Monday, December 13, 2010

Fird Almister - C4

Anis menyandar santai pada bookshelf sambil membelek-belek buku di tangan, sedang berkira-kira untuk membeli atau mencari yang lain. Suasana di MPH terasa tenang, lagipun sekarang adalah waktu lunch mungkin orang ramai sedang berasak-asak beratur di food court dan fast food restaurant juga wajib penuh time macam ni. Sengaja Anis datang pada waktu ini untuk mengelakkan orang ramai sebab nanti susah nak cari buku. Lagipun lepas ni bolehlah cari makanan pulak sebab orang ramai dah kenyang. Bijak-bijak...Anis tersenyum sendiri namun senyumannya mati bila melihat pemuda di depannya yang tersenyum manis memandangnya. Err, sepertiku kenal muka ini tapi di mana ya?


“Assalamualaikum...emm berangan lagi.”

Anis kerut dahi. Confuse. Namun sempat mulutnya menjawab perlahan salam yang diberi.

“Tak ingat saya? yang suruh awak masuk train kat BTS hari tu.”

Anis ketap bibir. Terbayang bagaimana dia menghalang laluan ke pintu masuk ERL hari tu. Mamat ni ke yang tegur aku hari tu. Alamak, malunya...

“Err...ingat-ingat, emm maaf pasal hari tu.”

“Owh...tak apa, biasalah mesti tengah letih tu. Saya pun kadang-kadang sampai terlepas train” pemuda itu masih tersenyum ikhlas pada Anis.

Anis turut ketawa kecil.

“Lupa pula nak kenalkan diri, saya Firdaus.”

Bulat mata Anis mendengar nama itu. Terpinga-pinga dia kejap.

“Err, kenapa?”

Anis menggelengkan kepalanya dan menundukkan sedikit kepalanya “Saya Anis”

Firdaus tersenyum seketika “Cari buku juga ke?”

“Ya dan tidak”

Firdaus kerut dahi mendengar jawapan gadis di depannya itu.

Actually tengok-tengok dulu, kalau ada yang best dan worth it to buy, baru decide.”Anis sengih pada Firdaus

“Oh, macam tu ya.”Firdaus tersenyum senang.

Eh, awak dah makan ke? Jom lunch sekali dengan saya. Boleh sembang-sembang.”

Anis terdiam sebentar. Memikir samada mahu menerima pelawaan tersebut.

“Jangan risau, saya just nak merapatkan ukhwah sesama umat Islam je. Saya janji tak kidnap awak” Firdaus tersengih.

Anis tersenyum kelat. Firdaus ni macam boleh baca je fikiran aku.

“Err, jomlah. Saya pun dah lapar ni.”

No comments:

Post a Comment