Wednesday, December 22, 2010

Fird Almister C6ii

tit..tit..tit..
Anis pantas mencapai handphonenya di tepi meja.

"Cik adik, agak-agak bila baru boleh sampai kat Alamanda ni?"
                                                                                   - from: Mr. Fird

Anis tersengih membaca mesej dari Firdaus. Dia kembali membelek kertas kerjanya.

tit..tit..tit...sekali lagi handphonenya berbunyi.

Cik abang dah tunggu lama ni. Macam dah nak patah tulang belakang sebab lama sangat menyandar dekat kerusi ni :-(  
                                                                                 - from: Mr. Fird

 
Anis tersenyum membaca mesej di telefonnya. Alahai kesiannya mamat tu menunggu. Anis memandang sekeliling biliknya. Dia menarik nafas panjang. Keadaan di luar dah sunyi sepi. Mungkin semua staf dah balik. Jam pun dah menunjukkan 8.00 malam. Dia pantas mengemas mejanya dan mencapai beg di hujung laci. Suis lampu ditekan dan pintu bilik ditarik sebelum dikunci. Dia tersenyum sendiri mengenangkan Firdaus yang telah lama menunggu.

Saturday, December 18, 2010

K.I.T.A - 5

“Seminggu Cik Edina tak datang kerja. Tak tentu arah Encik Shamil. Kejap-kejap masuk bilik cik Edina...kejap2 duk belek-belek fail kat bilik cik Edina. Kalau macam ni akak rasa lepas ni mesti susah Cik Edina nak dapat cuti. Yelah semua kerja cik Edina yang lagi arif berbanding dia. Kelam kabut Encik Shamil dibuatnya.” Kak Manisah tersenyum pada Edina.




“Ke sebenarnye dia rindu kat Cik Edina kot” satu suara menyampuk dari belakang. Pantas kedua-duanya berpaling. Edina membulatkan mata pada Fazli yang tersengih-sengih memandangnya.



Rindu apa entah macam tu. Tetiap hari mamat tu datang rumah tengok aku. Dah la asyik nak mengugut orang saja. Bencilah. Edina pantas menyelak tray masuknya, melihat jika ada apa-apa kerja urgent yang mesti diselesaikan hari ini. Malas dia melayan karenah stafnya itu.



“Eh ko ni Fazli, nak rindu apanya, kan ke Encik Shamil tu dah ada buah hati. Dengar khabarnya pegawai yang baru masuk kat Bahagian Keselamatan tu buah hatinya sejak zaman kolej lagi.” Kak Manisah dah start bawak gosip baru.



Edina pantas menadah telinga dengan berita terbaru ini. Buah hati dari zaman kolej. Siapa. Takkan...ish...dia menggelengkan kepalanya.



“Eh, betul ke kak? Saya ada jugak dengar mereka tu kawan dari kolej tapi tak tahu pulak diorang tu memang bercinta. Tapi Cik Emilia tu cantik jugak akak kan?” Fazli dengan muka sengalnya bertanya pada Manisah. Edina yang dah bertukar wajah tu hanya terdiam. Betullah ‘Milia’, bibirnya menyebut perlahan.



“Kak Manisah dangan Fazli kalau nak bersembang tu kat luarlah. Bilik saja ni bukan tempat bergosip” suara Edina sedikit tinggi. Marah dengan berita yang baru didengarnya itu. Edina pantas mengambil fail di atas mejanya dan menyelak-nyelak kasar. Namun, kepalanya pantas diangkat apabila merasa ada kelibat seseorang di depannya. Dia hanya mendiamkan diri bila melihat pemuda di depannya itu.

Shamil tersenyum pada Edina.



“Dah sihat ke?”



Edina mengangguk malas. Geram sebenarnya dengan pemuda di depannya. Rasa terngiang-ngiang saja nama Milia yang disebut oleh Fazli tadi. Buah hati dari zaman kolej konon. Dulu beria-ria cakap tak ada apa-apa, tapi sekarang....dia menggeleng-geleng kepalanya. Kemudian Edina teringat pula kejadian di rumah semalam, mama dan papa bukan main gembira bila jumpa Abang Shamil. Macamlah Ed tak tahu yang diorang memang sentiasa berhubung sejak dari peristiwa lama dulu. Konon-kononnya semua berlakon dah lama tak jumpa. Padahal bibik sendiri dah terpecahkan rahsia yang Abang Shamil yang bagitahu mama dengan papa yang Ed demam di sini. Menyampahlah. Kaki penipu betul.



“Mama dengan papa dah balik ke?” Shamil tersenyum senang memandang Edina yang masih bermasam muka dengannya. Sengaja Shamil buat tak nampak padahal dalam hati terasa ingin gelak. Dia tau Edina sedang mengutuknya dalam hati.



“Sudah, mama kirim salam. Mama suruh call malam nanti.” Edina bercakap dengan nada yang tidak ikhlas. Shamil di depannya mengangguk-angguk. Lama lelaki itu merenung Edina di depannya sehingga membuatkan Edina tak selesa. Dia menjeling pada Shamil.

Tiba-tiba..



“Err, Encik Shamil ada call untuk encik. Nak saya sambungkan atau encik nak jawab di bilik.”



“Edina, tumpang your phone ye. I malas nak jalan balik bilik” tanpa menunggu kebenaran Edina terus dia memberi isyarat kepada Maria agar menyambung ke telefon Edina.



“Hello Sham”



“Hello”



“I ni Milia. You busy ke? I nak minta tolong you sikit nih.” terdengar manja suara dihujung talian. Shamil terkesima, sudahlah dia buat loud speaker. Direnungnya muka Edina yang berubah riak.



“Err...Milia, I call you back lepas ni boleh tak?”



“Oh, you tengah busy ye. Sorrylah kalau I kacau you, tak apa nanti bila free you call I balik tau. Ada something I nak tanya you nih. Bye, Assalamualaikum”



“Waalaikumusalam” Ehmm...Shamil menenangkan dirinya sendiri. Terkejut sebenarnya bila Milia call masa dia sedang bersama Edina. “Errm Ed, abang lupa nak bagitau Ed yang Milia masuk sini last two day.”



“Dahlah, Ed tak nak tau apa-apa pasal you all berdua. Kan dulu lagi Ed dah cakap” suara Edina kedengaran marah.



“Ed, dengar dulu.” pantas Shamil menahan tangan Edina namun dilepas bila terasa ada mata yang memandang dari luar.



“Dulu pun abang cakap tak ada apa-apa jugak, padahal abang memang baik dengan dia. Abang ni nak main-mainkan Ed ke sebenarnya” suara Edina perlahan menahan sebak



“Ed, abang memang tak ada apa-apalah dengan dia. Dia kawan abang macam orang lain juga. Ed sorang je special dalam hati abang”



“Tak apalah, kita pun dah putus lama dulu kan. Kita mana ada apa-apa lagi.” Selamba Ed menutur di depan Shamil. Shamil mengetap bibir marah.



“Ed jangan nak mengarut lagi. Abang tak pernah pun putuskan apa-apa dari dulu. Sekarang ni Ed just calm down jeh. Tak payah nak fikir apa-apa yang boleh buat Ed ambil tindakan bodoh macam dulu.”



Tajam renungannya pada lelaki di depannya itu. “Ed tak buat tindakan bodoh dulu. That’s what I want for that time okey. You don’t have any right to say that to me” Edina menjerit lantang. Shamil terkebil-kebil. Melihat riak wajah Edina yang marah teramat sangat. Shamil sedar yang staf-staf di luar cuba meneka situasi sebenar mereka. Mujurlah dia menutup pintu sebelum masuk ke bilik Edina tadi kalau tidak pasti ada saja yang cuba nak jadi paparazzi di sini.



“Okey-okey, I’m sorry. I didn’t mean it okey. Sayang, janganlah menangis macam ini, tengok kat luar tu diorang dah mengintai-intai. Ed kan tak nak sapa-sapa tahu pasal kita.” bibirnya mengucap kata perlahan. Edina mengesat air mata yang mula mengalir perlahan di pipi. Sebak mendengar kata-kata lelaki di depannya. Geram pun ada.



“Abang keluarlah, Ed nak buat kerja. Pergilah telefon buah hati abang tu balik”



“Ed...”



Edina berpaling dan berpura-pura membelek dokumen di atas meja di depannya. Sengaja membiarkan Shamil rasa terasing. Biar dia rasakan.



“Okeylah abang tak kacau Ed lagi. Tapi Ed jangan nak cakap lagi pasal putus-putus ni. Abang tak sukalah dengar macam tu.”



Edina mencebikkan bibirnya. Konon tak suka, entah-entah tak sabar nak putuskan hubungan sebab nak sambung cerita dengan buah hati kesayangan pengarang jantung nya itu. Arghhh....bencinya.

K.I.T.A - 4

Telinga Edina sudah memerah mendengar kata-kata dari mulut Encik Shamil di depannya. Dah dekat sepuluh minit dia mendengar bebelan dari bosnya itu. Sudah lah kata-kata yang keluar semuanya pedas-pedas. manalah dia nak tahan. Kesabaran dia pun ada hadnya, kalau sentuh pasal kerja saja tak apalah, ini pasal hal peribadi pun disentuh juga. Mana tahan macam ni.




“Awak datang ofis ni sebab nak kerja ke or awak datang sebab nak bermesra-mesraan dengan lelaki yang ada kat jabatan kita ni”



Edina mengangkat muka. Merah muka menahan tangis dan amarah.



“Apa yang abang nak sebenarnya?” suara mula Edina meninggi. Sengaja dia menentang mata pemuda di depannya, melepaskan geram sebenarnya. Manakan tidak, dari hari pertama lelaki itu melapor diri hingga sekarang mereka asyik tak sependapat sahaja. Sudah masuk tiga bulan namun masih bermasalah. Tapi satu yang dia pasti lelaki itulah yang menjadi punca segala permasalahan yang timbul itu.



Shamil terdiam seketika namun pantas dia tersenyum sinis. Dia menyandar badan pada kerusi yang diduduki.



“Finally, after three month you recognize me hah...”



“Abang nak apa dari Ed? Abang tak penat ke mendera Ed setiap hari.?”



“Abang dera Ed ke Ed yang dera abang?” Shamil mengendurkan suara bila perasan di luar biliknya sudah ada mata yang memandang.



Bila pula Ed dera abang? Ed ikut semua yang abang suruh Ed buat tapi abang sengaja cari pasal dengan Ed”



“Betul ke Ed ikut apa yang abang suruh. Semalam...”



Ed bukan cakap pasal kita. I’m talking about work, about semua kerja-kerja yang Ed buat tapi abang pertikaikan.”



“Tapi abang nak cakap pasal kita. K.I.T.A. Ed faham ke tak apa yang abang pesan dalam emel semalam. Abang tak suka Ed bercakap dengan dia.”



Mata Shamil membulat menahan marah. Dia geram melihat Ed bersembang-sembang dengan Muhymeen, pegawai dari bahagian Infrastructure tu. Dia tak suka dengan gaya pemuda ganteng yang ditunjukkan Muhymeen di depan Edina. Dia tak suka mendengar Edina memanggil Muhymeen itu sebagai Meen sahaja, tapi dengan dia Edina begitu berprotokol, sepanjang masa memanggilnya Encik Shamil. Dia benar-benar tak suka. Dia cemburu. Dia cemburu yang teramat-amat.



“Takkan Ed tak boleh bercakap dengan my colleague. Habis tu nak mengadap muka abang je dua puluh empat jam.”



“Ed jangan kurang ajar dengan abang. Kalau abang tak suka tu, ikut jelah. Kalau abang nampak lagi Ed bermesra-mesra dengan dia, tau lah abang nak buat apa.”



Edina merenung wajah di depannya dengan perasaan marah yang amat sangat. “Abang ugut Ed ke?”

Shamil angkat bahu. “Ed tahu apa yang abang boleh buat kat Ed kan?”



Edina keluar bilik itu dengan muka menahan marah yang amat sangat. Ed benci abang tau tak...



**************************



Edina berjalan perlahan di sebelah Shamil, meeting yang berlangsung selama tiga jam tadi cukup memenatkan otaknya. Kenapalah rakyat Malaysia suka bermesyuarat lama-lama. Penat tau.



“Eh Edina, you masih kat sini”



Ed mengangkat muka pantas namun wajahnya berubah riak melihat Muhymeen yang berada di depannya. Dikerling wajah kelat Shamil di sebelahnya.



“Err... Meen you pun ada kat sini. I tak perasan pulak masa meeting tadi.”



“Itulah you asyik menunduk je, I main mata dari hujung bilik tu you buat tak nampak jer. Kesian kat mata I ni tau.” Lelaki itu seronok bercanda dengan gadis di depannya tanpa menyedari Shamil di sebelahnya yang sedang menahan marah. Edina dah terkulat-kulat berdiri di hadapan dua pemuda itu. Satu dengan muka semanis madu. Satu lagi dengan muka sepahit hempedu. Namun dia perasan muka Shamil yang sedang menahan marah.



“Err... Meen, kenalkan my KPP, Encik Shamil.” Edina mengadap muka Shamil di depannya. “Encik Shamil, ini Muhymeen, officer dari Bahagian Infra.



