Monday, December 13, 2010

Fird Almister - C5

“Anis, jom pergi Sogo nak?”Phia buat muka kesian kat Anis. Maklumlah nak memujuk sahabatnya itu untuk keluar bukan senang. Lagipun nak ajak siapa lagi kalau bukan Anis. Leen tu confirmlah keluar dengan boyfriend merangkap bakal tunang dan suami. Mai pula mestilah dengan suami mithali dia aka Abang Syam, lagipun dia dah pernah keluar sekali dengan Mai dan Abang Syam tu. Memang tak best keluar dengan orang dah kahwin nih. Asyik-asyik nak tengok barang-barang untuk rumah je. Eii..bosan tahap gaban tau!


Anis diam, bagus juga kalau dapat pergi carik kemeja time macam ni. Maklumlah yearend sales kan dah lama start. Ini pun dah nak berakhir dah. nanti boleh bodek Phia belanja KFC ke McD ke..hahah..mesti Phia bengang.

“Wei Anis, nak ke tak? Tapi Phia tak terima no as an answer okey.”

Anis menjeling. Cubit mulut budak ni karang baru tau. Membebel macam makcik tua jeh. Dia bingkas bangun menuju ke bilik.

“Anis nak pergi ke tak nak. Eii, orang cakap buat tak dengar, then blah macam tu jeh.”Phia masih merungut-runggut.

“Aku nak pergi tukar baju lah ni Cik Phia oii. Sebab kau nih kecoh sangat, so kita keluar ni kau yang kena support untuk makan lunch. Deal?”

Phia mencebikkan bibirnya. Asyik nak kenakan Phia je Anis ni.

“Deal ke tak ni. Kalau tak aku nak sambung menelaah.” Anis mengangkat-angkat kening, sengaja menyakitkan hati Phia.

“Yelah-yelah, deal. Kau saje je kan nak kenakan Phia.” Phia merungut sambil mengemas ruang tamu rumahnya itu. Kebetulan housematenya tak ada di rumah, tu yang dia mengajak Anis lepak rumah dia. Banyak sangat kes sekarang ni, risau nak duk rumah sensorang.



“Phia, yang mana cantik. Kaler purple ke putih?” Anis mengangkat kedua-dua kemeja tu ke atas. Sesekali dia menyuakan kemeja purple tu dua tiga kali ke badannya. Phia hanya memandang sekilas. Malas nak layan, orang tengah sibuk memunggah baju ni dia nak kacau pulak. Ingat senang ke nak cari baju cantik-cantik kalau dah orang ramai macam semut di keliling dia nih. Padahal macam dia tak tau nanti last-last Anis tu akan pilih putih jugak. Putih tu kan warna favourite Anis.

“Rasanya better awak ambik yang kaler purple sebab yang putih tu transparent sangat.”

Anis pantas berpaling. Bulat matanya melihat pada empunya suara tadi.

“Assalamualaikum Anis. Banyaknya shopping” jejaka di depannya itu tersenyum manis.

Anis tergamam namun bibirnya cepat mengukir senyum. Dia berdehem kecil, menghilangkan rasa terkejutnya.

“Waalaikumusalam, emm awak buat apa kat sini?” tiba-tiba Anis mengetap bibirnya sendiri. Ish, apalah aku ni suka tanya yang tak relevan. Dah orang tu datang Sogo ni, mestilah nak membeli sesuatu. Anis tersengih sendiri.

“Saja jalan-jalan sambil tu nak cari kemeja.” tersenyum. Diam.

“Emm, saya rasa yang warna purple tu suit you better. Nampak lembut sikit, but if awak nak putih pun okey je.”

Phia yang sibuk memilih baju tadi tiba-tiba berdehem perlahan, Anis yang menyedari sesuatu terus memandang muka Phia. Janganlah minah senget ni nak buat something yang luar jangkaan kat sini.

“Emm..awak kenalkan kawan saya Nurul Sophia.” Phia dah tersenyum semacam memandang pada Anis dan jejaka didepannya.

“Salam ukhwah, saya Phia merangkap kawan baik Anis”.

Firdaus menundukkan kepalanya sedikit. “Salam ukhwah, saya Firdaus”

“Hahh..”mulut Phia dah melopong. Bulat matanya memandang Anis dan Firdaus dua tiga kali.

“Firdaus?” sekali lagi Phia bertanya. “Awak ni cikgu ke?” pantas Phia bertanya.

Firdaus dah gelak dulu. Dia menggeleng-geleng kepala. “Awak berdua ni kembar ke?”

