Monday, March 21, 2011

Fird Almister C9

“Anis, maklum balas untuk projek keretapi berkembar tu dah fax ke?”
“Dah Puan, after you checked on it, terus fax
“Oh yeke. I pun dah lupa banyak sangat kerja sekarang.”
Anis tersenyum memandang ketuanya di hadapan.
“Anis, I tengok you sekarang happy semacam je. Muka pun berseri-seri, tengah berbahagia ke?”
“Tiap-tiap hari saya berbahagia puan, takkan nak bersedih pulak” Anis tersenyum lagi.
“See...asyik tersenyum je. Mesti ada apa-apa ni.”
Last week I nampak you dengan someone kat Mid Valley. Boyfriend you ya?”
Muka Anis dah berubah. Pantas teringat yang dia keluar dengan Firdaus dan geng Parti Perikatannya. Saja nak kenalkan Firdaus dengan Leen, Mai, Syah dan Abang Syam sekali. Yelah asyik dengan Phia je sampai Firdaus ingat aku dah tak ada kawan lain. Geram betul masa dengar Firdaus tu cakap macam tu depan-depan dia dan Phia. Tu yang terus buat sesi perkenalan sampai Leen dan Mai pandang aku pelik je bila aku bawak Firdaus. Mujur lepas tu keadaaan berjalan lancar je. Lagipun Phia kan ada sekali masa tu.
“Haa, saya baru tanya sikit, you terus berangan. Teringat kat someone yang minggu lepas ke?” Puan Misliah dah tersenyum sinis pada Anis
“Err, tak ada lah puan, minggu lepas keluar dengan kawan-kawan je. Jalan-jalan.”
Puan Misliah hanya tersenyum-senyum. Anis dapat rasakan yang mukanya dah memerah. Eii, macam mana pula tak perasan minggu lepas.
“Okaylah Anis, asal you gembira and kerja berjalan lancar sudahlah. Tak kisahlah dia tu kawan ke, boyfriend ke, or suami you ke kan?
Aduhh...muka Anis macam dah terlebih blusher je rasanya.