Kedua-dua pemuda itu bertukar salam. Edina dapat merasakan aura pergaduhan yang ingin diciptakan oleh Shamil. Pantas dia bertindak.



Meen, I dah nak balik ofis ni. Lagipun hari ini I tumpang my bos datang sini, so kena balik sekaranglah. Takut nanti Pengarah cari pula di ofis tu.



“No problem my dear, nanti rehat kita lunch sama-sama okey” Meen masih lagi dalam mood mengusik. Shamil pula dah berapi di sebelahnya.



“I jalan dulu ye”



“Bye Edina”. Edina hanya mengangguk kepada Muhymeen. Tak sanggup dia nak mengangkat muka.

Shamil menutup pintu kereta kasar.



“Seronok dapat jumpa buah hati tadi.” Shamil menyindir gadis di sebelahnya. Edina hanya mendiamkan diri. Malas nak bergaduh.



“Ed dengar tak apa yang abang cakap ni.”



“Abang, Ed letih. Ed dah tak nak gaduh dengan abang dah. Please...”



Shamil mendengus perlahan. Namun matanya sempat menjeling pada wajah tidak bermaya di sebelahnya. Hatinya dipagut risau tiba-tiba. Demamkah gadis di sebelahnya itu.



“Err...Ed tak sihat ke?” perlahan Shamil bertanya dan tangannya pula merasa dahi Edina.



“Eh...abang, janganlah. Ed okeylah.” Edina menepis tangan Shamil perlahan.



“Panas ni, jom kita pergi klinik dulu.’



“Eh tak payah lah. Nanti Puan Jasmeen cari kita nanti susah pula”



“Takut Puan Jasmeen cari ke atau takut tak sempat nak pergi lunch dengan Muhymeen” keras sedikit suara Shamil.



Edina mengeluh perlahan. Diam.

K.I.T.A - 3

Edina masih ingat betapa marahnya Papa bila Edina tak nak keluar dari bilik untuk beraya dengan abang Shamil lepas dari malam dia mengambil keputusan tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Mama dah langsung tak nak bertegur dengannya. Edina tersenyum sendiri. Teringat kelakuannya yang macam budak-budak tu, memang betullah kata abang aku tak matang.



Abang...dia memejam mata bila terkenangkan bos barunya siang tadi. Dia tahu abang Shamil juga terkejut apabila melihatnya namun sengaja dia buat-buat tak tahu dengan pandangan Shamil padanya. Seketika kemudian dia melepas keluhan panjang.



Kak Manisah menjenguk di pintu bilik Edina “Kenapa Cik Edina, kene hentam lagi ke?



Edina jungkit bahu.. ”entah lah kak, Bos saya tu semuanya tak kena. Saya pun tak tau dia nak macam mana.”



“ye ke? tapi akak tengok dengan orang lain okey je”



Edina tersenyum kelat. “entah, dia tak suka saya lah tu kot”



“Ish...takkan lah kot, Puan Jasmeen pun suka sangat kat Cik Edina takkan dia nak kata tak suka cik Edina pulak. Buat keje sume bagus. Kalau akak dapat anak buah macam Cik Edina confirm senang keje.”



Edina terdiam. Macam mana nak suka kalau perasaan marah tu sentiasa ada dalam diri Encik Shamil. Edina tau semua tu adalah untuk menyerang peribadinya semata-mata. Bukan dia tak tau sikap Shamil tu.



***********************************


Tuk..tuk..tuk...



Shamil mengangkat muka bila mendengar ketukan di biliknya.



“Encik Shamil panggil saya” Edina bertanya sopan walaupun dia dah dapat mengagak apa yang akan diperkatakan.



“Ya Edina. masuk dan tolong tutup pintu balik. Saya ada hal nak dibincangkan dengan awak.”



Edina melangkah lemah, terasa harinya akan berubah lagi. Sejak kedatangan bos baru hidupnya lagi huru-hara. Lebih huru hara dari sebelum-sebelum ni. Kalau macam ni lebih baik tak ada bos je.

“Encik nak cakap berkenaan hal apa ya?”



Shamil melemparkan perlahan draf proposal yang aku berikan padanya semalam. “Apa ni Edina, macam ni ke you tulis proposal untuk research Restructuring Planning Unit tu”



Edina terdiam melihat Shamil melampiaskan rasa tak puas hati padanya. Edina tahu Shamil sengaja berbuat begitu padanya.



“Err...ada apa-apa yang tak kena ke. Saya rasa saya dah memenuhi semua kehendak Encik Shamil, I already go through the entire concept and component yang you suruh tu.”



Shamil memandang gadis di depannya itu dengan muka yang menahan marah. Edina tau dia tak patut menjawab tapi dia dah letih asyik ditegur kerana benda yang remeh-temeh.



“So, you nak kata I sengaja marah youlah ni”



Edina menarik nafas panjang.



“Bukan macam tu cuma I rasa yang Encik Shamil perlu tengok proposal tu secara menyeluruh dulu baru buat keputusan. In fact I rasa, that proposal is not too bad. Even Puan Khalida pun kata okey je masa I ask her untuk give comment for the contents.



“I tak rasa apa yang you dah buat tu betul but one thing yang I pasti ialah this proposal is rubbish” Shamil mengambil proposal tersebut di tanganku dan melemparkan ke bawah.



Bulat mata Edina melihat perlakuan pemuda di depannya ini. Dia bingkas bangun, air mata terasa ingin mengalir keluar namun ditahan. “Tak apalah kalau proposal tu rubbish, I’ll work out on that back after this. May be the idea not suit with the research”



“I nak dapatkan yang the best dari you and please jangan bagi sesiapa baca dulu daripada I. Macam you juga, I tak suka jadi second person”



Edina mengetap bibir sambil mengangguk dan pantas dia meminta izin untuk keluar.

K.I.T.A - 2

Edina menjenguk kepala di luar biliknya, kelihatan staf-staf di luar sedang bergosip. Dia mengerut kening. Apa sajalah berita terbaru yang mereka dapat tu agaknya. Dia mengeleng-gelengkan kepala. Tak payah sibuk-sibuk sekejap lagi mesti ada yang datang menyampaikan gossip tu kat dia.




“Cik Edina...”



Kan dah kata. Edina tersenyum sendiri. Kak Manisah ni mesti nak datang buka cerita lah tu. Edina buat muka serius di depan muka stafnya itu.



“Ye, kenapa kak?”



“Busy ke Cik Edina, saya ada berita panas dan best nak bagitau nih” kak Manisah dah tersengih melihat muka layu pegawainya yang tengah serabut banyak kerja.



“Kalau berita tu boleh menyelesaikan masalah saya ni, tolonglah bagitau sekarang” sengaja Edina meluahkan perasaan.



“Confirm akan membantu Cik Edina lepas ni” Manisah mengangkat-angkat kening di depan pegawainya itu.



Edina mengangkat muka dari komputer. Seakan menunggu staf di depannya mengeluarkan larva berita yang dikatakan panas tu.



“Lepas ni ringanlah sikit kepala Cik Edina, kita dah dapat bos baru”



“Bos baru?” Edina mengerut kening. Namun pantas dia dapat menangkap berita yang cuba disampaikan itu. “Err..bos kecik ke bos besar?”.



“Bos kecik tapi Puan Jasmeen kata nak letak kat unit Cik Edina. So lepas ni tak payahlah nak pening-pening lagi ye”



Edina mencebikkan bibirnya. “Kak Manisah ni semua tau ye. Puan Jasmeen bagitau kat kak Manisah ke?” sengaja Edina menyindir stafnya itu. Manisah sudah terkulat-kulat di depan pegawainya itu.



“Saya pun pasang spy juga kat ofis ni. Senang nak tahu perkembangan semasa” dia tersengih mengadap pegawai atasannya.



“So, bila bos baru saya nak masuk”



“Assalamualaikum...”



Edina pantas bangun apabila melihat Pengarahnya sendiri datang membawa pegawai baru kepadanya. “Puan” dia tersenyum menegur, namun matanya seakan terkejut melihat ketua barunya di sebelah bos besar tu.



“Yes Edina, apahal bersepah meja you tu.” Jasmeen memuncung pada meja Edina yang berserabut. Dia menggelengkan kepalanya melihat keadaan itu.



“I tau lah you tengah serabut tapi janganlah sampai nampak macam I mendera you pulak.” Puan Jasmeen tergelak sendiri.



Eh, tak adalah puan, I just tak sempat kemas tadi. Cari dokumen berkenaan Criteria Project, tu yang bersepah semuanya.” Edina tergagap-gagap menerangkan.



Puan Jasmeen hanya tersenyum manis pada Edina “okey lah, let me introduce you dengan our new KPP ni.”



“So Shamil, ini Edina you punya anak buah starting hari ini. Sejak lima bulan lepas, tugas-tugas bawah post you dia yang handle, tu yang sampai jadi berserabut meja dia tu. Tapi after this Edina dah boleh buat memo serah tugas kat you.”



Edina tersenyum kelat mendengar omelan Pengarahnya.



“Dan Edina, ini dia bos baru yang you tunggu-tunggu sangat. Haa, mesti you rasa legakan sekarang ni”

Edina tersenyum kelat. “Selamat datang ke unit kita Encik Shamil. Harap kita dapat berkerjasama dengan baik” Edina menundukkan kepala sedikit kepada pemuda di hadapannya itu sebagai tanda hormat.



“Terima kasih Cik Edina, I pun harap kita dapat berkerjasama dengan baik.”



“Okey, since Shamil dah jumpe orang kuat dia kat sini, so Manisah you tolong bawak Encik Shamil ni jumpa semua orang ye. I ada meeting pukul 10 pagi nanti.” Manisah terangguk-angguk mendengar arahan daripada bos besar.



Edina dapat merasakan dia akan lebih sesak nafas lepas ni. Ini macam bala yang datang bertimpa-timpa...Dia meraup mukanya...Ya Allah kenapa dia.



******************************

K.I.T.A - 1

Kisah lima tahun lalu...


“Abang dah ada Milia tu, so rasanya mulai hari ini kita dah tak ada apa-apa kot” Edina sengaja mengulang kembali apa yang telah dipraktikkan di hadapan cermin biliknya malam tadi pada lelaki di depannya ini.



“Apa yang Ed mengarut ni. Abang dengan Milia tu kan just coursemate je. Takkan sebab cerita-cerita mengarut yang Ed dengar, terus nak putuskan hubungan kita. Ed ni tak matang langsung. Berapa kali abang nak cakap tahun ni tahun akhir abang kat uni ni. So, abang kena finished kan semua kerja-kerja society then nak focus pada study pula, tentulah abang kena bergaul dengan ramai orang. Milia tu kan assistant abang dalam society. Shamil menarik nafas panjang.



“ Ed cuba matang sikit. Kita dah besar, bukan lagi zaman budak-budak”



“Biarlah, Ed memang budak-budak. Nanti Ed cakap kat mama Ed nak putus dengan abang”



Shamil menahan rasa marah di dalam hati. kalau ikutkan perasaan dah lama dia pergi namun memandangkan sayangnya pada gadis di depannya ini.



“Ed ingat mama nak dengar ke cakap Ed tu. Mama Ed lagi percaya abang dari Ed okey. So Ed boleh tak hentikan semua kerja sia-sia ni. Daripada Ed duk marah-marah kat Milia tu baiklah Ed berbaik-baik dengan dia. Kan dia pun senior Ed, kita sama satu course pula lagi senang kalo Ed nak tanya apa-apa. Kalau dengan abang Ed tak nak tanya, pergilah berbaik-baik dengan dia Ed”



Edina mendengus kasar “Eii..Ed tak nak jadi orang kedualah. Ed tak kira Ed tak nak jumpa abang dah lepas ni. Kalau mama tak kasi putus pun tak apa. Ed tetap dah malas nak layan abang”



Shamil hanya menggeleng kepala melihat Edina meninggalkannya.

Ameer 9

“Ann tak bangun lagi mama” Ameer memandang mamanya dengan muka pelik.


“Entah lah, cuba pergi kejutkan. Letih sangatlah tu”

Ameer terdiam sekejap. ragu-ragu mahu mengejut Ann. teringat peristiwa malam tadi, dia mengeluh perlahan.

“Apa yang tercegat lagi tu, pergilah kejut Ann. Panggil sarapan terus.”

Ameer tersengih memandang mamanya. Namun langkah diatur perlahan ke bilik tetamu di hujung ruang rumah itu.

Ameer berdiri di luar bilik Ann agak lama. Dalam keadaan teragak-agak tangannya mengetuk pintu bilik.

“Ann, dah bangun ke?”

Diam.

“Ann, mama ajak sarapan”. Namun tiada jawapan dari dalam bilik.

“Ann, kalau ko tak buka pintu ni aku masuk. Ameer berdiri lima minit di depan pintu.

“Aku masuk Ann” tangannya pantas memusing tombol pintu bilik tersebut. Dia mengintai sedikit ke dalam bilik itu. Dari pintu dilihat yang gadis kesayangannya itu masih terbaring di atas katil. Pantas kakinya bergerak ke arah katil. Namun bulat matanya melihat wajah lesu dan pucat Ann yang terbaring di atas katil.

