“Ann tak bangun lagi mama” Ameer memandang mamanya dengan muka pelik.
“Entah lah, cuba pergi kejutkan. Letih sangatlah tu”
Ameer terdiam sekejap. ragu-ragu mahu mengejut Ann. teringat peristiwa malam tadi, dia mengeluh perlahan.
“Apa yang tercegat lagi tu, pergilah kejut Ann. Panggil sarapan terus.”
Ameer tersengih memandang mamanya. Namun langkah diatur perlahan ke bilik tetamu di hujung ruang rumah itu.
Ameer berdiri di luar bilik Ann agak lama. Dalam keadaan teragak-agak tangannya mengetuk pintu bilik.
“Ann, dah bangun ke?”
Diam.
“Ann, mama ajak sarapan”. Namun tiada jawapan dari dalam bilik.
“Ann, kalau ko tak buka pintu ni aku masuk. Ameer berdiri lima minit di depan pintu.
“Aku masuk Ann” tangannya pantas memusing tombol pintu bilik tersebut. Dia mengintai sedikit ke dalam bilik itu. Dari pintu dilihat yang gadis kesayangannya itu masih terbaring di atas katil. Pantas kakinya bergerak ke arah katil. Namun bulat matanya melihat wajah lesu dan pucat Ann yang terbaring di atas katil.
“Ann, kenapa ni?” dia menggerakkan badan Ann perlahan. Tangannya merasa dahi Ann. Panasnya. Kelam-kabut Ameer berlari ke dapur. “Mama cepat.”
*********************
“Dia okey. Tak ada apa-apa yang serius” doktor yang merawat Annisah tersenyum memandang Ameer yang kelam kabut bertanya apabila melihat doktor itu keluar dari bilik yang diduduki Annisah.
“Tapi kenapa dia pengsan”
“Owh, itu sebab keletihan sahaja. Dia nampak tertekan. Mungkin Encik Ameer kena bagi dia berehat lebih.”
Ameer tersenyum kelat. Doktor ni macam perli aku saja. “Emm, terima kasih lah doktor. Mintak maaf susahkan doktor pagi-pagi ini ya.”
“Tak apa, sudah tugas saya” Dia menunduk sedikit kepalanya kepada anak muda di depannya itu.
Ameer yang baru ingin melangkah ke bilik Annisah selepas menghantar doktor ke muka pintu terserempak dengan mamanya yang melangkah keluar.
“Mama, Ann dah sedar ke?”
Mamanya menjeling tajam pada anak lelakinya itu. Dia hanya mengangguk.
“Ameer, ikut mama kejap.”
Ameer yang sudah memulas tombol pintu bilik berpaling kepada mamanya “Tapi Ameer nak tengok Ann dulu”
“Dengar cakap mama ni Ameer. Lagipun Ann nak berehat tu. Jangan kacau dia”
Ameer mengerut dahi. Apasal muka mama serius saja dari tadi. Dia pantas menurut mamanya ke ruang bacaan.
“Kenapa ma? Pasal Ann ke?”
Mamanya menjeling tajam. “Mama nak tanya kenapa Ameer buat kat Ann macam tu?”
“Buat apa ma?” Ameer bertanya perlahan. Dahinya berkerut. Manalah dia tahu yang Ann demam.
“Ameer, jangan nak berdalih dengan mama. Mama yakin Ann bukan jenis yang buat benda yang tak senonoh tu.
Pantas Ameer angkat kepala. Mukanya kelihatan gelisah. Dia mengosok kepalanya berkali-kali.
“Err..Ann cakap apa kat mama”
“Dia tak cakap apa-apa tapi mama bukan buta dengan tanda-tanda merah di leher Ann tu”
Ameer menelan air liur. “Ameer...err...Ameer tak sengaja mama”
Mamanya menggelengkan kepalanya. Ya Allah anak aku ni. Boleh dia cakap tak sengaja.
“Ameer dah tak ingat dosa ke Ameer? Malu mama kalau orang tahu perkara macam ini yang Ameer buat kat anak dara orang. Dalam rumah mama pula tu. Mana mama nak letak muka.”
“Mama, sorry ma. Ameer tak sengaja. Ameer betul-betul sayang Ann. Tapi betul mama, tak ada apa-apa jadi semalam. Ann menangis semalam. Ameer baru sedar bila dia menangis.”
Mamanya menggeleng kepala.
“Ameer tak sengaja mama. Betul ni.”
Mamanya menarik nafas panjang. “Mama tak kisah samada Ameer sengaja atau tidak tapi mama nak Ameer minta maaf kat Ann. Ameer tolong fikir maruah dia juga. Dia tu perempuan. Tak boleh lah Ameer buat yang bukan-bukan kat dia.”
Ameer hanya mengangguk-angguk kepalanya. Tahu akan kesalahan yang dibuat.
***********************************************
“Ann, dah okey sikit ke?” Ameer memandang ke arah buah hatinya masih berbaring di katil sejak dirawat oleh doktor pagi tadi.
Ann hanya diam. Matanya memandang siling bilik yang kosong.
“Ann, janganlah macam ini. I’m sorry okey. I didn’t mean anything last night. Aku sayang ko sangat-sangat. Aku takut kau tinggalkan aku.”
Ann hanya diam. Pipinya mula basah dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
“Ann, jangan diam macam ni sayang. Aku sayang kau”
“Kau tak patut buat macam tu kat aku. Kalau kita terlanjur semalam macam mana? Aku macam mana? Aku ni perempuan, Ameer”
“Sayang, aku mintak maaf. Aku tak sengaja” pantas dia menarik tangan Ann ke dadanya. “Aku sayang kau sangat-sangat”
Ann hanya diam bila Ameer menariknya ke dakapan Ameer. Ann menghamburkan semua kesedihannya pada Ameer. Melihat Ann yang sudah tersedu-sedu di bahunya pantas Ameer menepuk belakang Ann perlahan-lahan.
Ann menarik nafas panjang. Seakan sedar keadaannya dalam pelukan Ameer, pantas dia menjauhkan diri.
“Sorry” ucapnya perlahan.
Ameer tersenyum kelat. Memahami tingkahnya. Dia hanya diam melihat gadis di depannya yang hanya menunduk.
“Emm, aku nak mandi. Kau keluarlah dulu” Anis memandangnya sekilas. Ameer hanya mengangguk-angguk.
“Lepas mandi turun breakfast. Mama dah tunggu lama.
Ann mengangguk perlahan. Dia hanya melihat Ameer bangun menuju ke pintu perlahan-lahan. Namun dia tergamam mendengar bisikan perlahan di telinganya
“I love you sayang”
No comments:
Post a Comment