Fird Almister C8

Eh Anis, tu Firdaus kan?” Phia dah menyiku tangan Anis yang asyik menyuap suapan terakhir yee mee dia tu.
Anis pantas berpaling, matanya tercari-cari gerangan tuan yang disebut oleh Phia dan pantas bibirnya tersenyum melihat Firdaus yang sedang membelek senarai menu di salah satu kedai di medan selera itu.
“Jom tegur nak” Phia angkat-angkat kening pada Anis.
Anis terdiam seketika. Dia teringat peristiwa di Yahoo Messenger minggu lepas, saat Firdaus merajuk dengannya. Malu pulak dia nak pergi tegur, lagipun kalau Firdaus buat tak layan dengannya mesti Phia akan perasan hal tu. Anis pandang pada Phia. Eh, mana Phia ni, dia mencari-cari kelibat Phia dan serentak dengan itu matanya menatap pada Firdaus yang sudah memandangnya dari sebalik kaunter jualan air. Anis terasa serba salah namun kakinya tetap melangkah ke arah Firdaus dan Phia dihujung kedai.
“Assalamualaikum” perlahan dia menegur jejaka di depannya. Dapat dia dengar Firdaus menjawab salamnya perlahan.
“Emm..sihat ke?”
Anis hanya mengangguk. Dia menunduk, tak tahu nak buat reaksi apa. Phia kat sebelah duk menyibuk tolong pilihkan menu yang sedap-sedap bagi pihak Firdaus. Kononnya dia tahu semua menu kat sini.. Gaya macam nak makan sekali lagi jeh. Mulut tu pulak tak reti nak berhenti diam. Dari tadi lagi duk bercakap aje, tak penat ke Phia ni.
Shopping lagi ke?”
“Eh, tak lah. Emm..tadi terasa nak makan sizzling, tu yang datang sini.”
Anis terdiam lama. Tak tau nak sembang apa. Firdaus pun hanya diam memilih menu sambil sesekali memandang Anis yang nampak kekok di depannya.
“Haa..saya cadangkan awak makan yang ini. Tomyam seafood. Sedap ni, saya dah pernah makan. Kalau saya ada dua perut, mesti saya makan yang ni pulak lepas makan yee mee tadi” Phia dah memulakan sesi mengarutnya. Sambil tu anak matanya tak lari dari melihat menu yang lain pulak.
Firdaus tersenyum. Namun, pantas matanya beralih pada Anis semula.
“Dah nak balik ke?”
Anis mengangguk. Diam. Aduh..nak cakap apa ni? Nak say sorry ke? Alahai susah betul.
“Anis, Firdaus...”teriakan Phia menenggelamkan lamunan Anis.
“Phia nak pergi beli air kejap. Dahagalah”
Tak sempat Anis nak menjawab, Phia dah berlari dulu ke kaunter jualan air tu. Phia ni memanglah tau. Melihat kedua-duanya hanya berdiam, akhirnya Anis membuka mulut.
Awak, sorry pasal hari tu.” Matanya melirik pada wajah Firdaus. “Saya tak bermaksud pun macam yang saya cakap hari tu.”
Firdaus memandang Anis. Lama.
Muka Anis dah berubah warna bila Firdaus menatap wajahnya lama.
“Emm, saya just bergurau time tu. Tak bermaksud apa-apa pun. Betul” Anis menegaskan apa yang dikatakan. Tak mahu rasa kekok berdepan dengan Firdaus lagi.
“Awak betul saya tak maksud kan apa-apa pun. Percayalah” matanya sedikit berair bila Firdaus seakan-akan tidak mengendahkan apa yang sedang diperkata.
Firdaus kaget melihat Anis yang dah bergenang air mata. Dia seolah-olah baru tersedar yang dia tak memberi respon kepada gadis di depannya itu.
“Emm, its okey. Saya ok je.”
“Please forgive me?” Anis merenung dalam wajah di depannya.
Diam. Tersenyum “You’re forgiven”
“Friend again, ya?”
Firdaus terdiam. Friend?
“Awak kata dah maafkan saya” bergetar suara Anis.
“Emm, ya.” Firdaus dah tergaru-garu “We’re friend”
Dia tersenyum menutup gugupnya di depan Anis. Aduh...kalau Anis tahu apa yang ada dalam kepala dia sekarang mesti malu gila. Firdaus menggeleng-gelengkan kepala.
“Kenapa, awak tak nak ke tomyam seafood ni?”
“Hah..” Firdaus memandang Anis pelik.
“Habis tu awak geleng kepala bila saya tanya.”
“Eh..bukanlah. Saya tengah fikir hal lain tadi.” Firdaus tersengih
Anis mengerutkan kening. Blurr.
Tiba-tiba
“Abang”
Muka Anis berubah bila melihat gadis yang memanggil Firdaus sebagai abang itu terus memegang lengan lelaki di depannya dengan manja. Firdaus tersenyum memandang gadis di sebelahnya namun senyumannya padam melihat Anis yang sudah berubah riak di depannya.
“Anis, ini...”
“Sorry, saya mengganggu awak dating.” Anis tersenyum kelat memandang gadis disebelah Firdaus. Dia menghulurkan tangan pada gadis di sebelah Firdaus untuk bersalam.
“Salam ukhwah, saya Anis”
Gadis itu tersenyum manis sambil menyambut huluran tangan Anis.
“Kawan abang ye?. saya Humairah”
 “Pergi mana tadi?”
“Irah pergi tengok menu kat sana tadi tapi tak ada yang best pun” gadis yang bernama Humairah tu dah merengek pada Firdaus.
“Emm...maaflah saya mengganggu, ingatkan Firdaus seorang aja tadi. Rasanya biar saya balik dulu, nak cari Phia lagi ni.” Anis kalut memandang keliling, mencari kelibat Phia yang kata nak pergi beli air.
“Anis..er..”
“Ha..tu pun Phia” sengaja Anis memotong Firdaus yang seakan ingin menuturkan sesuatu padanya.
“Kak Anis”
Kak Anis? Anis berpaling pada suara yang memanggil.
“Err..”
“Nanti datanglah rumah, suruh abang bawak. Mesti mama happy sebab abang ada kawan perempuan.” Humairah tersenyum manis pada Anis. Yang Anis pula buat muka blur memandang Firdaus dan gadis di depannya.
“Anis, ini adik saya”
Anis dapat rasakan mukanya yang dah berbahang. Panas.
“Awak, saya balik dulu” Dengan muka yang memerah Anis bersalaman dengan Humairah merangkap adik Firdaus. Anis rasa mukanya dah tebal beberapa inci.