“Ann, kenapa ni?” dia menggerakkan badan Ann perlahan. Tangannya merasa dahi Ann. Panasnya. Kelam-kabut Ameer berlari ke dapur. “Mama cepat.”



*********************



“Dia okey. Tak ada apa-apa yang serius” doktor yang merawat Annisah tersenyum memandang Ameer yang kelam kabut bertanya apabila melihat doktor itu keluar dari bilik yang diduduki Annisah.

“Tapi kenapa dia pengsan”

“Owh, itu sebab keletihan sahaja. Dia nampak tertekan. Mungkin Encik Ameer kena bagi dia berehat lebih.”

Ameer tersenyum kelat. Doktor ni macam perli aku saja. “Emm, terima kasih lah doktor. Mintak maaf susahkan doktor pagi-pagi ini ya.”

“Tak apa, sudah tugas saya” Dia menunduk sedikit kepalanya kepada anak muda di depannya itu.



Ameer yang baru ingin melangkah ke bilik Annisah selepas menghantar doktor ke muka pintu terserempak dengan mamanya yang melangkah keluar.

“Mama, Ann dah sedar ke?”

Mamanya menjeling tajam pada anak lelakinya itu. Dia hanya mengangguk.

“Ameer, ikut mama kejap.”

Ameer yang sudah memulas tombol pintu bilik berpaling kepada mamanya “Tapi Ameer nak tengok Ann dulu”

“Dengar cakap mama ni Ameer. Lagipun Ann nak berehat tu. Jangan kacau dia”

Ameer mengerut dahi. Apasal muka mama serius saja dari tadi. Dia pantas menurut mamanya ke ruang bacaan.

“Kenapa ma? Pasal Ann ke?”

Mamanya menjeling tajam. “Mama nak tanya kenapa Ameer buat kat Ann macam tu?”

“Buat apa ma?” Ameer bertanya perlahan. Dahinya berkerut. Manalah dia tahu yang Ann demam.

“Ameer, jangan nak berdalih dengan mama. Mama yakin Ann bukan jenis yang buat benda yang tak senonoh tu.

Pantas Ameer angkat kepala. Mukanya kelihatan gelisah. Dia mengosok kepalanya berkali-kali.

“Err..Ann cakap apa kat mama”

“Dia tak cakap apa-apa tapi mama bukan buta dengan tanda-tanda merah di leher Ann tu”

Ameer menelan air liur. “Ameer...err...Ameer tak sengaja mama”

Mamanya menggelengkan kepalanya. Ya Allah anak aku ni. Boleh dia cakap tak sengaja.

“Ameer dah tak ingat dosa ke Ameer? Malu mama kalau orang tahu perkara macam ini yang Ameer buat kat anak dara orang. Dalam rumah mama pula tu. Mana mama nak letak muka.”

“Mama, sorry ma. Ameer tak sengaja. Ameer betul-betul sayang Ann. Tapi betul mama, tak ada apa-apa jadi semalam. Ann menangis semalam. Ameer baru sedar bila dia menangis.”

Mamanya menggeleng kepala.

“Ameer tak sengaja mama. Betul ni.”

Mamanya menarik nafas panjang. “Mama tak kisah samada Ameer sengaja atau tidak tapi mama nak Ameer minta maaf kat Ann. Ameer tolong fikir maruah dia juga. Dia tu perempuan. Tak boleh lah Ameer buat yang bukan-bukan kat dia.”

Ameer hanya mengangguk-angguk kepalanya. Tahu akan kesalahan yang dibuat.



***********************************************



“Ann, dah okey sikit ke?” Ameer memandang ke arah buah hatinya masih berbaring di katil sejak dirawat oleh doktor pagi tadi.

Ann hanya diam. Matanya memandang siling bilik yang kosong.

“Ann, janganlah macam ini. I’m sorry okey. I didn’t mean anything last night. Aku sayang ko sangat-sangat. Aku takut kau tinggalkan aku.”

Ann hanya diam. Pipinya mula basah dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

“Ann, jangan diam macam ni sayang. Aku sayang kau”

“Kau tak patut buat macam tu kat aku. Kalau kita terlanjur semalam macam mana? Aku macam mana? Aku ni perempuan, Ameer”

“Sayang, aku mintak maaf. Aku tak sengaja” pantas dia menarik tangan Ann ke dadanya. “Aku sayang kau sangat-sangat”

Ann hanya diam bila Ameer menariknya ke dakapan Ameer. Ann menghamburkan semua kesedihannya pada Ameer. Melihat Ann yang sudah tersedu-sedu di bahunya pantas Ameer menepuk belakang Ann perlahan-lahan.

Ann menarik nafas panjang. Seakan sedar keadaannya dalam pelukan Ameer, pantas dia menjauhkan diri.

“Sorry” ucapnya perlahan.

Ameer tersenyum kelat. Memahami tingkahnya. Dia hanya diam melihat gadis di depannya yang hanya menunduk.

“Emm, aku nak mandi. Kau keluarlah dulu” Anis memandangnya sekilas. Ameer hanya mengangguk-angguk.

“Lepas mandi turun breakfast. Mama dah tunggu lama.

Ann mengangguk perlahan. Dia hanya melihat Ameer bangun menuju ke pintu perlahan-lahan. Namun dia tergamam mendengar bisikan perlahan di telinganya

“I love you sayang”

Ameer 8

Ameer termenung sendirian di atas sofa. Tangannya diletakkan di dahi. Dia mengeluh perlahan. Mata menjeling dinding bilik sebelah, terbayang-bayang wajah Ann yang merah dan mata yang sembam tadi kerana menangis. Muka ketakutan dengan perlakuannya tadi. Betul, dia tak sengaja sebenarnya. Entah kenapa dia melakukan begitu pada gadis kesayangannya tadi. Ahh...aku terlalu ikut perasaan.




Patutnya lepas tunjukkan bilik pada Annisah tadi dia terus pergi tapi entah kenapa dia menunggu di bilik itu. Niat sebenarnya mahu mengambil hati Annisah semula. Yelah tadi kan dia dah marah-marah pada gadis itu. Tapi entah macam mana dia jadi lupa diri. Mula-mula dia hanya mengusap tangan Ann walaupun Ann menolak tangannya dua tiga kali. Dia masih tersenyum bila Ann memarahinya sebab mengucup tangannya. Dia rindu pada gadis itu sebenarnya. Baru berbaik-baik lepas lebih dua minggu bergaduh, tiba-tiba Anis ditugaskan ke Melaka. Tak sempat nak bermanja-manja. Lagi pun dia risau sebab dia dah ada pesaing di pejabat. Hakim nampaknya berminat dengan gadis kesayangannya itu. Dan entah kenapa bila dia memandang Ann yang marah-marah tu, terus die memeluk gadis itu. Lama. Dia tahu Ann terkejut dengan tindakannya itu, tapi entah kenapa Ann hanya terkaku. Ameer menyedari Ann yang tidak menolaknya mula menggomol pipi gadis kesayangannya itu. Dia jadi lupa diri. Dia lupa bahawa dia berada di rumahnya sendiri. Dia lupa mama dan papanya ada di rumah ini. Dia lupa segala-galanya. Tangannya merayap-rayap ke seluruh tubuh gadis itu. Namun saat dia ingin menyentuh bibir gadis kesayangannya itu, dia terhenti apabila mendengar esakan dari tubuh yang dipeluknya itu. Pantas dia melihat wajah Ann yang sudah berlinang air mata dengan badan yang menggigil-gigil. Ameer terduduk di lantai. Dia mengucapkan istigfar perlahan. Dia memujuk-mujuk Ann, dia keliru sebenarnya. Tiba- tiba dia rasa takut sangat. Mujur dia tak sempat meneruskan tindakannya tadi. Kalau tak, mungkin dia dapat memaafkan dirinya sendiri.



Sebenarnya tadi dia hanya mahu berterus terang dengan perasaannya pada Ann. Lepas dari pergaduhan dengan Annisah selama dua minggu baru dia sedar yang dia amat memerlukan gadis itu dalam hidupnya. Dulu dia tak rasa apa-apa sebab dia tau Annisah akan sentiasa ada di sisinya. Walaupun dulu dia bercinta dengan Sofi tapi Annisah masih yang teristemewa dihatinya. Walaupun bergaduh dengan Sofi tapi dia masih boleh bergembira sebab dia ada Annisah yang akan memenuhi ruang hidupnya setiap masa. Walaupun semua orang menyalahkan Sofi masa hari pernikahannya itu tapi dia tahu semuanya salah dia. Semua orang tak tahu bahawa sehari sebelum pernikahannya, Sofi berjumpanya kerana mahu tahu samada Ameer menyintainya atau tidak. Sofi suruh dia lepaskan Annisah kalau mahu berkahwin dengannya. Dan Ameer dengan lantang memarahi Sofi kerana memaksanya melepaskan insan yang amat disayanginya. Sebenarnya juga dia sudah tahu yang Sofi akan menolaknya tapi sengaja dia buat seperti tiada apa-apa berlaku. Mujur juga papa tak bising-bising bila pernikahannya dibatalkan. Mama pula hanya mengatakan sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Dia diam sahaja waktu itu. Walaupun agak marah dengan tindakan Sofi namun dia bersyukur pernikahannya dengan Sofi tidak berlaku. Jika tidak pasti mereka sudah bercerai-berai sekarang.



***************************************

Ameer 7

“Auntie, ramai ke datang semalam?” Ann bertanya sambil tangan mengelap pinggan-pinggan yang telah digunakan semalam.


“Adalah dalam 30 orang kot. Auntie jemput orang surau hujung tu dengan dua tiga family jiran dekat-dekat ni je. Saja buat makan-makan sikit.”

Ann mengangguk-angguk sambil matanya melilau mencari seseorang. Sebenarnya sengaja dia datang menolong memandangkan semalam dia tak dapat datang ke kenduri doa selamat rumah Ameer sebab baru sampai dari Alor Gajah. Meeting kat luar. Lagipun nak kena pujuk budak manja Ameer tu. Ameer tengah merajuk sebab dia tak datang padahal mamat tu tau je yang pengarah dah calonkan dia ke sana. Takkanlah nak carik pasal tak pergi pulak meeting kat Alor Gajah tu. Itu memang mencari nahas untuk kena tatatertib. Silap-silap kena pecat terus.

“Ameer ada kat depan tu tengah tengok tv” tiba-tiba Auntie Manisah bersuara.

Ann tersenyum malu. Merah mukanya bila mama Ameer seakan dapat membaca fikirannya tadi.

“Ann pergilah pujuk budak manja tu. Dari semalam membebel sebab Ann tak ada. Lagipun dah siap ni, yang lain-lain tu nanti Kak Muni boleh buat”

Ann mengelap pinggan terakhir di tangannya. Pantas disusun pingan-pinggan itu dan mengesat tangannya. Dia pantas bangun menuju ke ruang tamu tempat Ameer berehat. Dari jauh dapat dilihat Ameer yang tengah khusyuk menonton. Cerita apa yang best sangat tu entah le.

“Ameer”

Ameer berpaling seketika namun terus memandang kaca tv semula.

Ann mengetap bibir. Alahai nak merajuk pulak dah. Susah lah mamat ni.

“Ameer sorry okey.” dia berdiri di depan Ameer. Sengaja dia menghalang pandangan pemuda itu sebab kalau tidak Ameer takkan mengendahkan dia di situ.

Ameer menjeling Ann di depannya.

“Tepilah”

Ann bulatkan mata pada Ameer. “Ala ko ni takkan lah tak faham semalamkan aku kena pergi Melaka. Ko pun dengar masa Encik Khairul suruh aku pergi tu kan?”

Ameer buat muka tak puas hati “Abis tu kenapa tak balik terus. Kan sehari jeh”

“Ameer dah nak malam kan time tu. Takut aku nak drive balik KL.”

“Kan aku dah cakap aku nak pergi ambil ko tapi ko yang tak bagi.”

Ann menggelengkan kepala. “Habis tu kalau ko pergi ambil aku, kerja-kerja kat rumah ni sapa nak tolong. Kasihanlah kalau mama ko buat dengan Kak Muni jeh.”

“Mama tak cakap apa-apa pun semalam” sempat lagi Ameer menjawab tu.

Ann mendengus kuat. Masalah betul cakap dengan Ameer ni. Sudahnya kedua-duanya diam jeh. Ameer kembali mengadap televisyen di depannya kembali dan Ann menyelak majalah di atas meja depannya dengan muka tak puas hati.



Ann mengeliat perlahan. Dia melihat jam di tangannya yang menunjukkan pukul 1030 malam. Dia bingkas bangun, sambil membetul-betulkan baju kurungnya yang berkedut sebab lama sangat dia duduk di sofa sampai terlena kejap. Pantas dia melangkah ke arah dapur.

“Nak pergi mana tu?”

Ann berpaling pada suara yang bertanya. Baru dia sedar ada seseorang yang memerhatikannya dari tadi. Ameer memandangnya tajam.

“Err, nak baliklah. Dah lewat ni, nak dekat pukul sebelas dah.”

