Athina berjalan perlahan ke arah kereta Sentra hitam yang melambai-lambai tangan dari seberang jalan.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam. Sumayyah, ada nampak Laila tak?”
“Laila jumpa cikgu kejap. Tak lama tu, lepas ni ada lah tu.”
“Sumayyah nak balik dah ke?”
Athina mengangguk.
“Naiklah, abang hantar sekali.”
Athina sekadar menggeleng sopan. “Tak apalah, Athina naik bas saja”
“Sumayyah, naik saja lah. Abang hantar” suara Adam keras.
“Panggil Athina saja” sopan sahaja suara Athina.
Adam menjeling. “Naik cepat, panas ni. Karang demam pula.
Athina masih teragak-agak.
“Nur Athina Sumayyah binti Haji Ismail” suara Adam sudah berubah nada.
Athina pantas masuk ke dalam kereta hitam itu. Dia hanya mendiamkan diri sementara menunggu Laila. Tangannya memegang kedua belah pipinya yang dirasakan berbahang akibat berpanas tadi
“Tengok dah merah muka tu. Abang kan dah suruh masuk cepat tadi.” Adam pantas menghalakan aircond ke arah gadis di sebelahnya.
Athina hanya menundukkan wajahnya. Diam.
“Lambat lagi ke Laila ni. Abang ada meeting pukul 3.00 nanti” Adam dah melihat jam di tangannya
“Err...kalau nak cepat, Athina boleh balik naik bas. Nanti lagi lambat pula sebab kena hantar Athina lagi” pantas saja bibirnya menutur kata. Mata bundarnya merenung wajah lelaki di sebelahnya.
Adam pantas menoleh. Direnung wajah yang sering menemani tidurnya sejak sebulan yang lalu.
“Sumayyah exam tahun ni kan?”
Athina mengerut kening. Lain yang diharapkan, lain pula yang dijawab. Namun dia sekadar menganggukkan kepalanya.
“Maknanya sekarang ni Sumayyah baru 17 tahun. Abang dah 25 tahun ni. Beza umur kita 8 tahun...owh tuanya abang” Adam mengeluh lagi.
“Ummi kata tak baik mengeluh.”
“Haah”
“Ummi kata tak baik mengeluh.” diulang balik ayatnya sebentar tadi.
“Ummi siapa?”
“Ummi Laila”
“Ummi Laila tu ummi abang jugak” Adam hanya tersenyum memandang gadis di sebelahnya ini.
*****************************
No comments:
Post a Comment