Suasana highway ke utara hari ini agak lengang, mungkin kerana para pemandu masih merancang perjalanan mereka. Phia tenang memandu sambil mulutnya tidak berhenti-henti bercerita. Mai, Leen & Anis masih tekun mendengar bebelan Phia sambil sesekali menyampuk. Perjalanan ke Tapah yang sepatutnya bermula jam 9 pagi tadi terlewat 2 jam..hahah..dah macam delay nak naik flight sebab keadaan cuaca yang tak menentu ala-ala ribut petir buatan Phia kepada kawan-kawannya. Tapi kami punya delay ni lain sikit, mana taknya, Phia tu selepas mengingatkan kawan-kawannya untuk bangun awal pagi ini tapi lepas tu dia pulak yang sambung tidur, mana kami tak geram dengan dia. Sudahlah kami ini rumahnya berasing-asingan. Mai di Dengkil dan Leen di Shah Alam, mujurlah Anis di Putrajaya saja, itu pun dah puas Anis membebel masa on the way nak mengangkut Mai dan Leen. Phia pulak hanya tersengih-sengih sambil memohon maaf. Alah, permintaan maaf Phia tu sudah biasa didengarlah. Dari zaman belajar dulu sampai sekarang semuanya dah berkerjaya, Phia tu masih tak berubah-ubah. Kalau bab berjanji sememangnya failed.
Macamlah Phia tak tau yang Anis kan memang tak boleh kalau orang lambat-lambat terutama kalau orang tu namanya Nur Sophia aka Phia iaitu sahabat baik cum kawan bergaduhnya. Lagi pula Anis tu kan tengah terlebih excited sebab nak tengok si Laila bersanding dalam busana purple dia. Sejak berkerjaya ni pun, jarang sekali dia dapat join bila ada kenduri kawan-kawan se“uni” mereka berkahwin. Bukanlah tak sudi tapi biasalah keadaan tak mengizinkan. Mana taknya kadang-kadang weekend pun kena outstation. Itu yang kadang-kadang terlebih tension, so bila sudah ada peluang nak tengok kenduri kahwin ni apalah salahnya kalau dia duk menyelit tengok hari bahagia kawan-kawan. Nak tunggu sendiri yang kahwin macam lambat lagi jeh katanya. Ish..ish..Anis nih macam mendoakan diri sendiri saja kan?..tapi kes yang mak nak kenenkan dia dengan Cikgu Firdaus tu macam mana ye??...eiii, tak nakk lah, tak sanggup. Dia dah menggeleng-gelengkan kepala.
Anis memandang pada Mai yang dari tadi senyap bermain sms, maklumlah antara kami berempat hanya dia yang dah kawin. Kiranya hari ini dia dapat pelepasanlah daripada Abang Syam aka husband dia untuk mengikut kami. Dari semalam lagi kami duk menghasut supaya dia fly aja macam masa zaman kat boarding school kalau-kalau Abang Syam tu tak bagi dia join kami ini. Aduhai, kami ini pandai-pandai saja mengajar Mai yang sopan-santun itu untuk jadi isteri yang tak solehah. Mujurlah Mai masih rasional dan tak ikut ajaran sesat kami anak-anak dara yang masih mencari calon suami mithali ini. Mai itukan di kalangan kami semua adalah yang paling bersopan attitudenya. Patutlah Abang Syam itu tertarik padanya. Padahal kami tahu saja yang Abang Syam itu sudah menganggap kami ini bagaikan adik-beradik dengan Mai sahaja setiap kali kami ke rumah Mai. Harap-harap Mai yang sopan itu tak mengadu pada Abang Syam apa yang kami ajar pada dia ya. Takut jugaklah jika cadangan aka gurauan kasar kami itu dianggap sebaliknya oleh Abang Syam yang kadang-kadang boleh juga jadi serius orangnya itu.