“Tidur sini je” tanpa perasaan Ameer bercakap. Ann dah pandang pelik. Daripada siang tadi muka macam nak cari gaduh je Ameer ni.

“Aa..aku...”

Pantas Ameer menarik tangan Ann ke arah bilik tetamu yang memang dah tersedia untuk gadis itu. Ann terpinga-pinga, namun mujurlah ada suara yang menegur.

“Ameer, kenapa buat kat Ann macam tu?” Annisah dan Ameer berpaling. Ann pantas menarik tangannya dari pada tangan Ameer.

“Auntie..”

“Ann ni mama, Ameer suruh tidur sini jeh tapi dia degil.” Ameer tarik muka.

Mama Ameer memandang lembut pada Annisah. “Ann tidur sini je. macam tak biasa pulak.”

Ann diam saja. Auntie Manisah tersenyum memandang gadis di depannya. Dia tau gadis itu tak selesa dengan perangai Ameer yang lain macam tu. Haish, Ameer pun kalau nak mengorat budak tu elok-eloklah. Nak ikut kepala dia je.

“Ameer cuba elok-elok sikit dengan Ann tu. Kalau mama jadi Ann pun mama tak nak tidur sini. Muka Ameer menakutkan, lepas tu suka marah-marah orang sesuka hati.

Ameer menarik muka bila mendengar celoteh mamanya.

“Dah-dah pergi tunjuk bilik kat Ann. Kesian dia letih. Dah la semalam travel dari Melaka lepas tu hari ni datang tolong kat sini kena marah pulak dengan Ameer.” Manisah dah geleng kepala melihat perangai anaknya itu. Dia berlalu ke arah ruang tamu.



“Ameer” Ann menguis perlahan lengan Ameer yang masih berada di sebelahnya.

“Sorry”

Ameer diam.

“Jomlah aku tunjuk bilik” Ameer hanya menarik tangan gadis kesayangannya tu ke bilik tamu di hujung berdekatan dengan anjung rumahnya.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ameer 6

“Ann”


Terkesima sebentar Ann melihat empunya suara yang elok bersandar di tepi keretanya. Namun dia cuba berlakon seperti tiada apa-apa berlaku antara mereka. Tangannya selamba menekan alarm central lock untuk membuka keretanya. Pantas dia memasukkan semua barang-barangnya ke tempat duduk belakang.

“Ann...” tangan Ameer dah mencengkam lengan Ann supaya memandangnya.

“Apa ni Ameer.” Bulat matanya memandang Ameer.

“Marah lagi ke?”

Ann cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Ameer.

“Ann, I’m sorry. Aku tak bermaksud pun macam tu.”

Ann diam seketika. “Ameer, jangan buang masa ko dengan perempuan macam aku ni” selamba Ann berkata begitu pada Ameer.

“I miss you” tindakan pantas Ameer memeluknya membuatkan Ann terkesima seketika. Namun dia cepat tersedar.

“Ameer, apa ni.” Annisah sudah memandang sekeliling. Bimbang ada yang ternampak perbuatan Ameer itu. Annisah mengeraskan tubuhnya bila Ameer masih tidak melepaskan pelukan.

Seketika kemudian, baru Ameer melepaskan pelukannya. Ann pantas menjauhkan diri sambil memeluk tubuh. Ameer memandang Ann di depannya. Rindu.

“Ann, janganlah merajuk lagi dengan aku. Tak tahan aku tengok ko macam ni. Dah la tak nak bercakap dengan aku.”

Ann menjeling. “Kan aku ni buang masa kau je. Buat apa ko nak bercakap-cakap dengan aku lagi.”

Ameer menarik muka. “Ala aku tersilap cakap hari tu. Kan ko yang kata aku selalu tak guna akal. Tu mesti aku tak guna akal time tu.”

Ann membeliakkan matanya mendengar alasan yang keluar dari mulut Ameer.

Ameer tersengih. “Sorry sayang.” tangannya mengusap jemari Ann. Ann terkesima seketika. Pantas dia menarik tangannya. Ammer hanya tersenyum melihat tingkah Annisah.

“Ameer, aku nak balik.” Ann tergagap bersuara. Dia masih terkejut dengan perbuatan Ameer tadi. Lagi pula Ameer memanggilnya sayang.

“Boleh balik tapi lepas ko janji takkan mogok dengan aku. Takkan merajuk dengan aku lagi. Kalau tak kita berdiri kat sini sampai esok.”

“Ameer...”

“Say it first, janji dulu” tangan Ameer dah mencapai kembali tangan Annisah. Dia mencium perlahan jemari gadis di depannya itu.

“Err...okey-okey.” Annisah dah rasa nak menangis. Ameer tak pernah buat dia macam ni. Dia menarik pantas tangannya dari genggaman Ameer lantas meluru masuk ke dalam kereta. Terketar-ketar dia menghidupkan enjin keretanya dan beredar pergi.

*********************************************************

Langkah Nana terhenti melihat Ann dan Ameer di pantry. Namun pantas dia meneruskan langkahnya semula kearah kedua-duanya.

“Hai, lovebird. Dah berbaik-baik ke?”

Ameer tersengih mendengar sapaan itu manakala Annisah hanya menjeling. Nana tergelak melihatnya.

“Eh, kenapa hari ini tak ada air milo macam selalu”

Ann ketap bibir. Ish, Nana ni kan, sengaja nak memalukan aku.

“Ala korang buat sendirilah. Takkan tiap-tiap hari nak suruh Ann tolong buat.” pantas Ameer menyampuk bila tengok Ann terkulat-kulat nak menjawab.

“Amboi, habis tu yang kau tiap-tiap hari suruh Ann buat tak apa. Kalau kitorang tak boleh pulak. Banyak ko punya cantik.” Ameer tersengih sambil tangan merapikan rambutnya di kepala. Aksi spontan.

“Emm, aku tak apa. Aku special kan sayang.”Ameer mengenyitkan mata pada Ann di sebelahnya. Tersedak Ann yang sedang minum milo. Ameer mengusap-usap belakang Ann namun pantas Ann mengelak dari tangan Ameer itu. Nana memang dah bulat matanya memandang pelakuan Ameer secara terang-terangan tu. Kalau Emma dengan Julia nampak ni memang best sangatlah. Gossip panas lagi hangat ni. Hot.fm pun tak tak ada scene hangat macam ni. Muka Ann dah merah giler macam pakai blusher banyak sangat je. Namun tak pula Ann mengucapkan sepatah pun pada kata-kata Ameer itu. Nana kerut dahi.



Diorang ni dah couple ke?

***********************************************************

Ameer 5

Ameer terjengkit-jengkit menjenguk bilik Ann yang gelap. Matanya meliar melihat keadaan sekelilingnya.


“Ann, cuti hari ni. Emergency leave katanya.” Nana menegur apabila melihat kelibat Ameer yang mengintai bilik Ann itu.

“Err, kenapa ek dia cuti.”

Nana pandang Ameer dengan dahi berkerut. Julia dengan Emma pulak dah buat muka pelik kat Ameer. Masing-masing tertanya-tanya.

“Takkan dia tak bagitau ko pulak yang dia cuti”

Ameer terdiam. “Emm, tak pelah. Maybe lepas ni dia telefon kot.” pantas Ameer berjalan kembali ke biliknya.

******************************************************************



Sejak kes di bilik Ameer hari tu memang Ann dah tak bertegur sapa dengan Ameer. Walaupun dia tahu Ameer tak sengaja berkata begitu namun hatinya cukup sedih dengan kata-kata yang diucapkan Ameer itu. Tak tau kenapa dia nak ambil hati sangat. Dia tahu Ameer rasa bersalah tapi pemuda tu tak ada inisiatif pun nak meminta maaf dengannya. Lagilah geram dibuatnya. Mulanya dia nak mogok semuanya dengan Ameer tapi memandangkan mereka satu tempat kerja memang tak sesuailah kalau tak bertegur sapa. Namun memang sengaja dia tak bercakap kecuali benar-benar perlu sahaja. Cuma kebiasaan menyediakan breakfast untuk Ameer sahaja yang dia tak boleh nak elak. mana taknya, ada ke patut Ameer pitam sebab tak ambil sarapan masa dia emergency leave minggu lepas. Tak sampai hati pula tengok Ameer macam cacing kepanasan setiap pagi mencari-cari air milonya. Tapi dia pun nak jaga gengsi jugak, air milo yang dia buat kali ni pun dibuat dalam jag, konon-kononnya semua orang boleh minum. Nanti terang-terangan nampak dia masih berlembut hati dengan Ameer.

*******************************************************************

Ann mengemas alat tulis dan dokumen-dokumen yang di bawa sebelum bermesyuarat tadi. Mujur juga mesyuarat kali ini tidak berlangsung dengan lama. Dia dah tak larat sebenarnya. Lagi-lagi pula kedudukannya yang bertentangan dengan Ameer. Rimas dia dengan renungan tajam Ameer setiap kali dia memanggung kepala ke depan.

“Ann, jom turun lunch”

Annisah tersenyum memandang Hakim di sebelahnya. Ameer turut mengerling pada Annisah. Telinganya menunggu jawapan yang keluar dari mulut Annisah.

“Emm Ann bawa bekallah hari ini abang”

“Oh, ye ke. Terpaksalah abang makan sorang hari ni.”

“Sorry abang. Lain kali kita keluar sama-sama ya” Dia masih tersenyum memandang Hakim namun senyumannya pudar bila terpandang wajah Ameer di depannya.

Annisah bergegas mengemas dan mengangkat barang-barangnya bila menyedari kelibat Ameer yang sedang bergerak ke arahnya. Ameer hanya mengeluh melihat tingkah Annisah itu. namun sempat dia menarik nafas lega mendengar jawapan dari mulut Annisah.

Manakala di suatu sudut, Nana, Emma dan Julia hanya memandang gelagat kedua-duanya tanpa berkata apa-apa.

*****************************************************************

Ameer 4

“Ann, kita kawin”
“Haah??”
Ameer diam. Kepala disandar ke kerusi di belakangnya sambil mata dipejam.
“Kenapa ni?” Ann menguis badan Ameer dengan kertas di tangannya.
Ameer mengeluh perlahan. “Sofi nak kawen next month.” lemah dia bersuara.
Ann menarik nafas panjang. “Ameer, biarlah kalau dia nak kawin. Bukan ada kena mengena dengan kau pun.”
“Susahlah bercakap dengan ko ni Ann. Ko tak cuba pun nak faham hati aku ni.” Ammer meninggikan suaranya walaupun matanya masih dipejam.
“Ameer dah bukan jodoh kau dengan dia. Takkan sebab dia nak kawin ko main ajak je aku kawin. Guna akal Ameer”
“Habis selama ni ko anggap aku tak guna akal ke?” Ameer membuka matanya memandang Ann di depannya.
“Kalau tiba-tiba saja ajak aku kawin macam ni, memanglah aku cakap ko tak guna akal. Ko ingat nikah kawin ni perkara main-main je ke?” suara Ann mengendur sedikit.
Ala aku main-main je” Ameer jawab selamba.
“Sebab tu lah aku suruh ko guna akal. Tadi ko marah bila aku suruh ko guna akal tapi nampak sangat ko tak guna akal bila nak bercakap.”
“Ahh sudahlah. Baru main-main ajak kawin macam tu pun dah nak marah. Aku pun bukan nak sangat kawin dengan perempuan macam kau ni. Buang masa aku je ada kawan macam kau ni”
“Ameer...” sayu nada Ann menegurnya.
Ameer terdiam. Tahu dia telah tersilap cakap. Dia menggaru-garukan kepalanya, namun masih tak bersuara.
“Sorrylah sebab jadi ‘perempuan macam ni’ selama aku berkawan dengan kau.” sengaja Ann menekan ayat itu.
“Okeylah, aku pun tak nak buang masa kau berkawan dengan aku. Sorrylah juga sebab aku banyak buang masa kau selama ni” Ann pantas keluar dari bilik Ameer.
*******************************************************************

Ameer 3

“Ann, ko ingat tak Abang Gohan dulu. Dia ada kat sini tadi. Aku nampak.”


Annisah buat muka blur. Julia yang tersengih-sengih excited bercerita dipandang dengan muka kelam.

“Abang Gohan mane pulak ni. Jangan cakap Abang Gohan yang handsome maut tahap cipan tu.”

Nana dan Emma menyengih “Aku tak percaya dia kat sini” serentak diorang menutur

Julia menjeling marah “FYI, Abang Gohan yang kacak membunuh tu ada kat sini. Baru ditransfer dari state ke sini. Ofis ini. Satu tempat dengan kita.”

Nana pandang Emma dan Annisah, kemudian Julia. Serentak keempat-empat gadis itu menjerit. Aaaaaaaaaaaaarrrrrrrhhhhhhhh.......

*********************************************************

Annisah tekun membancuh air di pantry sehingga ada suara menegur.

“Fokus nampak”

Annisah angkat muka. Tersenyum manis. “Selamat pagi” tegurnya perlahan.

Hakim mengangguk sambil matanya mencari mug yang masih kosong.

“Abang cari mug ke? Yang kat sini semuanya mug dia dah bertuan.”

Hakim tersenyum hampa. Ingatkan bolehlah pinjam sementara dia beli baru.

