Edina menjenguk kepala di luar biliknya, kelihatan staf-staf di luar sedang bergosip. Dia mengerut kening. Apa sajalah berita terbaru yang mereka dapat tu agaknya. Dia mengeleng-gelengkan kepala. Tak payah sibuk-sibuk sekejap lagi mesti ada yang datang menyampaikan gossip tu kat dia.
“Cik Edina...”
Kan dah kata. Edina tersenyum sendiri. Kak Manisah ni mesti nak datang buka cerita lah tu. Edina buat muka serius di depan muka stafnya itu.
“Ye, kenapa kak?”
“Busy ke Cik Edina, saya ada berita panas dan best nak bagitau nih” kak Manisah dah tersengih melihat muka layu pegawainya yang tengah serabut banyak kerja.
“Kalau berita tu boleh menyelesaikan masalah saya ni, tolonglah bagitau sekarang” sengaja Edina meluahkan perasaan.
“Confirm akan membantu Cik Edina lepas ni” Manisah mengangkat-angkat kening di depan pegawainya itu.
Edina mengangkat muka dari komputer. Seakan menunggu staf di depannya mengeluarkan larva berita yang dikatakan panas tu.
“Lepas ni ringanlah sikit kepala Cik Edina, kita dah dapat bos baru”
“Bos baru?” Edina mengerut kening. Namun pantas dia dapat menangkap berita yang cuba disampaikan itu. “Err..bos kecik ke bos besar?”.
“Bos kecik tapi Puan Jasmeen kata nak letak kat unit Cik Edina. So lepas ni tak payahlah nak pening-pening lagi ye”
Edina mencebikkan bibirnya. “Kak Manisah ni semua tau ye. Puan Jasmeen bagitau kat kak Manisah ke?” sengaja Edina menyindir stafnya itu. Manisah sudah terkulat-kulat di depan pegawainya itu.
“Saya pun pasang spy juga kat ofis ni. Senang nak tahu perkembangan semasa” dia tersengih mengadap pegawai atasannya.
“So, bila bos baru saya nak masuk”
“Assalamualaikum...”
Edina pantas bangun apabila melihat Pengarahnya sendiri datang membawa pegawai baru kepadanya. “Puan” dia tersenyum menegur, namun matanya seakan terkejut melihat ketua barunya di sebelah bos besar tu.
“Yes Edina, apahal bersepah meja you tu.” Jasmeen memuncung pada meja Edina yang berserabut. Dia menggelengkan kepalanya melihat keadaan itu.
“I tau lah you tengah serabut tapi janganlah sampai nampak macam I mendera you pulak.” Puan Jasmeen tergelak sendiri.
Eh, tak adalah puan, I just tak sempat kemas tadi. Cari dokumen berkenaan Criteria Project, tu yang bersepah semuanya.” Edina tergagap-gagap menerangkan.
Puan Jasmeen hanya tersenyum manis pada Edina “okey lah, let me introduce you dengan our new KPP ni.”
“So Shamil, ini Edina you punya anak buah starting hari ini. Sejak lima bulan lepas, tugas-tugas bawah post you dia yang handle, tu yang sampai jadi berserabut meja dia tu. Tapi after this Edina dah boleh buat memo serah tugas kat you.”
Edina tersenyum kelat mendengar omelan Pengarahnya.
“Dan Edina, ini dia bos baru yang you tunggu-tunggu sangat. Haa, mesti you rasa legakan sekarang ni”
Edina tersenyum kelat. “Selamat datang ke unit kita Encik Shamil. Harap kita dapat berkerjasama dengan baik” Edina menundukkan kepala sedikit kepada pemuda di hadapannya itu sebagai tanda hormat.
“Terima kasih Cik Edina, I pun harap kita dapat berkerjasama dengan baik.”
“Okey, since Shamil dah jumpe orang kuat dia kat sini, so Manisah you tolong bawak Encik Shamil ni jumpa semua orang ye. I ada meeting pukul 10 pagi nanti.” Manisah terangguk-angguk mendengar arahan daripada bos besar.
Edina dapat merasakan dia akan lebih sesak nafas lepas ni. Ini macam bala yang datang bertimpa-timpa...Dia meraup mukanya...Ya Allah kenapa dia.
******************************
No comments:
Post a Comment