Fird Almister C7

Sejak aku tak balik dua bulan hari tu mama dah tak ungkit pasal nak suruh aku kawin dah. Ada hikmah juga aku tak balik tu. Mungkin juga abah dah warning mama awal-awal supaya jangan cakap pasal kahwin dengan aku. Yelah selalunya sebulan sekali mesti aku balik kampung, lepas tu tetiba aku tak balik mestilah abah dan mama rasa lain macam. Lagipun aku ini kan anak kesayangan abah (perasan tak?). Hari tu aku dah buat laporan kat Biro Pengaduan Awam aka abah akulah yang mama asyik mengungkit hal kahwin dengan aku. Best betullah Encik Syukree ni selaku abah aku. Pantas betul tindakan yang diambil. Sorry mama, Anis sayang mama juga tapi jangan ungkit pasal kawin depan Anis ye. Nanti Anis join geng Abah dengan Abang Yusree. Senyum.
Anis berbaring sambil mengadap lappy kesayangannya. YMnya diaktifkan, tersenyum Anis melihat nama sahabat-sahabatnya yang tengah online. Phia pun yang tengah online. Tu mesti tengah bersembang dengan Abang Im sebab abang Ngah dia tu pun tengah online. Apa pulak lah yang Phia tu bodek kat Abang Im kali ni. Mentang-mentanglah Abang Im tu jenis tak berkira habis semua di nak suruh Abang Im belikan untuk dia. Tapi yang bestnya, setiap kali Abang Im beli untuk Phia, Anis mesti dapat sekali, tu yang Phia selalu tak puas hati dan bengang tu. Pantas Anis menaip shout out yang baru di YMnya
**“Abang, untuk Anis jugak tau :-D”**
Tiba-tiba satu pop up muncul.
Phia_adikImran: Anis jangan sibuk. Phia tengah susah payah nak bodek Abang Im belikan Phia perfume.
Anisah_Syukree: Aku mana sibuk. Just mengingatkan je..hahah*rolling laugh
Phia_adikImran: Eleh tak malu betul, mintak Abang Im belikan pulak. Dulu mama dengan mama Su suruh kau bertunang dengan Abang Im kau tak nak.
Anisah_Syukree: Woi cerita lama jangan ungkit okey. Aku dengan kau kan dah macam adik-beradik. So Abang Im tu macam abang aku juga lah...*mad
Phia_adikImran: Ahh, aku tak kira cerita lama ke baru. Yang penting mission aku tak berjaya lagi ni. Abang Im dah nak keluar dating petang karang. Rugilah Phia kalau dia tak mau belikan.
Anisah_Syukree: Itulah kerja kau ek. Duit gaji sendiri ada tapi still nak suruh abang Im belikan. Kesian dia tau. Dia kan tengah kumpul duit nak kahwin dengan Kak Mija tu
Phia_adikImran: Eleh tiba-tiba jadi baik pulak. Nanti Phia cakap kat Abang Im tak payah beli untuk kau ye. Nanti Phia cakaplah yang kau tak nak menyusahkan dia..:-p
Anisah_Syukree: Uwekk..malaslah layan kau. Baik aku layan budak-budak Uni yg tengah online tu
Phia_adikImran: Haha..takutlah tu
Sedang Anis melayan kawan-kawannya itu, muncul id baru yang menegurnya.
Fird_alMister: Assalamualaikum
Fird_alMister: Ambooi manjanya, berabang-abang. Dating thru YM ye?
Anis mengerut dahinya. Siapa pulak ni? Rasanya tak pernah tengok pun.
Anisah_Syukree: Waalaikumusalam. Siapa ni? Mana ada tengah dating *mad
Fird_alMister: Uuuu..garangnya. Anis ini saya lah
Anisah_Syukree: Saya tu siapa? Kawan-kawan saya semuanya ada nama
Fird_alMister: Haha..tak sangka awak ni serius sangat. Sayalah, Firdaus yang bukan cikgu tu *winking
Anisah_Syukree: Awak kan saya dah cakap jangan ungkit pasal cikgu-cikgu ni. Eii, geramlah. Awak ni sama je macam Phia tu.