“Abang ambillah Ann punya dulu.” Annisah menghulur mug dia yang masih kosong ke arah Hakim.

“Owh Ann ada dua ye.”

Annisah terdiam. Dia memandang bancuhan milo dalam mug di depannya. “Err...”

“Ann...” satu suara memanggil dari arah luar. Ann tersenyum. dapat menganggak suara insan yang mencarinya pagi-pagi macam ni. Ameer terus singgah di pantry. Namun, bibirnya terdiam bila memandang dua insan pada meja kecil di pantry itu. Dia tersenyum kelat pada gadis dan pemuda di depannya.

“Ann, nak milo.”perlahan Ameer bersuara. Ann menghulur mug di tangannya kepada Ameer. Dia tersengih memandang Hakim di depan.

Mana air ko?” sengaja dia bertanya padahal matanya dah terpandang mug kesayangan Ann yang dihadiahkan olehnya berada di tangan Hakim.

“Err..abang ingatkan Ann ada dua mug. Sorry, abang dah buat air kat dalam ni.”

“Tak apa. Ann minum lambat sikit.”

Ameer menjeling Ann dengan muka tak puas hati. Dia pantas bangun membawa mugnya.

“Ameer, kata nak karipap?” Ameer buat-buat tak dengar panggilan Annisah. Hampir-hampir dia terlanggar Nana yang sedang menuju ke pantry.

“Apahal tu.” Nana angkat kening pada Ann. Tapi Ann diam saja. Malas nak menjawab.

“Waa..karipap. Sapa bawak?” tangan Nana pantas mencapai karipap di atas meja. Ann menjeling tajam pada Nana. Isyarat supaya jangan sentuh plastic yang hanya ada tiga ketul karipap saja tu. Matanya dibulatkan pula. Tanda penegasan. Nana hanya mencebik pada Ann. Diletaknya kembali karipap di atas meja.

“Abang Hakim pun tak dapat makan karipap tu. Memanglah kejam Ann ni. Dengan Ameer semuanya dapat kan?” sengaja dibuat suara sayu. Sengaja nak tengok riak Annisah. Tapi Annisah tu tetaplah Annisah. kalau pasal Ameer memang tak ada sapa boleh tekan-tekan dia. Kiranya macam she can work under pressurelah if things happen related to Ameer.

“Sorry guys, aku beli ni sebab Ameer pesan pagi tadi. Kalau tau korang tak beli apa-apa pagi ni mesti aku beli lebih.”

Nana mencebik “Yelah tu”

“Nak pergi mana tu?” Nana menegur bila nampak Ann dah mengambil plastic karipap tu bersamanya.

Annisah memuncungkan bibirnya ke arah bilik Ameer. Dan Nana hanya menggelengkan kepalanya. Parah-parah. Hakim pula hanya diam melihat situasi di depannya.

“Ameer, karipap ni bila nak makan”

Ameer buat tak peduli pada Ann yang sedang memandangnya. Namun matanya sempat menjeling plastic kuih yang dipegang gadis itu. Dia menelan air liurnya. Namun masih diam.

“Nak buat apa merajuk pagi-pagi ni. Aku kesian kat abang Hakim tu. Dia nak buat air tadi tapi tak ada mug.”

“Habis tu buat apa bagi mug yang aku bagi ko tu. Banyak lagi yang lain.” Ameer masih tak puas hati.

“Yelah, lepas ni tak bagi dah” Ann menutur perlahan.

“Tak payah guna dah mug tu, bagi je dia terus. Nanti aku beli yang lain.”

Eh, nak buat apa. Aku bukan bagi dia terus mug tu. Bagi pinjam je.”

“Dah, jangan kongsi-kongsi dengan dia. Aku tak suka barang yang aku bagi kena kongsi dengan orang lain.”

Ann menarik nafas panjang. Susah betullah dengan budak manja ni. Namun pantas dia tersenyum kembali apabila melihat Ameer dah memegang perut.

“Lapar” dia bersuara perlahan pada gadis di depannya. Pantas Ann menghulur karipap yang dibeli tadi. Ameer pula menghulur mug yang berisi milo kepada Ann.

“Nah, minum. Kita breakfast sama-sama.

********************************************************

Ameer 2

“Ann, aku malulah nak pergi ofis. Nanti mesti diorang mengata aku sebab tak jadi kawen. Dah la pengantin perempuan yang reject aku.” Ameer dah mula merengek pada Annisah. Dia dah tak hiraukan Nana, Julia dengan Emma yang turut sama ada dalam MYVi Annisah itu.


“Nak malu apanya. Benda dah tak jadi. Lebih baik macam tu dari malam ni nikah, esok bercerai. Lagi best kena kata nanti.”

Ameer mencebik bibir. Telinganya cekap menangkap bunyi ketawa dari arah belakang. Pantas dia menjeling pada gadis-gadis yang sama-sama menumpang kereta Annisah itu.

“Korang pun sukalah kan dapat gelakkan aku.”

“Ah..sudah-sudah ko jangan nak merajuk-rajuk depan aku. Itulah padahnya kalau ko tak pilih aku. Kalau tak mesti kita sudah bahagia sekarang” Nana buat gaya melentok-lentok ala-ala pelakon dulu-dulu. Pecah ketawa semua orang dalam kereta. Ameer menarik muka masam.

Julia menggeleng-gelengkan kepala. Memang macam budak-budak. Dan si Ameer ni, boleh pulak tiba-tiba dia terjoin kitorang untuk berfoya-foya kat Melaka ni. Malam tadi dia minta kebenaran nak ikut kami dekat mama dan papa dia. Katanya serabut kepala fikir masalah. Mujurlah Ameer tu memang anak kesayangan mama dan papanya. Kalau abang aku tu, jangan harap boleh lari selagi masalah tak settle. Kalau nak merasa backhand daripada Pakcik Saed, cubalah lari.



********************************************************

Ameer 1

“Assalamualaikum.”


“Waalaikumusalam. Apasal lambat?”

Annisah mengangkat flusk di tangan kanannya. “ko punye bekas bakal boyfriend nak. Aku dah keluar rumah dia bagi message nak air milo. Terpaksa patah balik.”

Nana memandang Julia dan Emma. Masing-masing menggeleng kepala.

“Err..sorrylah wei, semua dah settle ek. Aku tau aku missed the best ever scene malam ni.” Annisah menyengih pada kawan-kawannya.

“Tapi korang ada record everything kan.”

“Aah..aku dah record everything yang ko tak sangka-sangka pun” Nana menyampuk cakap Annisah.

“Pengantin dah balik ke? Apesal macam senyap jer.”

“Ann, ko memang dah terlepas the best ever drama in the world tau tak. Yang memang ko takkan dapat tengok kat tempat lain pun. Even kat tv pun belum tentu keluar tau”

“Err korang...apa yang aku terlepas nih? Apesal aku rasa seram semacam jeh nih?”

“Ameer tak jadi kawen!”

Hah..mulut Annisah dah ternganga. Nyaris tak jatuh flusk berisi air milo yang dipegangnya. Namun seketika kemudian die tersenyum.

“Wei korang ingat aku ni mudah tertipu ke dengan lakonan tak mantap korang tu” Annisah dah melangkah ke depan. Mahu menyertai kawan-kawannya yang duduk di atas pangku bawah pokok depan rumah Sofi, si penganti perempuan.

“Ann, aku serius ni. S.E.R.I.U.S. Ameer tak jadi kawin. Sofi say NO to tok kadi tadi depan mak ayah die, depan mama dan papa Ameer, pendek kata depan semua orang yang datang tadi lah.”

Annisah terdiam. Bingung.

“Err..Ameer okey ke?”

Nana mengeluh. “Itu jeh ko mampu cakap ke?” Julia dan Emma turut menggeleng sama. Annisah nilah.

Bunyi ringtone Nickleback – This Is How U Remind Me menyedarkan keempat-empat gadis yang senyap seketika tadi. Annisah mengeluarkan telefonnya. Nama Ameer terpampang di skrin telefonnya. Dia memandang rakan-rakannya seketika sebelum menyambut panggilan itu.

“Hello..Ameer.”

Annisah terdiam seketika.

Kitorang kat bawah pangku depan ni. Ko kat mana?”

Diam.

“Kata nak air milo, datanglah sini. Aku ada bawak ni.”

Annisah mengerut kening mendengar balasan dari hujung sana telefon.

“Ameer bin Zakaria, datang sini. Kalau tak, aku balik. Problem takkan settle kalau asyik fikir nak lari jeh.” tinggi sedikit suara Annisah.

Nana memandang Julia dan Emma sambil terangguk-angguk. Memang Ann je yang mampu marah Ameer macam tu. Kalau orang lain yang menengking macam tu maknanya memang dijadikan musuh oleh si Ameer tu.

“Okey, aku tunggu.”

“Dia on the way” Annisah menutur perlahan kepada tiga gadis di depannya yang menunggu dia mengeluarkan kata-kata.



****************************************************

Monday, December 13, 2010

Fird Almister - C6

Ezwan memandang pelik wajah sahabat baiknya itu. “Eh ko sekarang ni memang busy sangat ke?”

Firdaus menggeleng.

“Habis tu kalau weekend aku ajak keluar je mesti ko tak nak join. Pelik juga aku bile time lepak dengan semua ko sorang jer tak de.”

Muhymeen di sebelah Ezwan mengangguk-angguk. Memang rasa lain pun kalau Firdaus tak ada. Macam tak cukup forum jeh.

Last two week ko ada keluar pergi Alamanda ye?”

“Kenapa”

“Aku macam nampak kau je dekat food court Rasa tu”

“Gulps...Firdaus menelan air liur. “Emm...aah memang aku keluar ke Alamanda kejap masa tu, beli barang sikit. Pastu terus makan kat food court.”

“Betullah ko ek, tapi yang aku nampak tu macam dengan perempuan jer”

“Uhuk...huk...” Firdaus dah terbatuk-batuk. Pantas die menyedut air di depannya.

Ezwan mengerut kening. “Sejak bila pulak ni. Tak dengar cerita apa-apa, tetiba ko keluar dengan perempuan”

“Er...kawan akulah. Ko nih gaya cakap macam aku ni tak penah bercakap dengan perempuan pulak”

Ezwan jungkit bahu. Pelik.

Fird Almister - C5

“Anis, jom pergi Sogo nak?”Phia buat muka kesian kat Anis. Maklumlah nak memujuk sahabatnya itu untuk keluar bukan senang. Lagipun nak ajak siapa lagi kalau bukan Anis. Leen tu confirmlah keluar dengan boyfriend merangkap bakal tunang dan suami. Mai pula mestilah dengan suami mithali dia aka Abang Syam, lagipun dia dah pernah keluar sekali dengan Mai dan Abang Syam tu. Memang tak best keluar dengan orang dah kahwin nih. Asyik-asyik nak tengok barang-barang untuk rumah je. Eii..bosan tahap gaban tau!


Anis diam, bagus juga kalau dapat pergi carik kemeja time macam ni. Maklumlah yearend sales kan dah lama start. Ini pun dah nak berakhir dah. nanti boleh bodek Phia belanja KFC ke McD ke..hahah..mesti Phia bengang.

“Wei Anis, nak ke tak? Tapi Phia tak terima no as an answer okey.”

Anis menjeling. Cubit mulut budak ni karang baru tau. Membebel macam makcik tua jeh. Dia bingkas bangun menuju ke bilik.

“Anis nak pergi ke tak nak. Eii, orang cakap buat tak dengar, then blah macam tu jeh.”Phia masih merungut-runggut.

“Aku nak pergi tukar baju lah ni Cik Phia oii. Sebab kau nih kecoh sangat, so kita keluar ni kau yang kena support untuk makan lunch. Deal?”

Phia mencebikkan bibirnya. Asyik nak kenakan Phia je Anis ni.

“Deal ke tak ni. Kalau tak aku nak sambung menelaah.” Anis mengangkat-angkat kening, sengaja menyakitkan hati Phia.

“Yelah-yelah, deal. Kau saje je kan nak kenakan Phia.” Phia merungut sambil mengemas ruang tamu rumahnya itu. Kebetulan housematenya tak ada di rumah, tu yang dia mengajak Anis lepak rumah dia. Banyak sangat kes sekarang ni, risau nak duk rumah sensorang.



“Phia, yang mana cantik. Kaler purple ke putih?” Anis mengangkat kedua-dua kemeja tu ke atas. Sesekali dia menyuakan kemeja purple tu dua tiga kali ke badannya. Phia hanya memandang sekilas. Malas nak layan, orang tengah sibuk memunggah baju ni dia nak kacau pulak. Ingat senang ke nak cari baju cantik-cantik kalau dah orang ramai macam semut di keliling dia nih. Padahal macam dia tak tau nanti last-last Anis tu akan pilih putih jugak. Putih tu kan warna favourite Anis.

“Rasanya better awak ambik yang kaler purple sebab yang putih tu transparent sangat.”

Anis pantas berpaling. Bulat matanya melihat pada empunya suara tadi.

“Assalamualaikum Anis. Banyaknya shopping” jejaka di depannya itu tersenyum manis.

