Telinga Edina sudah memerah mendengar kata-kata dari mulut Encik Shamil di depannya. Dah dekat sepuluh minit dia mendengar bebelan dari bosnya itu. Sudah lah kata-kata yang keluar semuanya pedas-pedas. manalah dia nak tahan. Kesabaran dia pun ada hadnya, kalau sentuh pasal kerja saja tak apalah, ini pasal hal peribadi pun disentuh juga. Mana tahan macam ni.
“Awak datang ofis ni sebab nak kerja ke or awak datang sebab nak bermesra-mesraan dengan lelaki yang ada kat jabatan kita ni”
Edina mengangkat muka. Merah muka menahan tangis dan amarah.
“Apa yang abang nak sebenarnya?” suara mula Edina meninggi. Sengaja dia menentang mata pemuda di depannya, melepaskan geram sebenarnya. Manakan tidak, dari hari pertama lelaki itu melapor diri hingga sekarang mereka asyik tak sependapat sahaja. Sudah masuk tiga bulan namun masih bermasalah. Tapi satu yang dia pasti lelaki itulah yang menjadi punca segala permasalahan yang timbul itu.
Shamil terdiam seketika namun pantas dia tersenyum sinis. Dia menyandar badan pada kerusi yang diduduki.
“Finally, after three month you recognize me hah...”
“Abang nak apa dari Ed? Abang tak penat ke mendera Ed setiap hari.?”
“Abang dera Ed ke Ed yang dera abang?” Shamil mengendurkan suara bila perasan di luar biliknya sudah ada mata yang memandang.
Bila pula Ed dera abang? Ed ikut semua yang abang suruh Ed buat tapi abang sengaja cari pasal dengan Ed”
“Betul ke Ed ikut apa yang abang suruh. Semalam...”
Ed bukan cakap pasal kita. I’m talking about work, about semua kerja-kerja yang Ed buat tapi abang pertikaikan.”
“Tapi abang nak cakap pasal kita. K.I.T.A. Ed faham ke tak apa yang abang pesan dalam emel semalam. Abang tak suka Ed bercakap dengan dia.”
Mata Shamil membulat menahan marah. Dia geram melihat Ed bersembang-sembang dengan Muhymeen, pegawai dari bahagian Infrastructure tu. Dia tak suka dengan gaya pemuda ganteng yang ditunjukkan Muhymeen di depan Edina. Dia tak suka mendengar Edina memanggil Muhymeen itu sebagai Meen sahaja, tapi dengan dia Edina begitu berprotokol, sepanjang masa memanggilnya Encik Shamil. Dia benar-benar tak suka. Dia cemburu. Dia cemburu yang teramat-amat.
“Takkan Ed tak boleh bercakap dengan my colleague. Habis tu nak mengadap muka abang je dua puluh empat jam.”
“Ed jangan kurang ajar dengan abang. Kalau abang tak suka tu, ikut jelah. Kalau abang nampak lagi Ed bermesra-mesra dengan dia, tau lah abang nak buat apa.”
Edina merenung wajah di depannya dengan perasaan marah yang amat sangat. “Abang ugut Ed ke?”
Shamil angkat bahu. “Ed tahu apa yang abang boleh buat kat Ed kan?”
Edina keluar bilik itu dengan muka menahan marah yang amat sangat. Ed benci abang tau tak...
**************************
Edina berjalan perlahan di sebelah Shamil, meeting yang berlangsung selama tiga jam tadi cukup memenatkan otaknya. Kenapalah rakyat Malaysia suka bermesyuarat lama-lama. Penat tau.
“Eh Edina, you masih kat sini”
Ed mengangkat muka pantas namun wajahnya berubah riak melihat Muhymeen yang berada di depannya. Dikerling wajah kelat Shamil di sebelahnya.
“Err... Meen you pun ada kat sini. I tak perasan pulak masa meeting tadi.”
“Itulah you asyik menunduk je, I main mata dari hujung bilik tu you buat tak nampak jer. Kesian kat mata I ni tau.” Lelaki itu seronok bercanda dengan gadis di depannya tanpa menyedari Shamil di sebelahnya yang sedang menahan marah. Edina dah terkulat-kulat berdiri di hadapan dua pemuda itu. Satu dengan muka semanis madu. Satu lagi dengan muka sepahit hempedu. Namun dia perasan muka Shamil yang sedang menahan marah.
“Err... Meen, kenalkan my KPP, Encik Shamil.” Edina mengadap muka Shamil di depannya. “Encik Shamil, ini Muhymeen, officer dari Bahagian Infra.
Kedua-dua pemuda itu bertukar salam. Edina dapat merasakan aura pergaduhan yang ingin diciptakan oleh Shamil. Pantas dia bertindak.
Meen, I dah nak balik ofis ni. Lagipun hari ini I tumpang my bos datang sini, so kena balik sekaranglah. Takut nanti Pengarah cari pula di ofis tu.
“No problem my dear, nanti rehat kita lunch sama-sama okey” Meen masih lagi dalam mood mengusik. Shamil pula dah berapi di sebelahnya.
“I jalan dulu ye”
“Bye Edina”. Edina hanya mengangguk kepada Muhymeen. Tak sanggup dia nak mengangkat muka.
Shamil menutup pintu kereta kasar.
“Seronok dapat jumpa buah hati tadi.” Shamil menyindir gadis di sebelahnya. Edina hanya mendiamkan diri. Malas nak bergaduh.
“Ed dengar tak apa yang abang cakap ni.”
“Abang, Ed letih. Ed dah tak nak gaduh dengan abang dah. Please...”
Shamil mendengus perlahan. Namun matanya sempat menjeling pada wajah tidak bermaya di sebelahnya. Hatinya dipagut risau tiba-tiba. Demamkah gadis di sebelahnya itu.
“Err...Ed tak sihat ke?” perlahan Shamil bertanya dan tangannya pula merasa dahi Edina.
“Eh...abang, janganlah. Ed okeylah.” Edina menepis tangan Shamil perlahan.
“Panas ni, jom kita pergi klinik dulu.’
“Eh tak payah lah. Nanti Puan Jasmeen cari kita nanti susah pula”
“Takut Puan Jasmeen cari ke atau takut tak sempat nak pergi lunch dengan Muhymeen” keras sedikit suara Shamil.
Edina mengeluh perlahan. Diam.
No comments:
Post a Comment