Fird_alMister: Eh..eh, janganlah merajuk Anis. Saya bergurau saja lah.
Anisah_Syukree: Saya bukan merajuklah, saya tengah marah awak ni.
Fird_alMister: Alahai Cik Anisah, janganlah marah kat saya. Baru nak sembang-sembang dengan awak ni. Dah lah kalau saya call asyik operator saja yang angkat handphone awak tu. Lepas tu kalau kite dating plak awak selalu datang lambat je.
 Anisah_Syukree: Mana ada selalu. Eh kita mana ada dating...*mad
Anisah_Syukree: Awak tu yang call tak kena masa. Lagipun kalau keluar lepas office hour memang lah lambat sebab saya siap kan kerja dulu.
Fird_alMister: Yelah orang penting kat ofis memang macam ni.
Anisah_Syukree: Bukanlah *uwekk
Fird_alMister: Hahah..awak ni saya cakap macam tu pun nk jelir-jelir lidah.
Anisah_Syukree: Biarlah.
Mata Firdaus masih memandang pada shout out di ruangan akaun YM Anis. Dia serba salah untuk bertanya, namun hatinya meronta-ronta ingin tahu. Firdaus ketap bibir. Akhirnya tangannya mula menaip.
Fird_alMister: Anis, siapa abang kat atas tu?
Anisah_Syukree: Abang kat atas?
Fird_alMister: Tu yang dekat your shout out tu?
Anisah_Syukree: Owh..itu abang saya, actually abang Phia tapi dah macam abang saya juga.
Fird_alMister: Ohh..abang Phia. Ingatkan siapa tadi.
Anisah_Syukree: Kenapa?
Fird_alMister: Jealous*winking
Anisah_Syukree: Banyaklah awak punya jealous. Senyum
Fird_alMister: Betullah, awak tu dengan saya biasa-biasa je tapi dengan orang lain okey je saya tengok. Mestilah saya jealous
Anisah_Syukree: *rolling eyes. Haha...if I don’t know you, mesti saya rasa macam awak tengah flirt dengan saya.
Fird_alMister: Diam. (talk to my hand)
Anisah_Syukree: Ayat tu mesti selalu practise kat awek-awek dalam YM ni ek?
Fird_alMister: Diam.
Anisah_Syukree: Eh awak marah ke? Sorry saya bergurau je. Saya tau awak bukan jenis macam tu. Firdaus sorry. Saya main-main jeh
Fird_alMister: Diam.
Anisah_Syukree: Firdaus...please.......
Fird_alMister: Emm..Tak ada lah saya tak marah. Emm, tak apalah Cik Anisah Sumayyah saya nak keluar dulu.
Anisah_Syukree: Firdaus janganlah macam ni, saya tau saya silap. I just try to make a conversation tadi.
Fird_alMister: Naa..its okey. Saya tak patut cakap macam tu kan. Saya tak patut cuba flirt dengan awak macam saya selalu practice kat awek-awek YM yang lain. I’m out.
 Fird_alMister has signed out
Anis ketap bibir. Ishh, tangan aku ni yang taip ayat gurauan kasar aku dengan Phia tu buat apa. Kan Firdaus dah merajuk tu. Anis mengeluh perlahan namun cepat-cepat dia beristifar, sedar yang tidak baik mengeluh begitu.
Nun di balik sana dunia, Firdaus sedang merenung dada langit dari luar balkoni biliknya. Dia meraup mukanya perlahan. Kenapa dengan aku ni? Tak pernah-pernah aku menegur perempuan macam ni. Dan tak pernah lagi aku merajuk dengan perempuan macam ni kecuali dengan mama dan Kak Mardhiah. Kalau Humairah tu tak payah, dia yang selalu merajuk dengan aku. Kalaulah Ezwan tahu ni, mesti gelak besar dia kat aku. Firdaus menarik nafas panjang. Dia menggelengkan kepala. Seketika dia tersenyum. Nur Anisah Sumayyah. Pantas dia menarik pintu luncur dan membaringkan badannya di atas katil.