Anis tergamam namun bibirnya cepat mengukir senyum. Dia berdehem kecil, menghilangkan rasa terkejutnya.

“Waalaikumusalam, emm awak buat apa kat sini?” tiba-tiba Anis mengetap bibirnya sendiri. Ish, apalah aku ni suka tanya yang tak relevan. Dah orang tu datang Sogo ni, mestilah nak membeli sesuatu. Anis tersengih sendiri.

“Saja jalan-jalan sambil tu nak cari kemeja.” tersenyum. Diam.

“Emm, saya rasa yang warna purple tu suit you better. Nampak lembut sikit, but if awak nak putih pun okey je.”

Phia yang sibuk memilih baju tadi tiba-tiba berdehem perlahan, Anis yang menyedari sesuatu terus memandang muka Phia. Janganlah minah senget ni nak buat something yang luar jangkaan kat sini.

“Emm..awak kenalkan kawan saya Nurul Sophia.” Phia dah tersenyum semacam memandang pada Anis dan jejaka didepannya.

“Salam ukhwah, saya Phia merangkap kawan baik Anis”.

Firdaus menundukkan kepalanya sedikit. “Salam ukhwah, saya Firdaus”

“Hahh..”mulut Phia dah melopong. Bulat matanya memandang Anis dan Firdaus dua tiga kali.

“Firdaus?” sekali lagi Phia bertanya. “Awak ni cikgu ke?” pantas Phia bertanya.

Firdaus dah gelak dulu. Dia menggeleng-geleng kepala. “Awak berdua ni kembar ke?”

“Awak Firdaus kan? Awak kerja cikgu ke?” Anis menyiku tangan Phia. Minah ni jangan nak buat kecoh kat sini. Anis membulat mata ke arah Phia yang masih memandang Firdaus.

Jejaka itu tersenyum. “Ya saya Firdaus tapi saya bukan cikgu. Saya seorang pengawai kerajaan yang sedia berkhidmat untuk negara.” Sengih.

Phia mengerutkan dahi sambil kepalanya mengangguk-angguk. Ceh, ingatkan mamat ni tadi Firdaus yang Mama Su nak kenenkan dengan Anis tu. Terkejut aku tadi.

“Apasal bila awak dengar nama saya terus terkejut? Masa saya jumpa Anis kat stesen ERL last week pun Anis macam terkejut. Masa lunch hari tu pun tak sempat nak tanya Anis”

Stesten ERL last week? Owh...inilah mamat yang Anis cerita tu. Tapi tak cerita sampai habis pun pasal kes sempat berkenalan and lunch together-gather ni. Nak kena Anis ni.

“Emm, pasal nama tu, sebenarnya kami ni tengah melarikan diri dari orang yang bernama Firdaus. Ni si Anis nih, mak dia...aduh!” Phia memegang kakinya yang disepak Anis.

“Eii..sakitlah. Kau ni apa main sepak-sepak kaki orang ni.” Phia merungut di depan Firdaus yang dari tadi tersenyum memandang kedua-dua gadis itu. Anis buat isyarat supaya dia tutup mulut dari menceritakan perkara yang memalukan aka menyeramkan tu kat Firdaus. Nanti tak pasal-pasal kena gelak macam kat kenduri Laila dulu.

“Sorry Firdaus, that one tak boleh bagitaulah. Nanti kena marah dengan tuan puteri” sengaja dia memuncungkan mulutnya ke arah Anis sambil menjeling tajam. Proteslah tu tadi dah kena sepak. Phia merungut-rungut perlahan sambil menggosok kakinya.

“Dah pilih kemeja mana ke yang kau nak tadi?” Phia bertanya kuat. Geramlah tu. Matanya mengikut gerak tangan Anis yang meletak kembali baju kemeja putih ke tempatnya. Dia merenung pelik.

“Kau beli yang warna purple instead of white? Are you sure?”matanya masih memandang Anis.

Anis terdiam seketika. Dia menimbang-nimbang dalam kepala.

“Eh..kalau awak nak yang warna putih tu pun tak apa. Saya just bagi cadangan je tadi.” Firdaus pantas mencelah bila dilihat Anis seakan teragak-agak membuat keputusan. Dia tak mahu pula nanti Anis menyesal bila dah membuat bayaran kat kaunter. Lagipun nanti tak pasal-pasal dia dipersalahkan pula.

“Eh, tak adalah. Saya memang nak ambil kaler ni tadi. Asyik pakai baju kaler putih je, nanti orang ingat saya ni tak ada baju kaler lain pula.” Anis tersenyum manis memandang wajah Firdaus di depannya. Dikerling pada Phia sekilas. Diam.

“Jomlah, aku nak pergi bayar ni. Kau ada apa-apa nak dibeli ke? Or nak ronda dulu baru bayar sekaligus nanti.”

“Eii..mana aci Phia tak jumpa lagi apa yang Phia nak. Tak kira kau kena tunggu sampai Phia pilih baju yang sesuai. For the time being, kau pergilah jalan-jalan dulu. Nanti Phia roger kalau dah settle. Okey?”

“Yelah, kau pergi lah pilih cepat. Sementara tu aku boleh jalan-jalan lagi tengok apa yang patut. Dia memandang Firdaus yang masih setia disebelahnya.

“Awak nak ikut ke? Atau awak nak saya teman cari awak punya kemeja”

“Eh, tak apa ke? saya tak kisah kalau seorang-seorang pun, dah biasa”

Anis tersenyum memandang jejaka di depannya. “Betul, saya pun tak kisah lah. Sesekali jalan-jalan kat men department pun okey jugak, bolehlah carik kalau-kalau ada yang sesuai untuk abah saya”

“Aah, Anis tak kisah kalau jalan-jalan kat men department dengan a man pulak.” Phia bergegas berlalu bila nampak Anis dah nak mencubitnya.

“Sorry Firdaus, Phia marah la tu sebab saya sepak dia tadi” Firdaus hanya tersenyum mengangguk.

“Ganas juga awak ni ya?”

Anis hanya tersengih.

Fird Almister - C4

Anis menyandar santai pada bookshelf sambil membelek-belek buku di tangan, sedang berkira-kira untuk membeli atau mencari yang lain. Suasana di MPH terasa tenang, lagipun sekarang adalah waktu lunch mungkin orang ramai sedang berasak-asak beratur di food court dan fast food restaurant juga wajib penuh time macam ni. Sengaja Anis datang pada waktu ini untuk mengelakkan orang ramai sebab nanti susah nak cari buku. Lagipun lepas ni bolehlah cari makanan pulak sebab orang ramai dah kenyang. Bijak-bijak...Anis tersenyum sendiri namun senyumannya mati bila melihat pemuda di depannya yang tersenyum manis memandangnya. Err, sepertiku kenal muka ini tapi di mana ya?


“Assalamualaikum...emm berangan lagi.”

Anis kerut dahi. Confuse. Namun sempat mulutnya menjawab perlahan salam yang diberi.

“Tak ingat saya? yang suruh awak masuk train kat BTS hari tu.”

Anis ketap bibir. Terbayang bagaimana dia menghalang laluan ke pintu masuk ERL hari tu. Mamat ni ke yang tegur aku hari tu. Alamak, malunya...

“Err...ingat-ingat, emm maaf pasal hari tu.”

“Owh...tak apa, biasalah mesti tengah letih tu. Saya pun kadang-kadang sampai terlepas train” pemuda itu masih tersenyum ikhlas pada Anis.

Anis turut ketawa kecil.

“Lupa pula nak kenalkan diri, saya Firdaus.”

Bulat mata Anis mendengar nama itu. Terpinga-pinga dia kejap.

“Err, kenapa?”

Anis menggelengkan kepalanya dan menundukkan sedikit kepalanya “Saya Anis”

Firdaus tersenyum seketika “Cari buku juga ke?”

“Ya dan tidak”

Firdaus kerut dahi mendengar jawapan gadis di depannya itu.

Actually tengok-tengok dulu, kalau ada yang best dan worth it to buy, baru decide.”Anis sengih pada Firdaus

“Oh, macam tu ya.”Firdaus tersenyum senang.

Eh, awak dah makan ke? Jom lunch sekali dengan saya. Boleh sembang-sembang.”

Anis terdiam sebentar. Memikir samada mahu menerima pelawaan tersebut.

“Jangan risau, saya just nak merapatkan ukhwah sesama umat Islam je. Saya janji tak kidnap awak” Firdaus tersengih.

Anis tersenyum kelat. Firdaus ni macam boleh baca je fikiran aku.

“Err, jomlah. Saya pun dah lapar ni.”

Fird AlMister- C3

Phia memang gelak besar bila dengar cerita Anis yang dia ditegur sebab termenung kat depan laluan orang naik train. Anis tersengih geram, pantas tangannya mengambil bantal kecil Phia dan dipukul gadis disebelahnya itu. Eii..geram, tak abis-abis nak gelakkan orang.


“Wei..sudahlah tu, dari tadi kau asyik gelakkan aku. Kau tak letih ke?”

Bahu Phia masih terhenjut-henjut menahan tawa. Aduh, penat dia ketawa. Apalah Anis nih, boleh pulak dia buat sesi memory lane kat tempat strategik macam tu. Kan dah kena tegur. Ntah-ntah mamat yang tegur dia tu ingat dia orang gila.

“Phia..” Anis dah keluar aura mengancam.

Phia masih lagi menahan senyumnya, dia memandang Anis di depannya “Anis, agaknya kan mesti mamat tu ingat kau ni gila sikit kan?” meletus kembali tawa Phia yang dah reda tadi. Pantas aja Anis membaling teddybear Phia yang sebesar alam tu ke arahnya. Eii..geramlah dengan Phia ni. Mujurlah kat rumah dia, kalau tak memang aku dah kejar keliling rumah dah ni.



Phia dari tadi duk menjeling Anis. Kejap-kejap duk tengok majalah kat tangan dia, kejap-kejap memandang Anis. Macamlah Anis tu tak perasan dia punya isyarat tu. Kecuali kalau Anis sengaja nak buat-buat tak faham.

“Kau ni kenapa? Cakap jelah apa yang kau nak cakap Phia. Terjeling-jeling mata tu, buta kang baru tau.”selamba je Anis menutur. Geram dia tengok Phia yang duk mengusha-usha dia dari tadi. Rimas tau.

“Sampai bile ko nak boikot kampung? Berdosa tau”

Anis terdiam. Mata dipejam mencari jawapan bagi persoalan Phia. Dia pun bukan sengaja tak nak balik kampung. Bukan dia sengaja tak nak jenguk emak dengan abah, dia pun tau berdosa buat mak risau tapi takutlah kalau emak still dengan rancangan dia nak suh aku masuk geng-geng kawin paksa nih. Sabariah dalam citer “Ibu Mertuaku” tu pun dapat kawin dengan Kassim Selamat pilihan hati dia walaupun lepas tu dia kawin jugak dengan Dr. Ismadi pilihan Nyonya Mansor.

“Weekend nanti aku call abah tanya macam mana nak buat. Aku pun tak nak jadi anak derhaka. tapi abah kata mak dah diam tak sebut pasal kawin-kawin dah.” Anis tersengih memandang Phia kemudiannya.

‘Yeay…dah boleh balik kampung nanti

Fird Almister - C2

Mesej yang masuk ke handphonenya dibaca. Namun tangan tak lepas dari memandang jam di tangan. Anis menggigit bibir geram. Manalah ERL ni, dia menjenguk ke landasan walaupun baru sebentar tadi dia melihat masa kedatangan ERL tersebut masih berlebih 8 minit. Anis merengus perlahan sambil tangan membalas mesej kepada Phia. Dia tersenyum mengenang mesej daripada Phia yang mengatakan emaknya risau bertanya mengapa dia sudah lama tak balik kampung. Anis memejam rasa bersalah tapi masih tersungging sengihnya di bibir. Mestilah emak cuak sebab tak pernah aku buat macam ini seumur hidup aku. Haa….sesekali anak bongsu dia ni buat perangai. Asyik jadi budak baik jeh kan.


“Emm..saudari okey ke?”

Bulat mata Anis bila memandang lelaki yang mengawang-awangkan tangan depan mukanya. Apahal pula mamat ni. Anis dah terkebil-kebil memandang dua wajah didepannya dengan muka bingung.

“Err..saudari okey ke?”

“Kenapa?” matanya dah membulat. Dah la panggil aku saudari pulak tu, pastu tiba-tiba tanya aku okey ke tak. Ingat aku gila ke?

“Emm..train dah nak jalan tu. Kalau tak nak masuk mungkin boleh bagi laluan pada kami.” lelaki tu masih tersenyum memandangnya.

“Hahh..erm..ar..jalanlah, emm sorry saya tak perasan.” Anis tergagap, ish..malunya dah la berdiri lama-lama kat situ. Pastu tersenyum-senyum sensorang pulak, memang patutlah mamat tu tanya dia okey ke tak. Eiiii, malu-malu, ni semua Phia punya pasal. Kalo dia datang amik aku tadi mesti aku tak masuk sesi memory lane macam ni kat tengah Stesten ERL nih. Entah-entah diorang cop aku ni gila pula. Aduh, jatuh sahamku yang memang sentiasa tak naik-naik ini!!