Anis yang dari tadi tidak habis-habis bercerita tiba-tiba mendiamkan diri, Leen memandang pelik padanya. Yalah dari tadi dia dan Phia itu tak henti-henti berlawan cakap. Anis itu kan masih marah kerana terpaksa menunggu hampir sejam sebelum Phia sampai di rumahnya, padahal Presint 11 dan 9 itu kan hanya beberapa minit saja jika berkereta. Tambah-tambah lagi jika Phia yang tak faham peraturan tu yang membawanya. Lampu merah pun dilanggarnya jika tak ada kenderaan time dekat traffic light tu. Mujurlah setakat ini dia tak pernah lagi dikejar Pak Polisi sejak dia memulakan aktiviti tak rasmi dia tu. Leen, macam biasa hanya bersuara apabila tiada tanda-tanda perbalahan akan berhenti, sesuailah dia itu dengan Mai yang sememangnya menjadi comradenya sejak dulu. Leen akan berkobar-kobar memberi nasihat pada kawan-kawannya yang degil aka keras kepala macam Phia dan Anis itu. Dan time tu barulah Mai selaku penasihat tambahan akan menyampuk. Time-time itu Phia dan Anis samada akan tunduk mendengar@melawan balik cakap dua orang penasihat itu. Alah perangai Phia dan Anis yang tak makan saman tu manalah nak lut kalau setakat dua orang sahabat yang lemah-lembut seperti Leen dan Mai tu yang bagi tazkirah. Mujurlah jugak Leen itu kadang-kadang boleh jadi keras untuk melentur Phia dan Anis yang sangatlah keras hati tu.
Leen masih memandang Anis yang tiba-tiba berhenti bercakap, takkanlah bergaduh dengan Phia lagi. Sudahlah sejak masuk dalam kereta dari Shah Alam tadi telinganya asyik menadah telinga mendengar bebelan Anis kepada Phia, jadi disebabkan tak tahan mendengarnya dia hanya melayan perasaan sehinggalah dia perasan yang Phia dan Anis sudah berhenti berhujah. Leen jadi gusar melihat muka Anis yang tiba-tiba layu itu.
“Anis, kau kenapa? Tiba-tiba saja diam, bergaduh dengan Phia lagikah?” Anis mengangkat muka menjeling pada Leen.
“Kau ingat aku ni tak penat ke asyik bergaduh dengan Minah Senget yang suka datang lambat tu?” Anis dah tersengih-sengih memandang Phia di sebelahnya. Mestilah dia suka sebab dapat mengata Phia depan-depan, lagipun minah tu tak boleh nak sepak dia macam selalu. Kan ke dia tengah driving tu.
“Abis tu kenapa tiba-tiba diam?”
“Alah dia dah penat membebel lah tu. Macam tak biasa pulak, dulu-dulu masa kita tengah buat sesi gossiping kan dia boleh tetiba tertidur. So maknanya sekarang ni dia nak tidur lah tu” Phia membalas geram kerana dari tadi Anis tu asyik melontarkan kata-kata yang menyakitkan telinganya.
Leen dan Mai sudah tersenyum-senyum. Yalah, dulu-dulu masa zaman kat kolej Anis lah juara tidur sampai kan masa tengah sembang-sembang pun tiba-tiba dia boleh terlelap. Tapi kalau time nak stay up untuk study ramai-ramai masa final exam tak pula dia tertidur. Orang lain pulak yang akan terlelap dulu dan Anis akan terus study seorang walaupun semua di kelilingnya dah selamat berbungkus dalam comforter masing-masing.
“Emm...korang aku betul-betul dah mengantuk ni..”
Terburai tawa ketiga-tiga kawannya dalam kereta MYVi kesayangan Phia itu. Mana tak nya dari tadi semua orang ternanti-nanti Anis tu kembali pada zaman dulu-dulu. Dah lah sekarang ni asyik nak marah-marah saja, tau lah tension dengan kerja dia tu. Sapa suruh Anis tu buat kerja bagus-bagus sangat, sampai boss nampak dia sorang saja kat pejabat tu yang boleh buat kerja.
“Alah Anis janganlah marah. Kita orang bukannya ejek kau lah. Tapi rindu nak dengar kau cakap kau dah mengantuk” Leen mengulas dulu bila tengok Anis dah memasamkan muka. Tau sangatlah perangai Anis. Kalau dah muncung-muncung tu tandanya dah nak merajuklah tu. Nanti tak pasal-pasal melayang duit diorang nak kena belanja Anis dengan segala menu Secret Recipe yang mahal tu. Anis tu dah la species lain dari yang lain, asal merajuk saja nak makan mahal-mahal. Habis lah kopak poket bakal suami mithali dia nanti nak melayan rajuk si Anis tu.
“Kau tidurlah dulu, nanti dah sampai rumah Laila tu aku bagitau kat kau. Masa tu baru kau balas dendam kat kita orang ya. Sekarang ni kau hilangkan mengantuk tu dulu.”

No comments:
Post a Comment