Wednesday, December 22, 2010

Fird Almister C6ii

tit..tit..tit..
Anis pantas mencapai handphonenya di tepi meja.

"Cik adik, agak-agak bila baru boleh sampai kat Alamanda ni?"
                                                                                   - from: Mr. Fird

Anis tersengih membaca mesej dari Firdaus. Dia kembali membelek kertas kerjanya.

tit..tit..tit...sekali lagi handphonenya berbunyi.

Cik abang dah tunggu lama ni. Macam dah nak patah tulang belakang sebab lama sangat menyandar dekat kerusi ni :-(  
                                                                                 - from: Mr. Fird

 
Anis tersenyum membaca mesej di telefonnya. Alahai kesiannya mamat tu menunggu. Anis memandang sekeliling biliknya. Dia menarik nafas panjang. Keadaan di luar dah sunyi sepi. Mungkin semua staf dah balik. Jam pun dah menunjukkan 8.00 malam. Dia pantas mengemas mejanya dan mencapai beg di hujung laci. Suis lampu ditekan dan pintu bilik ditarik sebelum dikunci. Dia tersenyum sendiri mengenangkan Firdaus yang telah lama menunggu.

Saturday, December 18, 2010

K.I.T.A - 5

“Seminggu Cik Edina tak datang kerja. Tak tentu arah Encik Shamil. Kejap-kejap masuk bilik cik Edina...kejap2 duk belek-belek fail kat bilik cik Edina. Kalau macam ni akak rasa lepas ni mesti susah Cik Edina nak dapat cuti. Yelah semua kerja cik Edina yang lagi arif berbanding dia. Kelam kabut Encik Shamil dibuatnya.” Kak Manisah tersenyum pada Edina.




“Ke sebenarnye dia rindu kat Cik Edina kot” satu suara menyampuk dari belakang. Pantas kedua-duanya berpaling. Edina membulatkan mata pada Fazli yang tersengih-sengih memandangnya.



Rindu apa entah macam tu. Tetiap hari mamat tu datang rumah tengok aku. Dah la asyik nak mengugut orang saja. Bencilah. Edina pantas menyelak tray masuknya, melihat jika ada apa-apa kerja urgent yang mesti diselesaikan hari ini. Malas dia melayan karenah stafnya itu.



“Eh ko ni Fazli, nak rindu apanya, kan ke Encik Shamil tu dah ada buah hati. Dengar khabarnya pegawai yang baru masuk kat Bahagian Keselamatan tu buah hatinya sejak zaman kolej lagi.” Kak Manisah dah start bawak gosip baru.



Edina pantas menadah telinga dengan berita terbaru ini. Buah hati dari zaman kolej. Siapa. Takkan...ish...dia menggelengkan kepalanya.



“Eh, betul ke kak? Saya ada jugak dengar mereka tu kawan dari kolej tapi tak tahu pulak diorang tu memang bercinta. Tapi Cik Emilia tu cantik jugak akak kan?” Fazli dengan muka sengalnya bertanya pada Manisah. Edina yang dah bertukar wajah tu hanya terdiam. Betullah ‘Milia’, bibirnya menyebut perlahan.



“Kak Manisah dangan Fazli kalau nak bersembang tu kat luarlah. Bilik saja ni bukan tempat bergosip” suara Edina sedikit tinggi. Marah dengan berita yang baru didengarnya itu. Edina pantas mengambil fail di atas mejanya dan menyelak-nyelak kasar. Namun, kepalanya pantas diangkat apabila merasa ada kelibat seseorang di depannya. Dia hanya mendiamkan diri bila melihat pemuda di depannya itu.

Shamil tersenyum pada Edina.



“Dah sihat ke?”



Edina mengangguk malas. Geram sebenarnya dengan pemuda di depannya. Rasa terngiang-ngiang saja nama Milia yang disebut oleh Fazli tadi. Buah hati dari zaman kolej konon. Dulu beria-ria cakap tak ada apa-apa, tapi sekarang....dia menggeleng-geleng kepalanya. Kemudian Edina teringat pula kejadian di rumah semalam, mama dan papa bukan main gembira bila jumpa Abang Shamil. Macamlah Ed tak tahu yang diorang memang sentiasa berhubung sejak dari peristiwa lama dulu. Konon-kononnya semua berlakon dah lama tak jumpa. Padahal bibik sendiri dah terpecahkan rahsia yang Abang Shamil yang bagitahu mama dengan papa yang Ed demam di sini. Menyampahlah. Kaki penipu betul.



“Mama dengan papa dah balik ke?” Shamil tersenyum senang memandang Edina yang masih bermasam muka dengannya. Sengaja Shamil buat tak nampak padahal dalam hati terasa ingin gelak. Dia tau Edina sedang mengutuknya dalam hati.



“Sudah, mama kirim salam. Mama suruh call malam nanti.” Edina bercakap dengan nada yang tidak ikhlas. Shamil di depannya mengangguk-angguk. Lama lelaki itu merenung Edina di depannya sehingga membuatkan Edina tak selesa. Dia menjeling pada Shamil.

Tiba-tiba..



“Err, Encik Shamil ada call untuk encik. Nak saya sambungkan atau encik nak jawab di bilik.”



“Edina, tumpang your phone ye. I malas nak jalan balik bilik” tanpa menunggu kebenaran Edina terus dia memberi isyarat kepada Maria agar menyambung ke telefon Edina.



“Hello Sham”



“Hello”



“I ni Milia. You busy ke? I nak minta tolong you sikit nih.” terdengar manja suara dihujung talian. Shamil terkesima, sudahlah dia buat loud speaker. Direnungnya muka Edina yang berubah riak.



“Err...Milia, I call you back lepas ni boleh tak?”