Fird Almister - C1(ii)

“Eh hangpa bila nak kahwin ni?”


Tiba-tiba saja masa duk bersembang-sembang sambil buat sesi makan bersama pengantin tu Laila tanya aku dan Phia pasal cerita kahwin. Ish...Laila ni tak retilah nak jaga air muka kawannya yang tak laku-laku ni depan husband dia. Leen hanya tunduk tersenyum, mentang-mentanglah boyfriend dia dah janji nak bertunang dalam masa terdekat. Jadi dia tau soalan cepumas tu bukan dia yang perlu menjawab. Yang Mai pula tak usah kisah sebab dia sendiri pun dari tadi tak berenggang dengan handphonenya. Tak lain tak bukan, tengah main sms dengan Abang Syam merangkap husband kesayangan dia itu.

Phia dok tersengih-sengih sambil pandang Anis. Phia ni memang macam tu kalau tang tak reti jawab soalan-soalan yang dia tak dapat hint lagi. Nanti katanya dia tak dapat spot question dari sapa-sapa pun.

“Ish hang ni Laila, macamlah tak tau. Aku inikan wanita berkerjaya, nanti sampai seru kahwinlah aku. Hang tu doa sajalah untuk aku” sambil senyum-senyum kelat Anis menjawab soalan Laila tadi tu.

“Eh hari tu masa aku duk survey labu sayong nak buat souvenir untuk tetamu, aku sempat singgah rumah hang sat. Awat hang dah lama tak balik rumah ka? Mak hang habaq kat aku hang dah lama tak balik, sibuk sangat ka hang nih?”

Anis menelan air liur yang dirasa berpasir. Alamak emak aku ni pun, apasal lah duk tanya macam tu kat kawan aku yang sorang nih. Macam mana la aku nak jawab nih.

“Weh hangpa, Anis ni lama tak balik bukanlah apa. Masa kami balik raya hat lepas, Mama Su habaq kalau Anis tak ada boyfriend lagi lepas ni. Dia nak terima pinangan Hj. Said untuk anak lelaki dia si Firdaus yang kerja cikgu kat bandar tu” Phia dah tergelak-gelak. Gadis tu nampak gembira dan excited saja bercerita. Padahal dia tak nampak ka yang sahabatnya di sebelah tu duk tarik muka empat belas kat dia.

Terburai ketawa Laila dan suaminya di meja makan. Anis dah tarik muka. Phia ni nak kena sat lagi. Padahal dia dah suruh Phia tu staplerkan mulut dia yang sebesar mulut tempayan tu masa mak dia duk mengugut depan Phia dan dia masa balik kampung dua bulan lepas. Bimbang kalau-kalau tersebar berita lebih daripada pengetahuan kami berempat. Memanglah Laila itu kawannya juga tapi Laila tu kan tak termasuk dalam senarai kawan yang boleh dihamburkan semua rahsia kerajaannya. Lagipun mana boleh rahsia di spread-outkan pada jumlah orang yang banyak, itu dah tak dipanggil rahsia dah. Phia ni memanglah nak kena nih.

“Betui ka lagu tu Anis. Awatnya, mak hang duk risau kalau hang tak kahwin ka?”Laila tersengih-sengih pada Anis. Suami Laila dah menyiku tangan isterinya bila memandang wajah Anis yang dah memerah. Malulah Anis depa duk bukak rahsia ketidaklakuannya depan orang laki lagu tuh.

“Eh Phia, kau ni mulut tu cuba bawak-bawak berehat sekejap” Leen dah menjeling tajam. Matanya memberi isyarat pada Phia supaya berhenti membawa mulut depan-depan pengantin baru yang bermulut kepoh. Actually pengantin perempuan saja ya, yang lelaki kami tak tau darjah kekepohannya. Phia menunduk sambil menjelingkan matanya melihat Anis yang dah berubah wajah. Namun seketika dia kembali tersengih pada Anis, macam biasa nak say sorry guna bahasa isyarat dia lah. Konon-kononnya dengan bagi senyuman tak manis dia tu menandakan dia tak sengaja bercerita hal yang sepatutnya menjadi rahsia kerajaan tu.

Fird Almister - C1(i)

Suasana highway ke utara hari ini agak lengang, mungkin kerana para pemandu masih merancang perjalanan mereka. Phia tenang memandu sambil mulutnya tidak berhenti-henti bercerita. Mai, Leen & Anis masih tekun mendengar bebelan Phia sambil sesekali menyampuk. Perjalanan ke Tapah yang sepatutnya bermula jam 9 pagi tadi terlewat 2 jam..hahah..dah macam delay nak naik flight sebab keadaan cuaca yang tak menentu ala-ala ribut petir buatan Phia kepada kawan-kawannya. Tapi kami punya delay ni lain sikit, mana taknya, Phia tu selepas mengingatkan kawan-kawannya untuk bangun awal pagi ini tapi lepas tu dia pulak yang sambung tidur, mana kami tak geram dengan dia. Sudahlah kami ini rumahnya berasing-asingan. Mai di Dengkil dan Leen di Shah Alam, mujurlah Anis di Putrajaya saja, itu pun dah puas Anis membebel masa on the way nak mengangkut Mai dan Leen. Phia pulak hanya tersengih-sengih sambil memohon maaf. Alah, permintaan maaf Phia tu sudah biasa didengarlah. Dari zaman belajar dulu sampai sekarang semuanya dah berkerjaya, Phia tu masih tak berubah-ubah. Kalau bab berjanji sememangnya failed.


Macamlah Phia tak tau yang Anis kan memang tak boleh kalau orang lambat-lambat terutama kalau orang tu namanya Nur Sophia aka Phia iaitu sahabat baik cum kawan bergaduhnya. Lagi pula Anis tu kan tengah terlebih excited sebab nak tengok si Laila bersanding dalam busana purple dia. Sejak berkerjaya ni pun, jarang sekali dia dapat join bila ada kenduri kawan-kawan se“uni” mereka berkahwin. Bukanlah tak sudi tapi biasalah keadaan tak mengizinkan. Mana taknya kadang-kadang weekend pun kena outstation. Itu yang kadang-kadang terlebih tension, so bila sudah ada peluang nak tengok kenduri kahwin ni apalah salahnya kalau dia duk menyelit tengok hari bahagia kawan-kawan. Nak tunggu sendiri yang kahwin macam lambat lagi jeh katanya. Ish..ish..Anis nih macam mendoakan diri sendiri saja kan?..tapi kes yang mak nak kenenkan dia dengan Cikgu Firdaus tu macam mana ye??...eiii, tak nakk lah, tak sanggup. Dia dah menggeleng-gelengkan kepala.

Anis memandang pada Mai yang dari tadi senyap bermain sms, maklumlah antara kami berempat hanya dia yang dah kawin. Kiranya hari ini dia dapat pelepasanlah daripada Abang Syam aka husband dia untuk mengikut kami. Dari semalam lagi kami duk menghasut supaya dia fly aja macam masa zaman kat boarding school kalau-kalau Abang Syam tu tak bagi dia join kami ini. Aduhai, kami ini pandai-pandai saja mengajar Mai yang sopan-santun itu untuk jadi isteri yang tak solehah. Mujurlah Mai masih rasional dan tak ikut ajaran sesat kami anak-anak dara yang masih mencari calon suami mithali ini. Mai itukan di kalangan kami semua adalah yang paling bersopan attitudenya. Patutlah Abang Syam itu tertarik padanya. Padahal kami tahu saja yang Abang Syam itu sudah menganggap kami ini bagaikan adik-beradik dengan Mai sahaja setiap kali kami ke rumah Mai. Harap-harap Mai yang sopan itu tak mengadu pada Abang Syam apa yang kami ajar pada dia ya. Takut jugaklah jika cadangan aka gurauan kasar kami itu dianggap sebaliknya oleh Abang Syam yang kadang-kadang boleh juga jadi serius orangnya itu.

Anis yang dari tadi tidak habis-habis bercerita tiba-tiba mendiamkan diri, Leen memandang pelik padanya. Yalah dari tadi dia dan Phia itu tak henti-henti berlawan cakap. Anis itu kan masih marah kerana terpaksa menunggu hampir sejam sebelum Phia sampai di rumahnya, padahal Presint 11 dan 9 itu kan hanya beberapa minit saja jika berkereta. Tambah-tambah lagi jika Phia yang tak faham peraturan tu yang membawanya. Lampu merah pun dilanggarnya jika tak ada kenderaan time dekat traffic light tu. Mujurlah setakat ini dia tak pernah lagi dikejar Pak Polisi sejak dia memulakan aktiviti tak rasmi dia tu. Leen, macam biasa hanya bersuara apabila tiada tanda-tanda perbalahan akan berhenti, sesuailah dia itu dengan Mai yang sememangnya menjadi comradenya sejak dulu. Leen akan berkobar-kobar memberi nasihat pada kawan-kawannya yang degil aka keras kepala macam Phia dan Anis itu. Dan time tu barulah Mai selaku penasihat tambahan akan menyampuk. Time-time itu Phia dan Anis samada akan tunduk mendengar@melawan balik cakap dua orang penasihat itu. Alah perangai Phia dan Anis yang tak makan saman tu manalah nak lut kalau setakat dua orang sahabat yang lemah-lembut seperti Leen dan Mai tu yang bagi tazkirah. Mujurlah jugak Leen itu kadang-kadang boleh jadi keras untuk melentur Phia dan Anis yang sangatlah keras hati tu.

Leen masih memandang Anis yang tiba-tiba berhenti bercakap, takkanlah bergaduh dengan Phia lagi. Sudahlah sejak masuk dalam kereta dari Shah Alam tadi telinganya asyik menadah telinga mendengar bebelan Anis kepada Phia, jadi disebabkan tak tahan mendengarnya dia hanya melayan perasaan sehinggalah dia perasan yang Phia dan Anis sudah berhenti berhujah. Leen jadi gusar melihat muka Anis yang tiba-tiba layu itu.

“Anis, kau kenapa? Tiba-tiba saja diam, bergaduh dengan Phia lagikah?” Anis mengangkat muka menjeling pada Leen.

“Kau ingat aku ni tak penat ke asyik bergaduh dengan Minah Senget yang suka datang lambat tu?” Anis dah tersengih-sengih memandang Phia di sebelahnya. Mestilah dia suka sebab dapat mengata Phia depan-depan, lagipun minah tu tak boleh nak sepak dia macam selalu. Kan ke dia tengah driving tu.

“Abis tu kenapa tiba-tiba diam?”

“Alah dia dah penat membebel lah tu. Macam tak biasa pulak, dulu-dulu masa kita tengah buat sesi gossiping kan dia boleh tetiba tertidur. So maknanya sekarang ni dia nak tidur lah tu” Phia membalas geram kerana dari tadi Anis tu asyik melontarkan kata-kata yang menyakitkan telinganya.

Leen dan Mai sudah tersenyum-senyum. Yalah, dulu-dulu masa zaman kat kolej Anis lah juara tidur sampai kan masa tengah sembang-sembang pun tiba-tiba dia boleh terlelap. Tapi kalau time nak stay up untuk study ramai-ramai masa final exam tak pula dia tertidur. Orang lain pulak yang akan terlelap dulu dan Anis akan terus study seorang walaupun semua di kelilingnya dah selamat berbungkus dalam comforter masing-masing.

“Emm...korang aku betul-betul dah mengantuk ni..”

Terburai tawa ketiga-tiga kawannya dalam kereta MYVi kesayangan Phia itu. Mana tak nya dari tadi semua orang ternanti-nanti Anis tu kembali pada zaman dulu-dulu. Dah lah sekarang ni asyik nak marah-marah saja, tau lah tension dengan kerja dia tu. Sapa suruh Anis tu buat kerja bagus-bagus sangat, sampai boss nampak dia sorang saja kat pejabat tu yang boleh buat kerja.

“Alah Anis janganlah marah. Kita orang bukannya ejek kau lah. Tapi rindu nak dengar kau cakap kau dah mengantuk” Leen mengulas dulu bila tengok Anis dah memasamkan muka. Tau sangatlah perangai Anis. Kalau dah muncung-muncung tu tandanya dah nak merajuklah tu. Nanti tak pasal-pasal melayang duit diorang nak kena belanja Anis dengan segala menu Secret Recipe yang mahal tu. Anis tu dah la species lain dari yang lain, asal merajuk saja nak makan mahal-mahal. Habis lah kopak poket bakal suami mithali dia nanti nak melayan rajuk si Anis tu.

“Kau tidurlah dulu, nanti dah sampai rumah Laila tu aku bagitau kat kau. Masa tu baru kau balas dendam kat kita orang ya. Sekarang ni kau hilangkan mengantuk tu dulu.”

Fird Almister - Prolog

Ini kisah dua bulan lepas.....

“Umur kau dah 25 tahun ni Anis...takkan tak ada kawan lagi kot. Adawiyah anak Pak cik Hanif tu dah langsung dah kenduri dia bulan lepas.” Puan Suraya membebel-bebel pada anak bongsunya itu. Phia di sebelah menyengih.