“Awak Firdaus kan? Awak kerja cikgu ke?” Anis menyiku tangan Phia. Minah ni jangan nak buat kecoh kat sini. Anis membulat mata ke arah Phia yang masih memandang Firdaus.

Jejaka itu tersenyum. “Ya saya Firdaus tapi saya bukan cikgu. Saya seorang pengawai kerajaan yang sedia berkhidmat untuk negara.” Sengih.

Phia mengerutkan dahi sambil kepalanya mengangguk-angguk. Ceh, ingatkan mamat ni tadi Firdaus yang Mama Su nak kenenkan dengan Anis tu. Terkejut aku tadi.

“Apasal bila awak dengar nama saya terus terkejut? Masa saya jumpa Anis kat stesen ERL last week pun Anis macam terkejut. Masa lunch hari tu pun tak sempat nak tanya Anis”

Stesten ERL last week? Owh...inilah mamat yang Anis cerita tu. Tapi tak cerita sampai habis pun pasal kes sempat berkenalan and lunch together-gather ni. Nak kena Anis ni.

“Emm, pasal nama tu, sebenarnya kami ni tengah melarikan diri dari orang yang bernama Firdaus. Ni si Anis nih, mak dia...aduh!” Phia memegang kakinya yang disepak Anis.

“Eii..sakitlah. Kau ni apa main sepak-sepak kaki orang ni.” Phia merungut di depan Firdaus yang dari tadi tersenyum memandang kedua-dua gadis itu. Anis buat isyarat supaya dia tutup mulut dari menceritakan perkara yang memalukan aka menyeramkan tu kat Firdaus. Nanti tak pasal-pasal kena gelak macam kat kenduri Laila dulu.

“Sorry Firdaus, that one tak boleh bagitaulah. Nanti kena marah dengan tuan puteri” sengaja dia memuncungkan mulutnya ke arah Anis sambil menjeling tajam. Proteslah tu tadi dah kena sepak. Phia merungut-rungut perlahan sambil menggosok kakinya.

“Dah pilih kemeja mana ke yang kau nak tadi?” Phia bertanya kuat. Geramlah tu. Matanya mengikut gerak tangan Anis yang meletak kembali baju kemeja putih ke tempatnya. Dia merenung pelik.

“Kau beli yang warna purple instead of white? Are you sure?”matanya masih memandang Anis.

Anis terdiam seketika. Dia menimbang-nimbang dalam kepala.

“Eh..kalau awak nak yang warna putih tu pun tak apa. Saya just bagi cadangan je tadi.” Firdaus pantas mencelah bila dilihat Anis seakan teragak-agak membuat keputusan. Dia tak mahu pula nanti Anis menyesal bila dah membuat bayaran kat kaunter. Lagipun nanti tak pasal-pasal dia dipersalahkan pula.

“Eh, tak adalah. Saya memang nak ambil kaler ni tadi. Asyik pakai baju kaler putih je, nanti orang ingat saya ni tak ada baju kaler lain pula.” Anis tersenyum manis memandang wajah Firdaus di depannya. Dikerling pada Phia sekilas. Diam.

“Jomlah, aku nak pergi bayar ni. Kau ada apa-apa nak dibeli ke? Or nak ronda dulu baru bayar sekaligus nanti.”

“Eii..mana aci Phia tak jumpa lagi apa yang Phia nak. Tak kira kau kena tunggu sampai Phia pilih baju yang sesuai. For the time being, kau pergilah jalan-jalan dulu. Nanti Phia roger kalau dah settle. Okey?”

“Yelah, kau pergi lah pilih cepat. Sementara tu aku boleh jalan-jalan lagi tengok apa yang patut. Dia memandang Firdaus yang masih setia disebelahnya.

“Awak nak ikut ke? Atau awak nak saya teman cari awak punya kemeja”

“Eh, tak apa ke? saya tak kisah kalau seorang-seorang pun, dah biasa”

Anis tersenyum memandang jejaka di depannya. “Betul, saya pun tak kisah lah. Sesekali jalan-jalan kat men department pun okey jugak, bolehlah carik kalau-kalau ada yang sesuai untuk abah saya”

“Aah, Anis tak kisah kalau jalan-jalan kat men department dengan a man pulak.” Phia bergegas berlalu bila nampak Anis dah nak mencubitnya.

“Sorry Firdaus, Phia marah la tu sebab saya sepak dia tadi” Firdaus hanya tersenyum mengangguk.

“Ganas juga awak ni ya?”

Anis hanya tersengih.

No comments:

Post a Comment