“Oh, you tengah busy ye. Sorrylah kalau I kacau you, tak apa nanti bila free you call I balik tau. Ada something I nak tanya you nih. Bye, Assalamualaikum”



“Waalaikumusalam” Ehmm...Shamil menenangkan dirinya sendiri. Terkejut sebenarnya bila Milia call masa dia sedang bersama Edina. “Errm Ed, abang lupa nak bagitau Ed yang Milia masuk sini last two day.”



“Dahlah, Ed tak nak tau apa-apa pasal you all berdua. Kan dulu lagi Ed dah cakap” suara Edina kedengaran marah.



“Ed, dengar dulu.” pantas Shamil menahan tangan Edina namun dilepas bila terasa ada mata yang memandang dari luar.



“Dulu pun abang cakap tak ada apa-apa jugak, padahal abang memang baik dengan dia. Abang ni nak main-mainkan Ed ke sebenarnya” suara Edina perlahan menahan sebak



“Ed, abang memang tak ada apa-apalah dengan dia. Dia kawan abang macam orang lain juga. Ed sorang je special dalam hati abang”



“Tak apalah, kita pun dah putus lama dulu kan. Kita mana ada apa-apa lagi.” Selamba Ed menutur di depan Shamil. Shamil mengetap bibir marah.



“Ed jangan nak mengarut lagi. Abang tak pernah pun putuskan apa-apa dari dulu. Sekarang ni Ed just calm down jeh. Tak payah nak fikir apa-apa yang boleh buat Ed ambil tindakan bodoh macam dulu.”



Tajam renungannya pada lelaki di depannya itu. “Ed tak buat tindakan bodoh dulu. That’s what I want for that time okey. You don’t have any right to say that to me” Edina menjerit lantang. Shamil terkebil-kebil. Melihat riak wajah Edina yang marah teramat sangat. Shamil sedar yang staf-staf di luar cuba meneka situasi sebenar mereka. Mujurlah dia menutup pintu sebelum masuk ke bilik Edina tadi kalau tidak pasti ada saja yang cuba nak jadi paparazzi di sini.



“Okey-okey, I’m sorry. I didn’t mean it okey. Sayang, janganlah menangis macam ini, tengok kat luar tu diorang dah mengintai-intai. Ed kan tak nak sapa-sapa tahu pasal kita.” bibirnya mengucap kata perlahan. Edina mengesat air mata yang mula mengalir perlahan di pipi. Sebak mendengar kata-kata lelaki di depannya. Geram pun ada.



“Abang keluarlah, Ed nak buat kerja. Pergilah telefon buah hati abang tu balik”



“Ed...”



Edina berpaling dan berpura-pura membelek dokumen di atas meja di depannya. Sengaja membiarkan Shamil rasa terasing. Biar dia rasakan.



“Okeylah abang tak kacau Ed lagi. Tapi Ed jangan nak cakap lagi pasal putus-putus ni. Abang tak sukalah dengar macam tu.”



Edina mencebikkan bibirnya. Konon tak suka, entah-entah tak sabar nak putuskan hubungan sebab nak sambung cerita dengan buah hati kesayangan pengarang jantung nya itu. Arghhh....bencinya.

K.I.T.A - 4

Telinga Edina sudah memerah mendengar kata-kata dari mulut Encik Shamil di depannya. Dah dekat sepuluh minit dia mendengar bebelan dari bosnya itu. Sudah lah kata-kata yang keluar semuanya pedas-pedas. manalah dia nak tahan. Kesabaran dia pun ada hadnya, kalau sentuh pasal kerja saja tak apalah, ini pasal hal peribadi pun disentuh juga. Mana tahan macam ni.




“Awak datang ofis ni sebab nak kerja ke or awak datang sebab nak bermesra-mesraan dengan lelaki yang ada kat jabatan kita ni”



Edina mengangkat muka. Merah muka menahan tangis dan amarah.



“Apa yang abang nak sebenarnya?” suara mula Edina meninggi. Sengaja dia menentang mata pemuda di depannya, melepaskan geram sebenarnya. Manakan tidak, dari hari pertama lelaki itu melapor diri hingga sekarang mereka asyik tak sependapat sahaja. Sudah masuk tiga bulan namun masih bermasalah. Tapi satu yang dia pasti lelaki itulah yang menjadi punca segala permasalahan yang timbul itu.



Shamil terdiam seketika namun pantas dia tersenyum sinis. Dia menyandar badan pada kerusi yang diduduki.



“Finally, after three month you recognize me hah...”