Anis diam je, tak rasa nak bersuara pun, takut-takut nanti tercakap yang bukan-bukan pula kat mak. Ini yang kadang-kadang rasa macam malas je nak balik kampung. Sejak anak mak cik Kamariah tu kawin 6 bulan lepas itulah ayat yang terngiang-ngiang kat telinganya. Ni dah kes anak Pak cik Hanif pulak. Ishh..diorang ni apasal lah kawin cepat sangat, tak pasal-pasal aku jadi mangsa kena kahwin jugak.

“Mak tak kira, kalau susah sangat kau nak cari kawan biar mak yang cari kan. Anak Hj.Said kat kampung sebelah ni pun tengah mencari.”

Anis dah berpaling pada maknya. Biar betul mak ni. Macam lah aku ni desperate sangat nak kahwin.

“Firdaus tu kalau mak tak silap cikgu Add. Math kat sekolah menengah kat bandar tu. Okeylah tu, kerja pun dah tetap, dah stabil. Kalau Anis jadi dengan dia mak pun tak kisah”

Anis memandang pula pada Phia yang dah membulat jugak matanya. Mesti dia macam tak percaya je dengar Mama Su dia tu cakap macam tu. Lagipun sejak bila Mama Su dia yang open-minded tu jadi konservatif sangat. Bukan ke selama ini dia tak kisah pun apa yang Anis ni buat. Bukannya Anis pernah buat apa-apa yang jahat pun kat Putrajaya tu. Anis ini jadual dia hari-hari sama je. Pagi sampai ke petang, eh selalu je Anis tu balik malam dari ofis, kepala dia asyik fikir kerja sahaja (Anis itu kan workaholic). So, possibility untuk Anis buat perkara-perkara tak baik tu memang kosong peratuslah. Lagipun Anis kan anak bekas tentera yang sangatlah mementingkan berdisiplin sejak dari kecil tu, tak ada nya dia nak buat benda yang bukan-bukan. Phia dah menggeleng-geleng kepala, mesti ada yang menyucuk Mama Su ni. Semalam pun masa mama cerita pasal anak orang kat kampung ni merangkap kawan-kawan diorang time sekolah menengah dulu yang kahwin pun, Phia dah rasa lain macam je. Mujur juga lepas tu Abang Im tanya pasal barang hantaran dia dengan Kak Mija, kalau tak mesti mama nak tanya benda yang sama macam Mama Su buat kat Anis ni. Lagi pun kalau mama tanya juga dia masih tak ada jawapan sebab dia masih tunggu orang tu.

Anis dah rasa seram sejuk. Mak ni pun kot ye pun nak suruh aku kahwin biarlah aku kahwin dengan pilihan hati aku. Tak nak lah kahwin paksa macam ini, buat malu aku je nanti kalau diorang tau. Ini Phia tau ni pun dah cukup bahaya, confirm lah Leen dengan Mai akan tau juga. Lepas tu kalau Mai tau, dah semestinya Abang Syam tau jugak. Ishhh...malu nih.

SOPHIA 2

“Mama Su, betul abang ada hal hari tu. Phia tau lah sebab abang dah bagitau dulu pada Phia. Lepas tu dia tak sempat nak balik. Kan abang?”




Ekram hanya menundukkan kepalanya merenung hujung kaki sambil duduk disebelah Phia yang sedang bermati-matian mem’backing’nya depan mama.



“Betul ke Ngah?” mata mama mencerun memandangnya. Ekram teragak-agak



“Err..emm..”



Pantas Phia menyiku lengannya sambil mengangkat kening sedikit.



Ekram menggaru kepala yang tak gatal “Ye mama, memang Abang Ngah ada kerja sikit. Lepas tu tak sempat nak balik. Takkan lah Abang lupa pasal kenduri kat rumah sendiri.”



Mama diam sambil memandang terus pada Ekram di sisinya. Ekram pantas menunduk merenung hujung kaki. Mana berani nak lawan pandangan mama, nanti buatnya dia dapat detect muka Ekram yang sedang menipu, tak ke haru biru jadinya.



“Okey fine, kali ini mama maafkan. Kalau next time abang buat hal lagi, mama takkan maafkan abang lagi. Phia dah membulat mata pada Ekram. Ekram pula hanya tersenyum mendengarnya.



Mama sudah bangun daripada sofa tunggal yang didudukinya. “Sudah-sudah tak payah nak tunjuk muka menyesal macam tu. Pergi makan cepat”



Ekram pantas bangun dengan penuh bersemangat. Tahu yang Phia dah berjaya memujuk mamanya itu. Dia pantas melangkah ke arah dapur.



“Hai tak payah ajak Phia makan ker? Masa susah tahu pulak abang cari Phia tapi bila dah settle semuanya abang lupa ya?”



Aduh..mama ni, pedasnya bicara dia. Ekram tersengih-sengih memandang Sophia yang tersenyum memandangnya.



“Jom sayang err...abang...err...abang maksudkan Phia” Ekram dah tergagap-gagap menyebutnya bila matanya melihat mata bulat mama yang dah terjegil mendengar panggilan sayang dari mulutnya. Sophia pula tak payah cakap lah. Sudah memerah pipinya menahan segan pada Mama Su nya.



Mama hanya menggeleng-gelengkan kepalanya saja. Budak-budak zaman sekarang.

SOPHIA 1

“Anis...please?” Ekram masih mengekori adiknya itu walau perasaan beberapa orang yang sedang membelek-belek buku di rak self-interest itu memandang dia semacam sejak dia mula-mula masuk ke MPH tadi.



“No, Anis dah janji dengan mama takkan bersubahat dengan abang ngah lagi.”



What? Bersubahat? Ekram menarik nafas panjang. Haish susah betullah dapat adik mithali yang setia giler dan berpegang pada janji sangat-sangat nih.



“Anis, this is the last time abang mintak tolong Anis. After this abang tak ganggu Anis dah.” Lengan baju Anis ditarik-tarik macam budak umur lima tahun tengah pujuk ibunya untuk beli aiskrim.



“Lagipun abang bukan sengaja tak nak balik rumah minggu lepas. I got something else to do and actually kawan abang minta tolong sangat-sangat. If not, abang mesti balik. Anis pun tau kan”



Ekram terdiam sekejap. Something else to do? What is that Ekram? Bukan ke last week kau pergi rumah Apai lepak-lepak sambil jamming kat studio dia. Lagipun bukan ke kau terlupa sebenarnya pasal mama nak buat doa selamat tu.



Anis memandang abangnya selamba. Lama dia merenung abangnya itu.



“Err, kenapa Anis pandang abang macam tu” Ekram dah tak tentu arah. Dia berdehem dua tiga kali.



“Eleh abang Ngah, dengan orang lain boleh la Abang Ngah kelentong tapi dengan Anis..huh..sorry lah. Anis dah tau taktik Abang Ngah tu.” selamba saja Anis menempelak abangnya itu.



Dua orang gadis di sebelah rak Anis berdiri yang mendengar perbualan mereka tergelak-gelak. Ekram menjeling pada kedua-dua gadis itu. Pantas mereka membelek-belek kembali buku di tangan.



“Anis, tolonglah abang.”



“Sorry, abang carilah orang lain. Ni cuba mintak tolong kat diorang ni. Anis menunjukkan jarinya pada gadis di sebelahnya tadi. Sebenarnya mereka datang bersama-sama tadi, sengaja Ekram buat-buat tak nampak dengan Leen dan Mai tadi.



“Kami tak nak masuk campur. Nanti kalau auntie tau mesti lagi susah.”



Ekram mengeluh lagi.



“Phia tak datang sekali ke?” tiba-tiba Ekram teringat gadis yang juga merangkap teman seperjuangan adiknya itu.



“Dia dating dengan boyfriend baru hari ni” pantas Leen menyampuk



What?? Ekram pusing lipat maut kat Leen. Serentak ketiga-tiga mereka ketawa besar.



Haa...tau pun cuak, selalunya Sophia saja yang beralah dengan perangai Ekram yang mengada-ngada tu. Kadang-kadang kesian pula dia tengok Phia tu asyik beralah je dengan abangnya itu. Sungguh lah tak faham dengan orang bercinta ini.



“Phia lambat sikit hari ini. Hantar mama dia ke kelas jahitan dulu baru datang sini.”



Ekram menarik nafas lega. Mujur tak luruh jantung dibuatnya dengar berita tergempar macam tu. Orang punyalah sayang gila kat Sophia tu, sekali adik nak cakap macam tu pula.



“Eleh abang Ngah ni, kalau Phia ada asyik nak bergaduh je. Kalau tak ada mencari-cari pula.” Anis menjeling namun sempat pula dia menyambung kata.



“Haaa...abang jangan nak suruh Phia tolong minta maaf kat mama bagi pihak abang ya. Mentang-mentanglah Phia tu selalu je ikut cakap abang. Anis tak suka tau abang buat kat kawan baik Anis macam tu”



Ekram menjeling pada adiknya itu. Sibuk saja hal orang. Bukannya orang gaduh betul-betul pun, gaduh- gaduh manja saja. Aku sayang Sophia tu lebih dari diri sendiri tau.

Gadisku 6

“Kenapa dah lama tak datang rumah” Adam menegur Athina yang sedang asyik membuat kiraan matematik di meja.




Athina memandang sekilas kerusi sebelahnya yang telah kosong. Eh, bila pula Laila bangun dari sebelahnya.



“Laila kat dapur. Minum air kot”



Athina kembali menundukkan wajahnya.



“Sumayyah, abang cakap dengan Sumayyah ni.”



“Athina sibuk belajar. Tahun ni nak SPM” perlahan saja dia menjawab.



“Laila pun nak exam jugak tapi abang tengok dia masih boleh handle untuk pergi study ramai-ramai kat sini. Kawan-kawan lain pun selalu datang macam biasa.”



“Athina ada kerja kena buat kat rumah. Lagipun Athina study kat rumah je.”



“Ke Sumayyah rasa abang selalu kacau bila Sumayyah datang study kat sini. Kiranya abang ni macam pengacau je Sumayyah nak study dengan tenang” Adam mula serkap jarang. Sudahlah nak bercakap pun payah. Sekarang nak nampak muka buah hati yang dipuja dalam diam ni pun susah.



Pantas Athina mengangkat muka dari meja.



“Eh bukan, Athina tak kesah pun aab..err sapa pun ada kat rumah ni. Tak ada sesiapa pun ganggu Athina.”



“Kenapa Sumayyah tak pernah nak sebut abang. Jijik sangat ke nak panggil abang ni abang? Sebab abang tua lapan tahun dari Sumayyah ye? Apa abang ni layak dipanggil pakcik ke?” suara Adam kedengaran kasar



Athina terdiam.



“Kalau pun Athina tak nak panggil abang ni abang tapi at least respect lah sikit sebab abang lagi tua dari Athina tau. Takkan benda kecil macam ni ummi Athina tak ajar” Adam melampiaskan rasa marahnya pada Athina walaupun tidak terlintas langsung dihati nya ingin memarahi gadis di depannya ini. Tapi kadang-kadang geram jugak dengan sikap acuh tak acuh gadis itu terhadapnya.



“Athina tak ada ummi” sayu suara gadis di depannya bersuara.



Adam terpempan. Kelu lidah untuk bersuara.



“Athina balik dulu. Tolong cakap pada Laila yang Athina sambung esok” pantas gadis itu mengangkut semua buku-buku nya.



Adam hanya berdiri kaku di tepi meja belajar itu.



**********************************************

Gadisku 5

“Ambooi sekarang ni dah pandai nak suruh lelaki hantar sampai ke rumah ye. siapa yang mengajar kau jadi perempuan murah ni.”




Athina terdiam. Matanya memandang wajah Athirah yang sedang tersenyum sinis di sebelah ibu tirinya itu. Pasti Athirah yang mengadu.



“Err..abang Adam ajak tumpang tadi sebab dia nak hantar Laila sekali.”



Pang!



Athina terduduk.



“Dah pandai menjawab. Sejak bila pandai berabang-abang ni. Jangan gatal nak menumpang lelaki lagi. Jangan nak berabang-abang pulak lepas ni. Aku tak suka tengok. Dah, pergi masuk bilik. Menyakitkan hati aku saja tengok muka kau ni”



“Maafkan Athina makcik”sayu suara Athina memohon.



Saudah menjeling anak tirinya yang sedang bangun itu. Dia menjuihkan bibirnya tanda membenci.



“Mama”



“Ye sayang.”



Athirah menjelirkan lidahnya pada Athina. Athina hanya diam.



“Ma, Abang Adam tu kan pakai kereta besar mama. Nanti kalau dia ajak Thirah tumpang boleh naik tak mama. Thirah tak tahan panaslah mama.” Athirah sengaja melentokkan kepalanya di bahu mamanya.



Saudah pantas mengelus manja rambut anak kesayangannya.



“Kalau tak tahan tak apalah. Jangan sengaja nak menggatal pula macam sesetengah orang tu.” matanya pantas menjeling pada Athina.



Athina terdiam. Air mata yang bergenang di matanya ditahan. Tidak mahu menangis di depan ibu tirinya itu. Bimbang akan dipukul sekiranya menangis. Mak cik Saudah pantang melihat dia menangis. Mengada-ngada katanya.



********************************