Ini kisah dua bulan lepas.....
“Umur kau dah 25 tahun ni Anis...takkan tak ada kawan lagi kot. Adawiyah anak Pak cik Hanif tu dah langsung dah kenduri dia bulan lepas.” Puan Suraya membebel-bebel pada anak bongsunya itu. Phia di sebelah menyengih.
Anis diam je, tak rasa nak bersuara pun, takut-takut nanti tercakap yang bukan-bukan pula kat mak. Ini yang kadang-kadang rasa macam malas je nak balik kampung. Sejak anak mak cik Kamariah tu kawin 6 bulan lepas itulah ayat yang terngiang-ngiang kat telinganya. Ni dah kes anak Pak cik Hanif pulak. Ishh..diorang ni apasal lah kawin cepat sangat, tak pasal-pasal aku jadi mangsa kena kahwin jugak.
“Mak tak kira, kalau susah sangat kau nak cari kawan biar mak yang cari kan. Anak Hj.Said kat kampung sebelah ni pun tengah mencari.”
Anis dah berpaling pada maknya. Biar betul mak ni. Macam lah aku ni desperate sangat nak kahwin.
“Firdaus tu kalau mak tak silap cikgu Add. Math kat sekolah menengah kat bandar tu. Okeylah tu, kerja pun dah tetap, dah stabil. Kalau Anis jadi dengan dia mak pun tak kisah”
Anis memandang pula pada Phia yang dah membulat jugak matanya. Mesti dia macam tak percaya je dengar Mama Su dia tu cakap macam tu. Lagipun sejak bila Mama Su dia yang open-minded tu jadi konservatif sangat. Bukan ke selama ini dia tak kisah pun apa yang Anis ni buat. Bukannya Anis pernah buat apa-apa yang jahat pun kat Putrajaya tu. Anis ini jadual dia hari-hari sama je. Pagi sampai ke petang, eh selalu je Anis tu balik malam dari ofis, kepala dia asyik fikir kerja sahaja (Anis itu kan workaholic). So, possibility untuk Anis buat perkara-perkara tak baik tu memang kosong peratuslah. Lagipun Anis kan anak bekas tentera yang sangatlah mementingkan berdisiplin sejak dari kecil tu, tak ada nya dia nak buat benda yang bukan-bukan. Phia dah menggeleng-geleng kepala, mesti ada yang menyucuk Mama Su ni. Semalam pun masa mama cerita pasal anak orang kat kampung ni merangkap kawan-kawan diorang time sekolah menengah dulu yang kahwin pun, Phia dah rasa lain macam je. Mujur juga lepas tu Abang Im tanya pasal barang hantaran dia dengan Kak Mija, kalau tak mesti mama nak tanya benda yang sama macam Mama Su buat kat Anis ni. Lagi pun kalau mama tanya juga dia masih tak ada jawapan sebab dia masih tunggu orang tu.
Anis dah rasa seram sejuk. Mak ni pun kot ye pun nak suruh aku kahwin biarlah aku kahwin dengan pilihan hati aku. Tak nak lah kahwin paksa macam ini, buat malu aku je nanti kalau diorang tau. Ini Phia tau ni pun dah cukup bahaya, confirm lah Leen dengan Mai akan tau juga. Lepas tu kalau Mai tau, dah semestinya Abang Syam tau jugak. Ishhh...malu nih.

No comments:
Post a Comment