“Abang nak apa dari Ed? Abang tak penat ke mendera Ed setiap hari.?”



“Abang dera Ed ke Ed yang dera abang?” Shamil mengendurkan suara bila perasan di luar biliknya sudah ada mata yang memandang.



Bila pula Ed dera abang? Ed ikut semua yang abang suruh Ed buat tapi abang sengaja cari pasal dengan Ed”



“Betul ke Ed ikut apa yang abang suruh. Semalam...”



Ed bukan cakap pasal kita. I’m talking about work, about semua kerja-kerja yang Ed buat tapi abang pertikaikan.”



“Tapi abang nak cakap pasal kita. K.I.T.A. Ed faham ke tak apa yang abang pesan dalam emel semalam. Abang tak suka Ed bercakap dengan dia.”



Mata Shamil membulat menahan marah. Dia geram melihat Ed bersembang-sembang dengan Muhymeen, pegawai dari bahagian Infrastructure tu. Dia tak suka dengan gaya pemuda ganteng yang ditunjukkan Muhymeen di depan Edina. Dia tak suka mendengar Edina memanggil Muhymeen itu sebagai Meen sahaja, tapi dengan dia Edina begitu berprotokol, sepanjang masa memanggilnya Encik Shamil. Dia benar-benar tak suka. Dia cemburu. Dia cemburu yang teramat-amat.



“Takkan Ed tak boleh bercakap dengan my colleague. Habis tu nak mengadap muka abang je dua puluh empat jam.”



“Ed jangan kurang ajar dengan abang. Kalau abang tak suka tu, ikut jelah. Kalau abang nampak lagi Ed bermesra-mesra dengan dia, tau lah abang nak buat apa.”



Edina merenung wajah di depannya dengan perasaan marah yang amat sangat. “Abang ugut Ed ke?”

Shamil angkat bahu. “Ed tahu apa yang abang boleh buat kat Ed kan?”



Edina keluar bilik itu dengan muka menahan marah yang amat sangat. Ed benci abang tau tak...



**************************



Edina berjalan perlahan di sebelah Shamil, meeting yang berlangsung selama tiga jam tadi cukup memenatkan otaknya. Kenapalah rakyat Malaysia suka bermesyuarat lama-lama. Penat tau.



“Eh Edina, you masih kat sini”



Ed mengangkat muka pantas namun wajahnya berubah riak melihat Muhymeen yang berada di depannya. Dikerling wajah kelat Shamil di sebelahnya.



“Err... Meen you pun ada kat sini. I tak perasan pulak masa meeting tadi.”



“Itulah you asyik menunduk je, I main mata dari hujung bilik tu you buat tak nampak jer. Kesian kat mata I ni tau.” Lelaki itu seronok bercanda dengan gadis di depannya tanpa menyedari Shamil di sebelahnya yang sedang menahan marah. Edina dah terkulat-kulat berdiri di hadapan dua pemuda itu. Satu dengan muka semanis madu. Satu lagi dengan muka sepahit hempedu. Namun dia perasan muka Shamil yang sedang menahan marah.



“Err... Meen, kenalkan my KPP, Encik Shamil.” Edina mengadap muka Shamil di depannya. “Encik Shamil, ini Muhymeen, officer dari Bahagian Infra.



Kedua-dua pemuda itu bertukar salam. Edina dapat merasakan aura pergaduhan yang ingin diciptakan oleh Shamil. Pantas dia bertindak.



Meen, I dah nak balik ofis ni. Lagipun hari ini I tumpang my bos datang sini, so kena balik sekaranglah. Takut nanti Pengarah cari pula di ofis tu.



“No problem my dear, nanti rehat kita lunch sama-sama okey” Meen masih lagi dalam mood mengusik. Shamil pula dah berapi di sebelahnya.



“I jalan dulu ye”



“Bye Edina”. Edina hanya mengangguk kepada Muhymeen. Tak sanggup dia nak mengangkat muka.

Shamil menutup pintu kereta kasar.



“Seronok dapat jumpa buah hati tadi.” Shamil menyindir gadis di sebelahnya. Edina hanya mendiamkan diri. Malas nak bergaduh.



“Ed dengar tak apa yang abang cakap ni.”



“Abang, Ed letih. Ed dah tak nak gaduh dengan abang dah. Please...”



Shamil mendengus perlahan. Namun matanya sempat menjeling pada wajah tidak bermaya di sebelahnya. Hatinya dipagut risau tiba-tiba. Demamkah gadis di sebelahnya itu.



