Saturday, December 18, 2010

Ameer 1

“Assalamualaikum.”


“Waalaikumusalam. Apasal lambat?”

Annisah mengangkat flusk di tangan kanannya. “ko punye bekas bakal boyfriend nak. Aku dah keluar rumah dia bagi message nak air milo. Terpaksa patah balik.”

Nana memandang Julia dan Emma. Masing-masing menggeleng kepala.

“Err..sorrylah wei, semua dah settle ek. Aku tau aku missed the best ever scene malam ni.” Annisah menyengih pada kawan-kawannya.

“Tapi korang ada record everything kan.”

“Aah..aku dah record everything yang ko tak sangka-sangka pun” Nana menyampuk cakap Annisah.

“Pengantin dah balik ke? Apesal macam senyap jer.”

“Ann, ko memang dah terlepas the best ever drama in the world tau tak. Yang memang ko takkan dapat tengok kat tempat lain pun. Even kat tv pun belum tentu keluar tau”

“Err korang...apa yang aku terlepas nih? Apesal aku rasa seram semacam jeh nih?”

“Ameer tak jadi kawen!”

Hah..mulut Annisah dah ternganga. Nyaris tak jatuh flusk berisi air milo yang dipegangnya. Namun seketika kemudian die tersenyum.

“Wei korang ingat aku ni mudah tertipu ke dengan lakonan tak mantap korang tu” Annisah dah melangkah ke depan. Mahu menyertai kawan-kawannya yang duduk di atas pangku bawah pokok depan rumah Sofi, si penganti perempuan.

“Ann, aku serius ni. S.E.R.I.U.S. Ameer tak jadi kawin. Sofi say NO to tok kadi tadi depan mak ayah die, depan mama dan papa Ameer, pendek kata depan semua orang yang datang tadi lah.”

Annisah terdiam. Bingung.

“Err..Ameer okey ke?”

Nana mengeluh. “Itu jeh ko mampu cakap ke?” Julia dan Emma turut menggeleng sama. Annisah nilah.

Bunyi ringtone Nickleback – This Is How U Remind Me menyedarkan keempat-empat gadis yang senyap seketika tadi. Annisah mengeluarkan telefonnya. Nama Ameer terpampang di skrin telefonnya. Dia memandang rakan-rakannya seketika sebelum menyambut panggilan itu.

“Hello..Ameer.”

Annisah terdiam seketika.

Kitorang kat bawah pangku depan ni. Ko kat mana?”

Diam.

“Kata nak air milo, datanglah sini. Aku ada bawak ni.”

Annisah mengerut kening mendengar balasan dari hujung sana telefon.

“Ameer bin Zakaria, datang sini. Kalau tak, aku balik. Problem takkan settle kalau asyik fikir nak lari jeh.” tinggi sedikit suara Annisah.

Nana memandang Julia dan Emma sambil terangguk-angguk. Memang Ann je yang mampu marah Ameer macam tu. Kalau orang lain yang menengking macam tu maknanya memang dijadikan musuh oleh si Ameer tu.

“Okey, aku tunggu.”

“Dia on the way” Annisah menutur perlahan kepada tiga gadis di depannya yang menunggu dia mengeluarkan kata-kata.



****************************************************

No comments:

Post a Comment