Monday, December 13, 2010

Gadisku 1

“Segera kan kujemput engkau bidadari

Bila tiba waktu kutemukan aku

Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati

Teguhkanlahku di langkah ini

Di pencarian hakikat diri

Dan izinkan ku jemput bidadari

Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...”





Athina tersenyum sambil mulutnya tak berhenti humming serangkap lagu yang baru diketahui kewujudannya itu. Nampak sangat jarang dengar lagu nasyeed, asyik-asyik yang diulang dengar lagu dari barat. Itu pun sebab menumpang dengar dari radio yang dipasang Athirah. Kalau tidak, tak merasalah. Lagipun dia mana boleh menyentuh barang dalam rumahnya, nanti tak pasal-pasal kena pelempang free dari Makcik Saudahnya. Paling-paling tidak pun setakat lagu Sumayyah yang die tahu bila budak-budak kat sekolah dulu mengusiknya sebab lagu itu menggunakan nama dia. Athina kembali tersenyum. Majalah RASA yang ada di tangan diselak berulang kali sambil menunggu Laila yang sedang meminta kebenaran umminya untuk keluar bersama-sama dengan rakan-rakan lain.



“ehem”



“Makk” terangkat sedikit bahu Athina bila ada suara yang menegurnya. Dia berpaling untuk menoleh siapa di belakangnya, Athina pantas berdiri bila menyedari kewujudan lelaki itu.



“Lagu tu tak sesuailah awak nyanyi. Awak yang akan dijemput bukan awak kena jemput.”



Athina terdiam. Tak menyangka ada yang mendengar dia menyanyi-nyanyi kecil tadi. Dia hanya menundukkan muka ke lantai. Segan.



“Kawan Laila ke?”



Arr...emm..” dia mengangguk. Matanya sempat menjeling ke ruang dapur mencari Laila. Mana pula si Laila ni.



“Laila tengah pujuk ummi kat dapur tu. Minyak urat yang dia jual tak laku-laku lagi.” lelaki di depannya hanya ketawa kecil sambil tersenyum memandang wajah Athina.



Athina mengangguk-anggukan kepalanya tanda faham.



“Tak pernah nampak pun sebelum ni. Kawan baru Laila ke?”



Athina menggeleng. Pelik. Patutnya dia yang tanya sebab tak pernah nampak pun lelaki di depannya ini di rumah Laila sebelum ini. Padahal selalu saja dia singgah di rumah Laila. Sampai si Missy, kucing kesayangan ummi Laila pun dah kenal Athina dan selalu nak bermanja dan bermain dengan Athina bila dia datang. Athina memandang ke arah Missy yang lena dalam dakapan lelaki di depannya ini.



“Nak ke?”



“Hah...”



Lelaki di depan Athina tergelak-gelak.



“Abang tanya awak nak Missy ke sebab awak pandang Missy macam nak terkam. Takkan nak terkam abang kot.”



Muka Athina merah. Malu.



“Err..tak nak Missy. Biarlah Missy tidur, jangan kejut dia.



Lelaki di depannya tersenyum sambil menggelengkan kepala.



“Lar..duduklah yang awak berdiri ni kenapa. Abang bukan marah pun awak menyanyi tadi. Nyanyilah lagi.”



Makin merah muka Athina menahan malu.



*******************************

No comments:

Post a Comment