Saturday, December 18, 2010

Ameer 5

Ameer terjengkit-jengkit menjenguk bilik Ann yang gelap. Matanya meliar melihat keadaan sekelilingnya.


“Ann, cuti hari ni. Emergency leave katanya.” Nana menegur apabila melihat kelibat Ameer yang mengintai bilik Ann itu.

“Err, kenapa ek dia cuti.”

Nana pandang Ameer dengan dahi berkerut. Julia dengan Emma pulak dah buat muka pelik kat Ameer. Masing-masing tertanya-tanya.

“Takkan dia tak bagitau ko pulak yang dia cuti”

Ameer terdiam. “Emm, tak pelah. Maybe lepas ni dia telefon kot.” pantas Ameer berjalan kembali ke biliknya.

******************************************************************



Sejak kes di bilik Ameer hari tu memang Ann dah tak bertegur sapa dengan Ameer. Walaupun dia tahu Ameer tak sengaja berkata begitu namun hatinya cukup sedih dengan kata-kata yang diucapkan Ameer itu. Tak tau kenapa dia nak ambil hati sangat. Dia tahu Ameer rasa bersalah tapi pemuda tu tak ada inisiatif pun nak meminta maaf dengannya. Lagilah geram dibuatnya. Mulanya dia nak mogok semuanya dengan Ameer tapi memandangkan mereka satu tempat kerja memang tak sesuailah kalau tak bertegur sapa. Namun memang sengaja dia tak bercakap kecuali benar-benar perlu sahaja. Cuma kebiasaan menyediakan breakfast untuk Ameer sahaja yang dia tak boleh nak elak. mana taknya, ada ke patut Ameer pitam sebab tak ambil sarapan masa dia emergency leave minggu lepas. Tak sampai hati pula tengok Ameer macam cacing kepanasan setiap pagi mencari-cari air milonya. Tapi dia pun nak jaga gengsi jugak, air milo yang dia buat kali ni pun dibuat dalam jag, konon-kononnya semua orang boleh minum. Nanti terang-terangan nampak dia masih berlembut hati dengan Ameer.

*******************************************************************

Ann mengemas alat tulis dan dokumen-dokumen yang di bawa sebelum bermesyuarat tadi. Mujur juga mesyuarat kali ini tidak berlangsung dengan lama. Dia dah tak larat sebenarnya. Lagi-lagi pula kedudukannya yang bertentangan dengan Ameer. Rimas dia dengan renungan tajam Ameer setiap kali dia memanggung kepala ke depan.

“Ann, jom turun lunch”

Annisah tersenyum memandang Hakim di sebelahnya. Ameer turut mengerling pada Annisah. Telinganya menunggu jawapan yang keluar dari mulut Annisah.

“Emm Ann bawa bekallah hari ini abang”

“Oh, ye ke. Terpaksalah abang makan sorang hari ni.”

“Sorry abang. Lain kali kita keluar sama-sama ya” Dia masih tersenyum memandang Hakim namun senyumannya pudar bila terpandang wajah Ameer di depannya.

Annisah bergegas mengemas dan mengangkat barang-barangnya bila menyedari kelibat Ameer yang sedang bergerak ke arahnya. Ameer hanya mengeluh melihat tingkah Annisah itu. namun sempat dia menarik nafas lega mendengar jawapan dari mulut Annisah.

Manakala di suatu sudut, Nana, Emma dan Julia hanya memandang gelagat kedua-duanya tanpa berkata apa-apa.

*****************************************************************

No comments:

Post a Comment