Ameer termenung sendirian di atas sofa. Tangannya diletakkan di dahi. Dia mengeluh perlahan. Mata menjeling dinding bilik sebelah, terbayang-bayang wajah Ann yang merah dan mata yang sembam tadi kerana menangis. Muka ketakutan dengan perlakuannya tadi. Betul, dia tak sengaja sebenarnya. Entah kenapa dia melakukan begitu pada gadis kesayangannya tadi. Ahh...aku terlalu ikut perasaan.
Patutnya lepas tunjukkan bilik pada Annisah tadi dia terus pergi tapi entah kenapa dia menunggu di bilik itu. Niat sebenarnya mahu mengambil hati Annisah semula. Yelah tadi kan dia dah marah-marah pada gadis itu. Tapi entah macam mana dia jadi lupa diri. Mula-mula dia hanya mengusap tangan Ann walaupun Ann menolak tangannya dua tiga kali. Dia masih tersenyum bila Ann memarahinya sebab mengucup tangannya. Dia rindu pada gadis itu sebenarnya. Baru berbaik-baik lepas lebih dua minggu bergaduh, tiba-tiba Anis ditugaskan ke Melaka. Tak sempat nak bermanja-manja. Lagi pun dia risau sebab dia dah ada pesaing di pejabat. Hakim nampaknya berminat dengan gadis kesayangannya itu. Dan entah kenapa bila dia memandang Ann yang marah-marah tu, terus die memeluk gadis itu. Lama. Dia tahu Ann terkejut dengan tindakannya itu, tapi entah kenapa Ann hanya terkaku. Ameer menyedari Ann yang tidak menolaknya mula menggomol pipi gadis kesayangannya itu. Dia jadi lupa diri. Dia lupa bahawa dia berada di rumahnya sendiri. Dia lupa mama dan papanya ada di rumah ini. Dia lupa segala-galanya. Tangannya merayap-rayap ke seluruh tubuh gadis itu. Namun saat dia ingin menyentuh bibir gadis kesayangannya itu, dia terhenti apabila mendengar esakan dari tubuh yang dipeluknya itu. Pantas dia melihat wajah Ann yang sudah berlinang air mata dengan badan yang menggigil-gigil. Ameer terduduk di lantai. Dia mengucapkan istigfar perlahan. Dia memujuk-mujuk Ann, dia keliru sebenarnya. Tiba- tiba dia rasa takut sangat. Mujur dia tak sempat meneruskan tindakannya tadi. Kalau tak, mungkin dia dapat memaafkan dirinya sendiri.
Sebenarnya tadi dia hanya mahu berterus terang dengan perasaannya pada Ann. Lepas dari pergaduhan dengan Annisah selama dua minggu baru dia sedar yang dia amat memerlukan gadis itu dalam hidupnya. Dulu dia tak rasa apa-apa sebab dia tau Annisah akan sentiasa ada di sisinya. Walaupun dulu dia bercinta dengan Sofi tapi Annisah masih yang teristemewa dihatinya. Walaupun bergaduh dengan Sofi tapi dia masih boleh bergembira sebab dia ada Annisah yang akan memenuhi ruang hidupnya setiap masa. Walaupun semua orang menyalahkan Sofi masa hari pernikahannya itu tapi dia tahu semuanya salah dia. Semua orang tak tahu bahawa sehari sebelum pernikahannya, Sofi berjumpanya kerana mahu tahu samada Ameer menyintainya atau tidak. Sofi suruh dia lepaskan Annisah kalau mahu berkahwin dengannya. Dan Ameer dengan lantang memarahi Sofi kerana memaksanya melepaskan insan yang amat disayanginya. Sebenarnya juga dia sudah tahu yang Sofi akan menolaknya tapi sengaja dia buat seperti tiada apa-apa berlaku. Mujur juga papa tak bising-bising bila pernikahannya dibatalkan. Mama pula hanya mengatakan sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Dia diam sahaja waktu itu. Walaupun agak marah dengan tindakan Sofi namun dia bersyukur pernikahannya dengan Sofi tidak berlaku. Jika tidak pasti mereka sudah bercerai-berai sekarang.
***************************************

No comments:
Post a Comment