Kalau tukar tempat nanti siapa nak makan makanan yang kat rumah tu. Aku bukannye jenis makan banyak. Abang Adam dengan ummi pun lagilah. makan macam orang tak ada selera makan saja. Patutlah diorang tu kurus.” Laila tergelak-gelak
Athina hanya tersenyum kelat. Tak ada alasan lain yang nak di bagi pada Laila.
***********************************
No comments:
Post a Comment