“Err...Ed tak sihat ke?” perlahan Shamil bertanya dan tangannya pula merasa dahi Edina.



“Eh...abang, janganlah. Ed okeylah.” Edina menepis tangan Shamil perlahan.



“Panas ni, jom kita pergi klinik dulu.’



“Eh tak payah lah. Nanti Puan Jasmeen cari kita nanti susah pula”



“Takut Puan Jasmeen cari ke atau takut tak sempat nak pergi lunch dengan Muhymeen” keras sedikit suara Shamil.



Edina mengeluh perlahan. Diam.

K.I.T.A - 3

Edina masih ingat betapa marahnya Papa bila Edina tak nak keluar dari bilik untuk beraya dengan abang Shamil lepas dari malam dia mengambil keputusan tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Mama dah langsung tak nak bertegur dengannya. Edina tersenyum sendiri. Teringat kelakuannya yang macam budak-budak tu, memang betullah kata abang aku tak matang.



Abang...dia memejam mata bila terkenangkan bos barunya siang tadi. Dia tahu abang Shamil juga terkejut apabila melihatnya namun sengaja dia buat-buat tak tahu dengan pandangan Shamil padanya. Seketika kemudian dia melepas keluhan panjang.



Kak Manisah menjenguk di pintu bilik Edina “Kenapa Cik Edina, kene hentam lagi ke?



Edina jungkit bahu.. ”entah lah kak, Bos saya tu semuanya tak kena. Saya pun tak tau dia nak macam mana.”



“ye ke? tapi akak tengok dengan orang lain okey je”



Edina tersenyum kelat. “entah, dia tak suka saya lah tu kot”



“Ish...takkan lah kot, Puan Jasmeen pun suka sangat kat Cik Edina takkan dia nak kata tak suka cik Edina pulak. Buat keje sume bagus. Kalau akak dapat anak buah macam Cik Edina confirm senang keje.”



Edina terdiam. Macam mana nak suka kalau perasaan marah tu sentiasa ada dalam diri Encik Shamil. Edina tau semua tu adalah untuk menyerang peribadinya semata-mata. Bukan dia tak tau sikap Shamil tu.



***********************************


Tuk..tuk..tuk...



Shamil mengangkat muka bila mendengar ketukan di biliknya.



“Encik Shamil panggil saya” Edina bertanya sopan walaupun dia dah dapat mengagak apa yang akan diperkatakan.



“Ya Edina. masuk dan tolong tutup pintu balik. Saya ada hal nak dibincangkan dengan awak.”



Edina melangkah lemah, terasa harinya akan berubah lagi. Sejak kedatangan bos baru hidupnya lagi huru-hara. Lebih huru hara dari sebelum-sebelum ni. Kalau macam ni lebih baik tak ada bos je.

“Encik nak cakap berkenaan hal apa ya?”



Shamil melemparkan perlahan draf proposal yang aku berikan padanya semalam. “Apa ni Edina, macam ni ke you tulis proposal untuk research Restructuring Planning Unit tu”



Edina terdiam melihat Shamil melampiaskan rasa tak puas hati padanya. Edina tahu Shamil sengaja berbuat begitu padanya.



“Err...ada apa-apa yang tak kena ke. Saya rasa saya dah memenuhi semua kehendak Encik Shamil, I already go through the entire concept and component yang you suruh tu.”



Shamil memandang gadis di depannya itu dengan muka yang menahan marah. Edina tau dia tak patut menjawab tapi dia dah letih asyik ditegur kerana benda yang remeh-temeh.



“So, you nak kata I sengaja marah youlah ni”



Edina menarik nafas panjang.



“Bukan macam tu cuma I rasa yang Encik Shamil perlu tengok proposal tu secara menyeluruh dulu baru buat keputusan. In fact I rasa, that proposal is not too bad. Even Puan Khalida pun kata okey je masa I ask her untuk give comment for the contents.



“I tak rasa apa yang you dah buat tu betul but one thing yang I pasti ialah this proposal is rubbish” Shamil mengambil proposal tersebut di tanganku dan melemparkan ke bawah.



Bulat mata Edina melihat perlakuan pemuda di depannya ini. Dia bingkas bangun, air mata terasa ingin mengalir keluar namun ditahan. “Tak apalah kalau proposal tu rubbish, I’ll work out on that back after this. May be the idea not suit with the research”



“I nak dapatkan yang the best dari you and please jangan bagi sesiapa baca dulu daripada I. Macam you juga, I tak suka jadi second person”



Edina mengetap bibir sambil mengangguk dan pantas dia meminta izin untuk keluar.