Monday, December 13, 2010

Gadisku 5

“Ambooi sekarang ni dah pandai nak suruh lelaki hantar sampai ke rumah ye. siapa yang mengajar kau jadi perempuan murah ni.”




Athina terdiam. Matanya memandang wajah Athirah yang sedang tersenyum sinis di sebelah ibu tirinya itu. Pasti Athirah yang mengadu.



“Err..abang Adam ajak tumpang tadi sebab dia nak hantar Laila sekali.”



Pang!



Athina terduduk.



“Dah pandai menjawab. Sejak bila pandai berabang-abang ni. Jangan gatal nak menumpang lelaki lagi. Jangan nak berabang-abang pulak lepas ni. Aku tak suka tengok. Dah, pergi masuk bilik. Menyakitkan hati aku saja tengok muka kau ni”



“Maafkan Athina makcik”sayu suara Athina memohon.



Saudah menjeling anak tirinya yang sedang bangun itu. Dia menjuihkan bibirnya tanda membenci.



“Mama”



“Ye sayang.”



Athirah menjelirkan lidahnya pada Athina. Athina hanya diam.



“Ma, Abang Adam tu kan pakai kereta besar mama. Nanti kalau dia ajak Thirah tumpang boleh naik tak mama. Thirah tak tahan panaslah mama.” Athirah sengaja melentokkan kepalanya di bahu mamanya.



Saudah pantas mengelus manja rambut anak kesayangannya.



“Kalau tak tahan tak apalah. Jangan sengaja nak menggatal pula macam sesetengah orang tu.” matanya pantas menjeling pada Athina.



Athina terdiam. Air mata yang bergenang di matanya ditahan. Tidak mahu menangis di depan ibu tirinya itu. Bimbang akan dipukul sekiranya menangis. Mak cik Saudah pantang melihat dia menangis. Mengada-ngada katanya.



********************************

No comments:

Post a Comment